Tuesday 21 June 2011

Bisikan Kata Hati 3

Jam sudah menjangkau ke pukul 2, Laila meregangakan otot-ototnya yang terasa sengal. Terus tuala dicapai dan menuju ke bilik air.

“Makan kak ngah,hari ni umi masak special untik kak ngah,”kata Puan Solehah setelah melihat anak gadisnya menuruni anak tangga. Laila terus mengambil tempat di meja makan.

“Emm…sedapnya bau, dah lama rindu nak makan masakan umi,” laila merengek lagak seperti anak manja. Padahal kalau nak di ikutkan dengan umurnya dah selayaknya dia bergelar ibu. Nak buat macam mana, perkahwinan yang diharap bahagia tak ubah seperti belati yang menikam-nikam hatinya.

“Pagi tadi mak telefon mak mertua kak ngah kata yang kak ngah dah selamat sampai, dia cakap dia tak sabar nak jumpa kak ngah rindu katanya dengan anak menantu dia yang seorang ni,” tersedak terus Laila yang sedang menikmati kopi yang disediakan. Teringat dia pada ibu mertuanya yang hanya sempat bersamanya selama 2 minggu selepas dia bergelar isteri kerana dia mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Belanda. Timbul rasa rindu pada ibu mertuanya. Terbayang wajah lembut ibu mertuanya juga bapa mertuanya.

“Nanti la umi kak angah jumpa, sekarang ni angah nak fikir cari kerja dulu,”

“Bapa mertua kak ngah ada cakap dengan umi yang dia nak kak ngah kerja dengan dia,” ujar umi. Nak kerja dengan bapa mertuanya? Ish!!itu maknanya dia kena kerja  sebumbung dengan Aiman. Taknak la…

“Tengok la dulu umi, nanti kak ngah fikirkan eh,”

“Umi tahu ni mesti pasal Aiman kan? Tapi umi harap kak ngah fikir la masak-masak,  umi harap sangat kalau kak ngah tak menghampakan hasrat tu,” serkap jarang uminya mengena. Laila pun rasa serba salah sebenarnya hendak menolak ,kerana mertuanya itu dah terlalu baik padanya. Tapi sanggup ke aku berdepan dengan Aiman nanti?.

“Abah dengan bang chik mana umi?”Laila mengubah topik.

“Abah pergi kerja la dia, bang chik baru je bertolak pergi U,” beritahu uminya, abahnya bekerja sebagai pensyarah di fakulti Seni bina, UiTm Shah Alam manakala adiknya penuntut tahun dua jurusan perniagaan di universiti yang sama.

“Umi hari ni Liya cuti, kak ngah nak pergi shopping dengan Liya eh umi, boleh?”Tanya laila meminta kebenaran.

“Pergi la…tapi ingat jangan balik lewat sangat karang membebel pulak abah nanti,” nasihat umi, bukan Laila tidak tahu abahnya sangat menjaga anaknya terutama anak gadisnya. Kalau dulu, asal dia dan kakaknya pulang lambat pasti sakit telinga kena menahan bebelan yang keluar dari mulut abahnya. Abah memang dah tetapkan yang anak gadisnya kalau keluar kena pulang sebelum maghrib, itu peraturan sesiapa pun tak dibenarkan melanggar. Sebab itu la dulu kalau kak longnya keluar dating dengan aiman sampai lewat malam tentu dileteri oleh abahnya, Aiman pun tidak terlepas dari mengena tempias.

Thanks umi,” ucap laila seraya memeluk tubuh uminya.

“Kak ngah bila nak jumpa dengan Aiman?kak ngah kena ingat walau macam mana sekali pun kak ngah tetap isteri Aiman, umi bukan nak menghalau tapi tempat seorang isteri disisi suaminya,”nasihat uminya,terus mati senyuman yang tadinya menghiasi bibirnya.

“Umi tahu mesti Aiman tak tahu lagi kan yang kak ngah dah balik,”tebak uminya.

“Emmm, ye kot,”Laila tidak tahu hendak membalas apa. Yang korang buat aksi pelanggaran kenyal kat KLIA tu apa???

******

Aiman menuruni anak tangga dengan pantas, sudah terlewat hendak ke pejabat gara-gara terlajak tidur. Ish mati aku! Papa mesti membebel nanti. Kelihatan mamanya sedang menyiram pokok bunga ditaman.

“Mama, Man pegi kerja dulu,dah lambat ni,”lantas dia menyalami tangan mamanya.Belum sempat tangannya membuka pintu kereta , mamanya sudah memanggil terlebih dahulu.

“ Man ,tadi mak mertua kamu telefon ,katanya menantu mama dah balik, iman tahu tak?”soal mamnya bersama kening yang terangkat. Malas Aiman mahu menjawab. Pura-pura melihat jam tangan berjenama Pierre Kunz miliknya.

“Pergi dulu ma, dah lewat sangat ni,”terus Aiman memboloskan diri ke dalam kereta dan memecut laju meninggalkan perkarangan banglo dua tingkat itu. Padahal bukan lewat sangat pun, saja nak mengelak.

“ Ish!! Bertuah punya budak,boleh pulak dia buat tak kesah pasal bini dia,”bebel Datin Rasyidah.

*****

Sampai sahaja di bangunan  RR Holdings ,terus dia dipanggil ke bilik papanya. Ni mesti tak lain tak bukan nak cakap pasal Laila ni, malas betul. Bebel Aiman dalam hati. Terus dia duduk dikerusi dihadapan papanya.

“Papa agak mesti Man tau papa nak cakap apa kan?” Dato’  Razali  memulakan bicara.

“Mama mesti dah beritahu Man yang Laila dah balik kan? so papa cadangkan untuk bawak Laila masuk 
syarikat kita jadi ketua bahagian kewangan, apa pendapat Man?”

“Suka hati papa la, syarikat papa bukan syarikat Man,”balas Aiman dengan malas. Kalau Laila kerja dekat sini maknanya hari-hari aku akan jumpa dia. Lantas wajah lembut Laila terlayar di ruang matanya.

“Kalau tak ada apa-apa lagi Man keluar dulu, nak bincang dengan Haris pasal proposal projek dekat johor tu,”.

“Lagi satu papa nak cakap, mama pun setuju sangat dengan idea ni, papa nak Laila balik tinggal dengan kita,” kata-kata papa yang terakhir itu bagai menjerut tangkai hatinya. Tapi masakan dia nak menghalang kerana Laila tetap isterinya dan dia juga dapat merasakan kalau kata-kata papnya itu bukan berbentuk permitaan tetapi lebih kepada arahan. Terus kepalanya diangguk dan terus keluar dari bilik papanya.

******

Tengah hari ,Aiman keluar lunch dengan Haris di kompleks membeli belah terkemuka berdekatan pejabatnya.

“Aku bet mesti papa dengan mama kau dah tahu kan yang menantu kesayangan dia orang tu dah balik kan?” serkap jarang Haris mengena. Ujarnya dengan senyuman mengusik yang tidak habis-habis.

How do you know? and you would’t believe this, yang papa aku tawarkan anak menantu kesayangan dia tu untuk kerja sekali dengan kita,”luah Aiman dengan nada tidak puas hati dia tu.

“So..what’s the problem?aku tak nampak apa-apa yang salah pun pasal cadangan papa kau tu,”jawab Haris selamba. Pelik betul la kawan aku seorang ni, nak kata bini tak cantik aku tengok tak ubah macam bidadari, putih gebu, apa lagi dia nak?.

“Sebab  kau tu buta, tu yang kau tak nampak apa masalahnya,”

“Kurang asam punya kawan, kau tak nampak dua biji mata aku melekat kat muka aku ni?”kata-kata haris tu disambut dengan ketawa yang kuat oleh Aiman.

“Sorry la bro,”

Sorry sorry naik lori la kau…so amacam?apa plan kau?”soal Haris.

“Entah la aku pun tak tau, kepala aku ni serabut tau tak? ni tak masuk lagi bab yang papa aku nak bawak Laila tinggal dengan kita orang,” rambutnya diramas-ramas, pening!.macam orang mati bini pulak lagaknya.

“Bagus gak tu, kau agak-agak hujung tahun ni aku boleh dukung anak buah tak?”Tanya Haris diikuti dengan ketawa yang terbahak bahak gara-gara terlihat wajah Aiman yang sudah naik merah padam. Haris adalah sepupunya yang juga anak kepada abang papanya Dato’ Rahman.

“Ini anak buah kau, nak?,” jawab Aiman sambil menunjukkan penumbuknya pada Haris.

“Rilek la bro, aku pelik la dengan kau ni, ada bini punya cantik pun kau serabut ke?”

“Kau tau kan kenapa aku tak boleh terima dia,” kata Aiman disertai dengan keluhan.

“Kenapa?jangan kau kata sebab Laili,” tebak haris, tapi melihat kepada riak muka Aiman memang dah boleh agak dah memang sebab itu la tak ada benda lain lagi dah.

“Tolong la Man, tak tenteram roh dia kat sana kau tau tak? Dia dah lama pergi, dah 4 tahun, tak kan kau masih nak dibelenggu kisah silam, hei! Wake up man!”kata Haris. Manakan tidak bukan dia tidak tahu kisah percintaan antara Aiman dan Laili Merlisa, lebih dari tahu kerana dia yang memperkenalkan Laili kepada Aiman. Dan dia juga tahu bagaimana Aiman boleh terkahwin dengan Laila yang juga merangkap adik kepada Laili.

“Tapi cinta aku untuk Laili tak pernah padam walaupun dah 4 tahun dia tinggalkan aku,” luah Aiman dengan  rasa kesedihan yang sarat di lubuk hatinya.

“Tapi orang yang dah pergi tak akan datang balik Man,kau kena tahu tu. Macam mana pun Laila dah jadi isteri kau dan kau ada tanggungjawab yang perlu kau pikul, Laila tu dari amanah ALLAH untuk kau,”

“Aku tahu, tapi entah kenapa aku tetap susah nak padamkan bayangan Laili,”kata Aiman lagi.

“Aku tengok Laila tak ubah macam Laili sama-sama cantik, cuma yang bezanya Laili tak ada lesung pipit ,Laila ada, bahkan aku rasa Laila lagi cantik dari arwah kak longnya,”

“Kau fikir la masak-masak, tapi aku rasa kalau Laili masih hidup dia mesti nak tengok kau dengan Laila hidup bahagia, dan kau kene ingat yang perkahwinan ni amanat permintaan arwah yang terakhir,”tambah haris lagi. Memang sebelum arwah menghembuskan nafas yang terakhir arwah berpesan supaya Aiman dapat menerima adiknya Laila sebagai isterinya. Tiba tiba haris menangkap satu wajah yang berjalan mendekati kedai kasut yang terletak berhampiran dengan tempat mereka makan.

Bisikan Kata Hati 2

Liya memberhentikan keretanya di hadapan Restoran Perantau yang terletak di bangsar. Laila dan Liya mengambil meja yang berdekatan dengan air pancut kerana pemandangannya yang begitu menenangkan.

“Ha… kena kan nama restoran ni dengan kau perantau,yang lainnya cuma kau tu bekas perantau,”Liya ketawa senang hati.

“Weh! kau bawak aku restoran mahal-mahal ni kenapa?aku mane ada duit kau lain la dah kerja duit berkepuk-kepuk,” hatinya dah gusar,macam mana aku nak bayar tak kan nk cuci pinggan pulak nanti?jatuh la air muka aku yang cantik da boom ni.

“Rilek la Laila,kali ni aku belanja, nanti kau dah kerja kau punya turn la pulak,masa tu kau jangan merungut pulak aku makan banyak,”terkekeh-kekeh Liya gelakkan aku,kurang asam jawa betul la kawan aku sorang ni. Fuh…selamat kocek aku.kelihatan pelayan melangkah kearah kami. Ha!time ni la aku nak melantak.

“Nasi goreng kampung,sup ekor kasi pedas-pedas  dengan jus tembikai,”laila membuat pesanan. Dah lama ni tak makan makanan melayu. Kalau kat sana mane dapat ni semua kecuali masa hari raya,dapat la dia menghilangkan kempunan nak makan makanan Malaysia sebab biasanya masa hari raya la kedutaan Malaysia kat sana buat open house.

“Aik! datang restoran cantik-cantik macam ni nasi goreng kampung je kau pesan?pesan la stik ke apa ke?”perli Liya.

“Amboi!  peril nampak?aku bukan apa, kempunan nak makan makanan melayu,”

“Tu la kau sape suruh lama-lama sangat merajuk kan dah kempunan,”

“Bila masa pulak aku merajuk?aku sambung study ok,”suka-suki je cakap aku merajuk. Wajah yang  tadinya ceria bertukar mendung.

“Dah,kenapa pulak ni?”Tanya Liya,risau dia tengok Laila yang tadinya ceria semacam  tiba-tiba je masuk mood sedih pulak dah.

“Tadi masa kat KLIA aku terjumpa dengan Aiman. Dia terlanggar aku,”luah Laila. Diperhatikan muka Liya yang nampak curious sangat sampai kening pun dah terangkat. Ditarik nafas dalam-dalam untuk mengisi oksigen yang secukupnya dalam paru-paru.

“Ok,may be aku yang langgar dia sebab perut aku tengah memulas masa tu so aku speed cam tak ingat dunia,”jawab Laila selamba. Terletus  ketawa daripada mulut Liya.Agak-gak la kalau nak ketawa pun jangan la kuat-kuat. Muka laila yang putih dah naik pink menahan geram.

So kau ok tak?”tanya Liya sambil menahan sisa ketawanya.

“Kau nampak aku ok ke K.O?”Liya juga mengetahui tentang masalah antara Aiman dan Laila sama seperti Haris.

How would I know if you don’t  tell me?”melihat wajah Laila yang mendung semacam yang cuma menanti masa je nak hujan,dia menjadi kasihan. Hanya keluhan yang terluah dari bibir Liya.

“Macam ni la, dah terlanjur kau balik Malaysia ni aku sarankan kau jumpa dengan Aiman, korang duduk satu tempat bincang, macam mana hala tuju hubungan korang ni,”cadang Liya. Tangan Laila diatas meja digenggam Liya, cuba untuk mengalirkan kekuatan pada Laila. Betul juga apa yang Liya cakap tu ,kalau dua-dua nak bersikap lepas tangan sampai bila pun kekusutan hubungan ni tak akan selesai. Tapi masalahnya aku tak sedia lagi nak berdepan dengan mamat tu.

“Dah la tak nak la cite pasal benda ni lagi, aku tak suka tau tengok kau sedih-sedih macam ni,senyum ok!”cukup la 4 tahun dulu dia menjadi saksi betapa deritanya Laila hingga dia buat keputusan untuk meninggalkan Malaysia.

“Esok aku minta cuti ,kita keluar shopping nak?”cadang Liya.

Ok jugak tu,aku pun dah lama tak ronda-ronda KL nak jugak tengok apa perubahan yang berlaku sepanjang peninggalannya.

“Ok,”jawab Laila dengan mata yang bersinar-sinar.

“Kalau bab shopping, laju je kau eh,”tercetus gelak tawa mereka berdua.

*****

Jejak sahaja kaki Laila ke rumah Semi-D 2 tingkat itu, terasa segala penatnya hilang dicampur dengan rasa hati yang tak sabar-sabar untuk memeluk umi dan abahnya dan tak lupa juga adik lelaki merangkap bodyguardnya sejak dulu lagi. Tetapi disebalik kegembiraan itu terselit juga kesedihan yang tak tertanggung rasanya kerana tak dapat lagi mendengar gelak tawa kakak kesayangannya Laili nurlisa yang telah pergi menghadap ilahi akibat kemalangan 4 tahun lepas.kerana kejadian itu juga dia bertindak membawa diri ke luar negara dek rasa bersalah yang menghantuinya.

“Umi abah, kak ngah  dah sampai,” teriak Lukman Hakimi adik lakinya serta satu-satunya hero yang dipunyai oleh Encik Mokhtar dan Puan Solehah.

“Umi!,”Laila terus hilang dalam dakapan umi tercinta, menitis air matanya.

“Alhamdulillah, anak umi balik juga akhirnya,”ujar uminya sambil turut serta mengalirkan air mata. Dicium kedua belah pipi gebu anaknya itu.

“Abah, angah dah balik,”Laila menyalam tangan abahnya lantas tubuh abahnya dipeluk erat.

“Bagus la angah,”balas encik Mokhtar sambil mengusap kepala anak gadisnya.

“Bang chik!, you know how much I miss you,”adik lelakinya pun tak terlepas dari menjadi mangsa pelukannya.

“Dah jom masuk, dah lewat malam ni kak ngah pon mesti penat tu,”usul Encik Mokhtar.

******

Kereta Mazda CX-9  memasuki kawasan banglo dua tingkat yang tersergam indah yang dinamakan Villa Orkid kerana mamanya gemar menanam orkid. Kereta Volvo kepunyaan papanya dah tersadai di garaj rumah. Aiman keluar keretanya sambil membimbit satu plastik beg yang berisi buku. Kelihatan Datin Rashidah sedang mengambil angin malam di taman atau mungkin juga menunggu Aiman pulang . Aiman berjalan 
mendekati mamanya.

“Assalamualaikum mama,” kata Aiman,kemudian pipi mamanya dicium.

“Hai, lambat balik Man,”Tanya Datin Rasyidah. Aiman hanya menggaru kepalanya yang tak gatal. Dah tau salah la tu balik lambat.

“Papa dah tidur ke mama?”takut juga dia kalau papanya tau dia pulang lambat. Tau pulak takut.

“Dah.. penat katanya, ni kenapa balik lambat sangat ni?”

“Mama lupa ke?kan hari ni Man jemput Haris kat KLIA hari ni,lepas tu lepak kedai mamak jap tu yang ‘lambat’ tu,”terang lagi bersuluh dia balik lambat,jarum jam dah menginjak ke angka 1 dah.

“Man naik dulu eh mama, nak mandi good night mama,” pantas kakinya dihayun ke biliknya yang terletak di tingkat dua banglo tersebut.  Briefcase dicampak ke atas sofa , pantas tangannya menyambar tuala di penyidai dan masuk ke bilik air.

Lega rasanya setelah membersihkan diri. Aiman hanya memakai seluar bermuda dan membiarkan dada bidangnya menjadi santapan angin malam ,saat ini dia perlukan ketenangan. Badannya dibaringkan  di atas katil king sizenya sambil tangan kanannya diletak di atas dahi.

“She’s back,”ujarnya ringkas bersama keluhan. Peristiwa 4 tahun lepas berulang tayang bagaikan pita rakaman. Segalanya masih kemas terakam dalam mindanya,wajah Laili nurlisa dan Laila marlisa, kedua-dua sama cantik yang bezanya Laila ada lesung pipit di sebelah kanan pipinya manakala Laili tak ada. Wajah yang terlalu banyak persamaan,masakan tidak kerana mereka adik beradik. Peristiwa yang membawa kepada ikatan perkahwinan antara dia dan Laila juga turut berulang tayang . Aiman sedar Laila masih sah sebagai isterinya walaupun telah 4 tahun berlalu kerana Laila tidak pernah menuntut fasakh . Sungguh  dia benci dengan ikatan yang terbina antara dia dan Laila. Akhirnya dia terlena dek badan yang keletihann  dan fikiran yang tak henti-henti menyeksanya.

Bisikan Kata Hati1

4 tahun berlalu…..

Kapal terbang yang membawa penumpang dari belanda telah selamat mendarat di KLIA . Laila menolak troli berhati-hati. Setelah 4 tahun berlalu akhirnya kakinya menjejak juga tanah melayu. Terasa rindu yang amat sangat pada umi, abah , bang chik dan…si dia yang telah banyak mencoretkan kisah duka dalam hidupnya. Kini dia kembali setelah 4 tahun menjeruk rasa. Troli ditolak menuju kearah public phone, lantas tangannya laju mendail nombor sahabat sehidup sematinya. Tak ramai yang tahu berita kepulangannya kecuali ahli keluarga dan sahabatnya Liya…

“Helo…Liya, cepat la datang…aku dah tak tahan ni pinggang aku dah rasa macam nak patah dah ni. Aku nampak katil je sekarang ni,” rungut Laila setelah panggilannya disambut. Berjam-jam duduk dalam flight mana tak sakit, kalau dapat kerusi urut ogawa best gak ni…

“Weh sabar la sis. Kau kan tau time-time macam ni KL cam mana…nak jalan macam siput tahu tak,”

“Kalau aku kena saman kau bayarkan. Sanggup?”

Mana aku ada duit…tak boleh jadi, aku kena cari kerja cepat-cepat. Ampun la Liya…aku tengah tanam anggur sekarang ni.

“Ha…ok..ok..kau lambat pun takpe la aku tunggu hehe,”Laila memujuk.

“Tau takut…,”

“Weh…aku tunggu kau kat Ritazza kafe eh. Perut aku dah nyanyi lagu dangdut ni,”

“Ah…elok la tu…kau duduk je kat situ sampai aku datang. Karang tak pasal-pasal aku kena tawaf satu KLIA pulak nanti,”arah Liya. Dah la KLIA tu besar kalau sesat kan haru…

“Ye la mak cik,” ketawa terletus dari bibir Laila. Lantas gagang telefon diletak. Trolinya ditolak menuju ke Ritazza kafe. Laila mengambil tempat yang agak tersorok sambil matanya meliar memerhatikan sekeliling melihat perubahan yang berlaku sepanjang peninggalannya.

Miss…order please,”seorang waiteress menyapa.

One cup of coffe please,” Pinta Laila. Setelah itu dia termenung sehingga la pesanannya sampai.

Thank you,”

Kopinya dihirup…ah!!!nikmat.

Setelah habis minumannya. Perutnya pula tiba-tiba memulas. Aduh!!!!!time ni pula nak buat hal, Marah Laila. Terus dia menuju ke kaunter.

“Dik…ladies kat mana eh?” Tanya Laila dengan muka berkerut menahan sakit.ish!!!malu betul la….

“Akak jalan terus then belok kiri,”

“Tolong tengokkkan beg-beg akak eh…thanks,” terus Laila melangkah laju menuju ke toilet. Dah tak tahan sangat ni, benda I mana boleh tunggu-tunggu. karang terburai kat sini muka cantik ni juga yang malu…sempat lagi perasan sakit-sakit macam ni.

****

Tiba-tiba terasa tubuhnya terdorong ke belakang dan jatuh la dia macam nangka wangi.

“Adoi!!!sakitnya punggung aku,”Laila bersuara rendah sambil mengusap belakang pinggangnya yang terasa sengal. Matanya masih belum menyapa wajah pemuda yang melanggarnya. Tu la speed punya tak ingat dunia, kan dah berlaku kemalangan tengah-tengah orang ramai ni. Buat malu aku je, yang mamat ni pun badan keras cam besi, penyek hidung aku….rungut Laila.Matanya menyapu wajah pemuda yang melanggarnya tadi.

Zappp….terasa jangtungnya seakan-akan berhenti berdegup. Paru-parunya seakan kekurangan udara. Terasa macam masa telah berhenti…Pantas dia bangun dari lantai.

Sorry,”hanya satu perkataan yang terucap dari seulas bibir merahnya. Terus kakinya laju melangkah meninggalkan pemuda yang juga kelihatan kaku sepertinya.

Setelah tiba di hadapn toilet baru terasa paru-parunya terisi dengan oksigen. Kenapa perlu dia ada di sini?? Tubir matanya terasa panas.Tak susah nak mengecam wajah itu kerana tak banyak yang berubah. Dengan lengan kemeja yang disising sampai ke lengan menambahkan lagi kekacakan yang dimiliki pemuda itu…Aiman…

Setelah itu Laila menuju ke surau. Dia memerlukan ketenangan kala ini. Dah nak masuk waktu maghrib, baik aku solat dulu. Detik Laila.

*****

Aiman tersentak apabila terasa bahunya dipeluk dari arah belakang.

“Weh!!!bro. kau kenapa? Macam baru lepas nampak hantu je aku tengok,” tanya Haris bila terlihat muka Aiman yang sedikit pucat.

She’s back,”

Who?” soal Haris pelik.

Hari ini Aiman datang menjemput sahabatnya Haris yang pulag dari US atas urusan pejabat. Seharusnya dia turut serta bersama Haris tetapi last minutes papanya suruh dia menguruskan projek pembinaan resort di Pulau Pinang. Dan tadi….dengan tak sengaja dia berlanggar dengan gadis itu.

“Laila,” jawab Aiman ringkas.

“Oo…Laila,” nama macam pernah berdaftar dalam otak aku. Detik Haris. Kemudian baru otaknya dapat menagkap maksud sahabatnya itu.

“Laila!!!???you mean…Laila Marlisa?” Tanya Haris dengan nada yang cukup terkejut. Masakan tidak dia mengenal gadis itu. Dia cukup arif tentang apa yang berlaku antara Aiman Syakiri dan Laila Marlisa.
“That mean, dia dah habis belajar?”pertanyaan Haris hanya dijawab dengan jungkitan bahu oleh Aiman menandakan yang dia tak tahu.

So???macam mana?”

“Entah…malas la aku nak fikir, eh!!!jom la kita singgah masjid dulu maghrib dah masuk ni. Lepas tu kita lepak tempat biasa.

Malas nak ambil pusing pasal gadis itu. Tapi memang semenjak kebelakangan ni dia selalu teringat tentang gadis itu.

*****
Laila duduk di kerusi berdekatan pintu masuk…mana Liya ni pun, lambat sangat. Rungut Laila.
Tiba-tiba terasa bahunya dipeluk dari belakang. Tanpa perlu melihat wajah gerangan yang memeluknya dia dah tahu yang itu Liya.

“Sayanggg……sorry aku lambat,”namun Laila tidah memberi reaksi. Konon merajuk la….

Sorry la…malam ni aku belanja kau makan eh??jangan la merajuk. Dah la aku ridu gilerrr…kat kau,”pujuk Liya lagi.

Pelukan dilepaskan dan Laila berdiri menghadap Liya yang tersengaih macam kerang busuk. Kemudian terus tubuh Liya dipeluk erat.

“Weh…kalau ye pun kau rindukan aku jangan la peluk kuat-kuat sangat. Putus nafas aku,” rungut Liya.
“Kau kata kau rindu giler kat aku kan,”

“Meh sini aku naK tengok muka kau, cantik lagi ke?” Liya menjarakkan tubuh mereka dan memerhatikan wajah cantik Laila.

“Emmm…cantik lagi,”

“Thank you,” sambil membuat gaya seperti ceritaa Fairytale semasa tuan puteri nak menari dengan putera raja.

“Eh!!!dah la.. jom,”terus troli Laila ditolak Liya.

sinopsis

sinopsis

Laila marlisa, indah nama seindah orangnya tapi siapa sangka disebalik kecantikan wajahnya tersimpan satu rahsia yang tidak dapat diungkapkan. 4 tahun di negara orang adalah masa yang cukup lama baginya untuk mencari kembali harga diri yang telah dicampak dan mengutip kembali serpihan hati yang telah berderai.

kini dia kembali sebagai Laila yang baru.

Aiman syakiri, bisikan hatinya mengatakan lain, lain pula yang keluar dari bibirnya. Bak kata pepatah kerana mulut badan binasa, 4 tahun memendam rasa bersalah tetapi mulutnya sukar untuk menuturkan kata maaf. Betul kata irang ego lelaki ni tinggi.

Lantas aku ke sana,kau kesini....dimana titik pertemuan kita??????

p/s haha bru nk bejinak-jinak dlm dunia e-novel nie...percubaan pertama. Jemput baca ^,~

Wednesday 8 June 2011

aktiviti slama 4 bulan cuti final sem haha...ape agknye eh????

dh agak lme dh cuti nie  ingat nk keje tp x jadi plaj..ape nk jd..
ingat bleh la menjana kewangn mse time2 cuti ie tp rse mlas je alasan nk tgk tv la "nora elena kt tv3" haha...
nk kuar ngn member kekangn duit plak x pe la do umah pon abah ksi duit jgk...so smentara nk tggu kakak tersayang blek dr mesir ujung bln nie kte lepak2 lu kt umah haha.........