Sunday 30 December 2012

Bisikan kata Hati Special ^^



Tepat jam satu setengah pagi Aiman mengatur langkah lesu memasuki rumah yang gelap sunyi. nampaknya semua penghuni  dah tidur. tubuh sasanya direbahkan ke kerusi mewah buatan Itali di ruangtamu seraya merungkai keluar tali leher yang tergantung longgar di lehernya. Sudah hampir dua minggu berturut-turut dia sering pulang lewat gara-gara urusan kerja yang semakin bertambah. orang kata rezeki jangan ditolak, tapi bahananya siapa yang dapat? dia jugak, terpaksa hari-hari bersengkang mata di pejabat sampai lewat malam.

Tekaknya terasa kering, lantas kaki dihayun ke ruang dapur. pintu freezer ditarik dan sebotol Tropicana twister perisa oren di tuang ke dalam mug dan diteguk rakus. sesaat kemudian bulu tengkuknya terasa meremang. seakan ada yag memerhati.

Siapa pulak yang belum tidur dah pukul satu pagi ni? detiknya. perlahan-lahan kepalanya ditoleh kebelakang.

“Astaghafirullahalazim…apa Mak Mah pakai telekung tengah malam macam ni?” nasib baik tak tercampak mug kosong ditangan! alunan jantung yang terkejut, diurut kejap.

“Hai…pukul satu setengah pagi baru balik?” tegur Mak Mah seraya mencekak pinggang. Aiman dah pegang belakang leher beserta senyuman sumbing serupa orang tak cukup gigi.

“Banyak kerja la Mak Mah. bukan sengaja balik lambat.” pandai Aiman menjawab.

Mak Mah menghela nafas pendek. “kalau ye pun nak balik lambat, inform la dulu dekat Laila…kesian Mak Mah tengok dia tunggu Aiman dekat luar tadi. agaknya kalau mama tak tegur tadi sampai kesudah pun dia tunggu lagi kamu.” nasihat diberi pada anak majikannya yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri itu.

Aiman mula dihimpit rasa bersalah. seraut wajah lembut isterinya melayang diruang mata. memang sejak dua menjak ni hubungan dia dan isterinya terasa semakin renggang. Bila dia pulang, isteri dan anaknya sudah lena dibuai mimpi. 

Dia sibuk dengan urusan pejabat yang semakin menimbun, isterinya pula sibuk menguruskan anak bujang mereka. Ahnaf yang hampir menginjak ke usia tiga tahun, nakalnya makin menjadi-jadi. baru seminggu lepas habis dokumen proposal yang ditinggalkan atas sofa dalam bilik dikoyak anak bujang bertuahnya itu. apa lagi, mengamuk la dia. Sampai sekarang anak kecilnya itu tak mahu bercakap dengannya. merajuk mengalahkan orang tua!!

“Minta maaf Mak Mah…lain kali Aiman call dulu kalau balik lambat.” mug ditangan dibawa ke sinki dan dibasuhnya sebelum digantung pada rak.

“Bukan minta maaf dengan Mak Mah, tapi dengan Laila. Ingat…walau sesibuk mana pun kerja, jangan diabaikan isteri dengan anak Aiman. harta bila-bila masa je boleh cari, tapi keluarga kalau hilang tak boleh dicari lagi. lain la kalau Aiman niat nak pasang satu lagi.” dalam ceramah sempat lagi Mak Mah bercelucon.

“Hish!! ke situ pulak Mak Mah ni. perempuan lain takkan pernah sama dengan kedudukan Laila dalam hati Aiman!” bersungguh-sungguh Aiman menepis usikan itu. cinta yang dirasakan pada si isteri masih menggebu dan mewangi walaupun usia perkahwinan yang dibina sudah masuk tahun yang ke lapan.

“Dah la…pergi naik atas mandi, lepas tu tidur. jangan nak sambung pulak buat kerja lagi!”

“Baik…” sambut Aiman dengan sengihan. kemudian berdesup dia memanjat tangga menuju ke bilik.

           Sebelum masuk ke kamar, kakinya melencong terlebih dahulu ke kamar anak bujangnya yang terletak bersebelahan bilik adiknya. kepala dijengah kedalam setelah daun pintu dikuak sedikit. dilihat katil bujang anaknya yang penuh dengan lori mainan dan robot, kosong.

“Tidur mana pulak anak aku ni?” soalnya sendirian. tidur dengan papa mama agaknya. kemudian, barulah dia mendekati kamar dia dan isteri. berhati-hati tombol pintu dipulas supaya tak mengejutkan tuan puteri yang mungkin sudah lena dibuai mimpi indah. 

            terpaku seketika matanya melihat pemandangan indah dihadapannya kini. pemandangan yang cukup untuk menerbitkan rasa indah dan bahagia di jiwanya. dilihat anak bujangnya sudah tertidur lena, sambil meniarap beralaskan dada isterinya yang berombak tenang mengikut alur pernafasan yang mengalun lembut.

Lama bola matanya tertunak jatuh pada dua orang buah hati pengarang jantungnya itu. pulas sekali tidurnya sampai tak terganggu dek bunyi nafasnya disebelah. pipi mulus isterinya dielus lembut. terasa bersalah sungguh dirinya kerana mengabaikan isterinya sejak dua menjak ini.

I’m sorry sayang…” bisiknya perlahan menyampaikan rasa bersalah yang menghimpit dadanya. dahi itu dikucupnya lama sebelum beralih pula pada pipi tembam si anak. remote penghawa dingin atas meja kecil ditepi kepala katil dicapai. suhu bilik dinaikkan sedikit supaya tidak terlalu sejuk. barulah baju kemeja yang sudah seharian tersarung di tubuhnya ditanggalkan, dan menghilang di sebalik bilik air.

Pajama biru gelap disarungnya. mata yang terasa pedih direnyehnya kejap. mujur saja dia sudah menunaikan solat Isyak dipejabat tadi sebelum pulang. katil dipanjatnya. kedudukan anak dan isterinya masih tak berubah-ubah. Dengan berhati-hati dialihkan tubuh anaknya yang makin tembam dari hari ke hari menjauh dari dada isterinya. bimbang pula kalau isterinya sesak nafas nanti. anaknya bukan makin kurus, makin gempal ada la!

Si anak diletak ditengah-tengah. tangannya dipanjangkan kebawah badan si anak untuk meraih pinggang langsing isterinya. doa tidur dibaca. senang saja lena menjemputnya.


*****
Lagu yang terhasil dari Iphone memaksa Aiman membuka mata yang masih kelat terasa. dalam keadaan mamai tangannya mengagau handset yang diletak bawah bantal.

Hello…” sapanya dengan suara garau. mata masih lagi terpejam.

“Ha…assalamualikum Aiman. umi dengan abah ni dah sampai kawasa Ampang. dalam dua puluh minit lagi sampai la. cakap dekat Laila jangan risau ye.” suara ibu mertuannya yang menampar cuping telinga terus membuatkan matanya besar membulat. hilang terus ngantuk yang menguasainya tadi. umi?

“Waalaikumsalam. Umi dengan abah nak datang sini ke?” soal Aiman bodoh.

“La…Laila tak beritahu ke?” soal umi dihujung talian. rambut yang kusut digaru. pending kejap.

“Ahh…yela. Laila ada beritahu semalam.” Aiman tipu sunat. setelah salam diberi, cepat-cepat comforter kuning air yang menyelimuti tubuhnya ditolak. kelibat Laila dan anaknya pun sudah hilang dari kamar. seusai membersih diri, terus dia menapak ke bawah mencari bayang isteri tercinta. mujur hari ni hari sabtu. boleh la dia merehatkan badan dan minda.

Morning sayang…balik lambat semalam?” tegur Datin Rasyidah dengan kening yang terjungkit ala-ala Along mintak hutang.

            Aiman telan liur yang terasa payau. dia berdehem membetulkan salur tekaknya yang seakan tercekik.

“Banyak kerja.” balas Aiman pura-pura tenang.

Lame excuse.” kerek pula Datin Rasyidah membalas. Aiman dah tak terkata apa. jadi tersengih ajelah yang mampu.

Good morning my boy..” baru nak dicium pipi tembam Ahnaf, tangan kecil itu sudah menolak pipinya terlebih dulu. amboi…ni memang benar-benar merajuk ni! tanpa dipedulikan penolakan sia anak, terus dicium pipi anak kecilnya itu.

“Mama…” rengek Ahnaf sambil memukul-mukul pehanya tanda tak suka papanya menciumnya. Laila garu kepala mendengar rengekan anaknya itu.

It’s okay…it’s okay…mama tolong lap ye.” Laila memujuk. kemudian pipi anknya itu disapu seolah-olah mengelap bekas ciuman suaminya tadi. ada-ada jela keletah anak mereka tu!

“Kerusi sebelah isterinya yang sejak tadi diam tak bersuara ditariknya. sekilas pun langsung tak dipandang wajahnya yang handsome ni! sempat lagi perasan diri!

Laila menarik pinggan kosong dan disenduk nasi lemak buat suaminya. sambal diletaknya sedikit saja kerana dia sudah maklum sangat kalau suaminya tak tahan pedas.

“Apasal sikit sangat sambalnya sayang? tambah la lagi.” mulut Aiman mengomen. entah kenapa pagi ni perutnya tiba-tiba nak makan pedas. perubahan hormone agak.

 Laila dah kerut dahi. biar betul pak cik ni? jangan menangis pulak makan sudah. tiba-tiba akal nakalnya datang. habis dua sudu penuh sambal diletaknya atas nasi suaminya.

Enjoy your breakfast.” katanya lembut tapi berbaur ancaman. nak tak nak terpaksa juga Aiman menyuap nasi lemak didepannya itu. Laila tahan senyum melihat kerutan hebat didahi suaminya.

"Pukul berapa ni umi abah Laila sampai?” soal Dato’ Razali seraya menyisip kopi panas.

Jam antic besar diruang tamu dikerling Laila sekilas pandang. “kejap lagi kot.”

“Tadi umi call abang, dah nak sampai katanya.” celah Aiman membantu menjawab soalan papanya itu.

“So…jadi la bang Chik bertunang dengan budak Terengganu tu?” mama pula menyoal.

“InShaa Allah jadi la ma. rasanya dalam awal bulan depan umi kata nak tunangkan dorang. lagipun dia orang kawan dah lama, tak elok la rasanya nak menangguh-nangguh lagi.” ulas Laila seraya menyuap nasi lemak ke mulut comel anaknya yang leka bermain dengan robot transformer yang baru dibeli bapa mertuanya minggu lepas. dalam bilik stor tu dah dua bakul penuh dengan mainan dia jek. tengok la, minggu depan dapat mainan baru, robot ni dah terperosok bawah katil.

“Alhamdulillah…makin besar nanti family kita. yang korang berdua ni, tak terpikir ke nak tambah anak lagi sorang? Anaf pun dah besar, memang bagus sangat la kalau dia dapat adik.” ujar Datin Rasyidah punya makna tersirat sambil menjeling kearah anak lelakinya menghantar maksud.

Aiman tayang muka selamba. padahal bawah meja dah gatal duk menggesel kaki dengan isterinya disebelah. nak tambah anak? anytime….

Sesaat kemudian pehanya terasa sakit dicubit jari runcing isterinya. terpaksa ditahan perit supaya tak terpampang diwajahnya.

“Anaf nak adik…anaf nak adik!!” suara pelat Ahnaf kedengaran dengan tangan yang penuh dikiri pegang robot, dikanan pegang nugget. Laila dan Aiman masing-masing tersentak melihat mata si anak yang bercahaya terkebil-kebil melihat mereka berdua.

“Hah…Anaf pun tahu dia nak adik.” sambut Datin Naziha sambil tergelak. pipi Laila dah merona merah menahan malu. Aiman masih tayang muka bersahaja sambil menyuap nasi lemak, walhal dalam hati girang tahap nak buat lompat bintang tengah padang. entah kenapa terasa makin sedap pula breakfast pagi ni.

“Assalamualikum..” salam yang berbunyi dari arah pintu menggamit semua mata tertunak ke situ.

“Waalaikumsalam Biah….masuk la.” bingkas Datin Rasyidah bangkit dari kerusi sebaik saja kelibat adik iparnya tersembul depan pintu rumah yang sudah terbuka luas, diikuti oleh yang lain. Laila turut memimpin tangan anak kecilnya itu menuju ke ruang tamu.

bila melihat mama papa sudah jauh sedikit ke depan, tangkas tangan sasa Aiman memaut pinggang langsing Laila. anak mereka terperangkap ditengah-tengah. “Abang minta maaf sayang…lately abang selalu balik lambat.” tutur Aiman lembut memujuk.

“Ingatkan tak sedar abang selalu balik lambat. seronok sangat dating dengan Pak Din dekat pejabat sampai lewat malam?” jawab Laila dengan nada perli yang jelas terdengar. tak pasal-pasal Pak Din yang bekerja sebagai pak guard di pejabat dijadikan mangsa.

Aiman memuncung. “Buat apa pulak abang nak dating dengan Pak Din. baik abang dating dengan Laila…boleh jugak dapat hasilnya.” nakal dia mengusik sampai tersipu malu Laila dibuatnya. dagu itu dicuitnya manja.

OMG….please la jangan buat drama Nur Kasih depan anak sedara Fea. buat kuning otak dia yang innocent tu je tau tak!” suara  separuh menjerit Fea mengejutkan mereka berdua. seketika kemudian dua-duanya tertawa dengan keletah Fea.

Fea yang berdiri di anak tangga bergegas mengatur langkah mendekati abang dan kakak iparnya itu yang tak sudah-sudah nak bermanja. dia jugak yang sampai sekarang masih takde tempat nak bermanja. sadis jek bunyinya. badan abangnya yang masih kemas memaut kakak iparnya itu ditolak kuat. lantas didukung tubuh semangat anak saudaranya itu dan dibawa ke depan.

“Subhanallah…Mel.” suara Datin Rasyidah yang kedengaran kuat menyentak Aiman dan Laila. serentak mereka berpaling sebelum melajukan langkah.

“Mak ngah…maafkan dosa Mel.” ucap Emelda lirih sebaik saja tubuhnya diraih Datin Rasyidah. merembes keluar air mata dari peluput matanya. Datin Rabiah dan Dato’ Farid hanya mampu tertunduk. mata Laila sudah membulat sebaik saja pandangannya menyapa seraut wajah Emelda yang sudah agak lama tak ditemuinya. wajah itu nampak bersih sekali, apatah lagi bila gadis itu kini sudah bertudung. kenapa dia langsung tak tahu Emelda sudah keluar dari Hospital?

Sebaik saja pelukan terlerai, mata Emelda jatuh pula kearah Laila dan abang sepupunya Aiman. makin lebat air matanya yang mengalir menyesali perbuatan lampaunya yang hampir memusnahkan dirinya sendiri dan juga Laila dan Aiman. berat kakinya melangkah kearah Laila yang seakan terkedu melihatnya.

“Akak…Mel datang nak minta ampun dari akak. Mel dah terlalu banyak berbuat dosa pada akak dan abang Aiman.Mel tahu Mel memang tak layak dimaafkan…” lirih Emelda berkata dengan air hangat yang tak berhenti membasahi pipinya. sudah hampir setahun papa mamanya senyap-senyap membawa dirinya keluar negara untuk mencari cara memulihkannya setelah dia dibenarkan keluar dari hospital setahun yang lalu.

Disana dia dirawat hingga pulih. disana juga dia berkenalan dengan kak Wahidah pelajar perubatan disalah sebuah university disana sewaktu dia bersiar-siar di Times Square, yang bertindak sebagai pembimbingnya sehingga dia mampu berubah seperti ini. disana, akhirnya dia menemui cahaya hidayah yang sudah terlalu jauh ditinggalkannya selama ini. hatinya yang kosong selama dua puluh tujuh tahun itu sedikit demi sedikit mula diisi dengan iman. dia kini masih merangkak dan bertatih untuk berdiri tegak dijalan Allah. namun di satu sudut hatinya, masih ada kekosongan yang dirasakannya. Dan kerana itu juga dia mendesak dan meminta supaya papa mamanya membawa dia pulang ke Malaysia. dia tahu kalau dia perlu memohon ampun pada orang yang sudah dianiaya olehnya dulu.

Tangan halus Laila yang sudah memerah mata diraihnya mengharap pengertian. Laila senang dengan panggilan kakak yang diberikan, kerana memang betul kalau dia lebih tua setahun dari Emelda.

 Kepala Laila menggeleng perlahan sebelum air mata gembiranya yang diempang sejak tadi luruh jua. pantas tubuh Emelda dipeluknya erat. Terima kasih Ya Rabb…ucap Laila dalam hati kecilnya

“Akak dah lama maafkan Mel…” teresak-esak Laila menutur. sungguh dia tak pernah menaruh dendam, bahkan saban hari dia selalu mendoakan supaya Emelda cepat sembuh dari sakitnya. patutlah, ibu saudara suaminya itu sudah terlalu lama tidak menjenguk mereka semua disini. pipi basah Emelda dikesatnya. sejuk hatinya melihat penampilan gadis itu yang sudah berubah 360° dari dulu.

"Balasan terhadap kejahatan adalah pembalasan yang setimpal, tetapi barangsiapa yang memaafkan dan berbuat baik, ganjarannya ditanggung oleh Allah" (QS Al-Syura [42]: 40)

“Maafkan Mel abang.”

Aiman menarik senyum. “abang tak pernah berdendam Mel. I’m totally happy with yourself now.” sudah lama Emelda tak memanggilnya abang semenjak gadis itu pulang dari London dulu.

Alhamdulillah…hati kecil Emelda mengucap syukur. mereka semua sudah mengisi tempat tempat disofa mewah diruang tamu. tangan Laila menggapai lembut tangan Emelda dan ditariknya menuju ke dapur untuk membancuh air. anak bujangnya yang didukung Fea turut membuntuti langkah mereka.

Sambil menunggu air masak dalam heater, mereka semua duduk dimeja bulat ditengah ruang dapur. ralit Laila melihat keletah anak bujangnya yang masih terkebil-kebil memandang Emelda.

“Sayang…salam la tangan auntie tu.” arah Laila serata mencuit lengan anaknya itu. Emelda tersenyum seraya menghulurkan tangannya kehadapan anak comel itu. hampir saja anak kecil dihadapnnya ini tak mampu menjengah bumi Allah yang indah ini gara-gara perbuatannya dulu. Ya Allah…ampuni dosa-dosa hamba dulu..

Takut-takut Ahnaf menyambut tangan Emelda dan diciumnya. Emelda mengusap kepala anak kecil itu. entah bilalah dia boleh mendakap anaknya sendiri. namun masih ada ke lelaki yang mampu menerima dirinya. dia gerun soal itu.

“Mel bila pulak nak ada anak? akak dah ada sorang.” ramah Laila bertanya. hilang sudah rasa kekoknya.

Emelda menunduk lemah. “Ada ke orang yang sudi nak angkat darjat Mel untuk dijadikan seorang isteri dan ibu kak? pernah masuk Hospital sakit jiwa, pernah jadi orang gila. pernah hampir bunuh orang…” lenggok suara semakin memberat. tangan Eelda digenggam erat Laila member kekuata.

Don’t say like that Mel. jodoh itu rahsia Allah. bila dah tiba masanya, bila-bila masa je Allah boleh pertemukan Mel dengan pemilik tulang rusuk kiri Mel selama ni. seperti firman Allah dalam surah An-Nuur ayat 24, Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik pula. begitu juga sebaliknya. Janji Allah itu pasti!”

“Tapi cukup baik ke Mel ni untuk dapat suami sebaik macam tu?”

“Tak ada manusia atas muka bumi ini yang sempurna Mel. kerana sifat sempurna itu hanya milik Allah azza wa jalla. hidup suami isteri itu saling melengkapi. Saling menerima kelemahan masing-masing. Melengkapi kelemahan dengan kekuatan yang ada pada diri kita. serupa macam kita tambah garam ke dalam lauk yang tawar, tambah gula dalam air yang tawar.” sambung Laila lagi.

“Inshaa Allah akak.”

Setelah siap membancuh minuman dan memotong kek Chocolate moist, mereka semua bergerak semula ke ruang tamu. dilihat yang bertandang semakin ramai. umi, abahnya dan bang Chik dah sampai. Liya, Haris serta anak gadis mereka yang diberi nama Sarah Liyana yang sudah menginjak umur seahun setengah juga turut bertandang.

“Liya…kau buat apa dekat sini? bukan dua hari lepas cakap konon nak pergi honeymoon ke?” soal Laila seraya memerli sahabatnya itu. mereka berpeluk sebentar. Dua hari lepas dia call, bukan main lagi Liya berlagak konon Haris nak bawa dia pergi Korea berbulan madu kali kedua. ceit!!

“Saja kan kau nak perli aku. cik abang aku tu la, passport dah mati pulak! penat jek aku excited nak travel pi Korea.” bebel Liya sambil menjeling suaminya yang sedang mendukung puteri mereka.

“Bulan depan la sayang. abang janji.” celah Haris yang duduk disebelah Aiman. manalah dia perasan kalau pasportnya sudah melebihi tarikh luput.

            Ahnaf sudah merengek minta dilepas dari dukungan Fea. kemudian dia berlari mendapatkan papanya. padahal nak mengacau baby sarah sebenarnya! digoyang-goyang kaki Aiman minta didukung.

“Hai…bukan merajuk dengan papa ke?” seloroh Aiman pada anaknya yang minta untuk duduk diribanya itu.

“Papa jahat!!” kata anak kecil itu seraya memukul-mukul kaki Aiman. Aiman tergelak besar sebelum mengangkat badan anknya yang boleh tahan berat itu ke pehanya. tangan kecil Ahnaf mula mencuit pipi tembam baby kecil Sarah.

"ehh...mana boleh pegang anak uncle lagi Anaf. nak pegang-pegang, masuk meminang dulu." tegah Haris mengacah Ahnaf.

Aiman buat muka mendengar celoteh sahabtnya itu. "bajet anak kau hot stuff la?! anak aku ni romeo ...jangan kau tak tau."

“Assalamualaikum.” satu lagi suara memberi salam.

“Waalaikumsalam…masuk Hakim.” pelawa Aiman.

“Ada apa ni? ramai je aku tengok.” komen Hakin seraya melangkah masuk. selepas bersalam dengan semua dia mengisi kerusi disebelah Haris.

“Entah la…dia orang ni semua pakat nak serbu rumah ni kot. bila kau balik dari Sabah?” Aiman bertanya. hubungan dia dan Hakim sudah membaik, malah boleh kata mereka sudah berkawan. itu pun bermula semenjak Hakim datang beraya dirumah setahun lepas. sejak dari itu, setiap kali Hakim turun semenanjung, dia dan Haris selalu keluar minum sama-sama. berlagak bujang kejap.

“Dua hari lepas. aku balik Johor dulu adik aku kahwin.  malam karang terbang la balik.” kelibat gadis yang keluar dari dapur dengan langkah yang sopan menggamit perhatiannya. lembutnya tingkah laku itu menuang air ke dalam cawan membuatkan matanya terpaku lama pada wajah cantik itu. siapa tu? tak pernah jumpa pun. telah hatinya.

“Minum…” suara lembut gadis itu menyedarkannya dari lamunan. Hakim mengangguk menutup rasa malu. harap-harap gadis tu tak perasan kalau dia duk memerhatikannya dari tadi. Emelda yang terasa berdebar saat bertentang mata dengan lelaki disebelah abang sepupunya itu segera berlalu semula ke dapur.

Aiman yang perasan perubahan riak muka Hakim tersengih seraya mengenyit mata kearah Haris yang turut perasan soal itu. “adik sepupu aku, Emelda.” katanya

“Huh…owhh…” sambut Hakim berpura tenang. Emelda di dapur sudah memegang dada. terngiang-ngiang bicara Laila sebentar tadi. ‘bila dah tiba masanya, bila-bila masa je Allah boleh pertemukan Mel dengan pemilik tulang rusuk kiri Mel selama ni’ tapi takkanlah secepat ni.

“Kenapa ni Mel?” tegur Laila sambil menatang dulang kosong.

“Huh?” kepalanya digeleng laju.
******
Dua bulan kemudian….

Laila membuang pandang kearah lautan luas dihadapnnya itu. angin sejuk yang menyapa tubuhnya langsung tak diendahkan. petang-petang begini pun masih ramai lagi orang yang surfing walaupun cuaca sangat sejuk. 

Emelda dan abang Hakim sekarang sedang cuba mengenali hati masing-masing, dan nampaknya abang Hakim dapat menerima masa lampau Emelda dengan hati yang terbuka

Bawah sedar bibirnya melorek senyuman manis. teringat lagi surprise yang diberikan suaminya dua minggu yang lalu. Pandai sungguh suaminya berlakon seolah-olah terasa hati dengannya gara-gara dia terr…sterika baju kemeja Valentino Rudy yang baru dibeli suaminya sampai berlubang. sabar jela...

Dua hari suaminya tak menegurnya, senyum pun tak. Dirinya memang cukup terasa dengan layanan dingin suaminya. Apatah lagi penyebabnya hanya kerana dia tersterika baju sampai berlubang. yes…memang tau la baju tu mahal beribu, tapi perlu ke layan dia sampai macam tu sekali!!

Masuk hari ketiga, suaminya pulang lewat kerumah. Tepat jam sebelas malam dia dapat panggilan telefon dari si suami meminta supaya dia datang ke Palace of The Golden Horses. Ingatkan suaminya buang tebiat, tiba-tiba mengajaknya pergi ke sana tenga-tengah malam buta. Rupa-rupanya hari itu adalah hari ulantahun perkahwinan mereka. sungguh dia terlupa. 

saat kaki melangkah ke dalam restoran yang sudah terhias indah, mengalir juga air matanya terharu. Suaminya siap mainkan piano lagi buatnya. Romantis.  

Dan sekarang dia sudah tiba dihadapan pantai surfer paradise di Australia. hadiah sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke lapan. tak putus-putus dia berdoa agar kasih sayang yang disemai mereka berdua akan berkekalan hingga ke syurga.

“Tak sejuk ke sayang?” suara garau Aiman menegur dari belakang. lantas dia turut duduk rapat disebelah isterinya atas pasir yang memutih itu. baju sejuk ditangan diletak sarung ke bahu isterinya sebelum dipeluk erat bahu itu.

Laila menyandar kepalanya kedada bidang suaminya. menghayati rentak jantung yang berdegup tenang, serta hembusan angin yang menyapa wajahnya. Honeymoon kali kedua kata suaminya. 

“terima kasih abang…untuk semua ni. I love you soo much.” rendah bicaranya. pipi suaminya dikucup kasih.

I love you too sweetheart. but sampai hati Laila lupa dengan tarikh anniversary kita.” tutur Aiman seolah-olah berjauh hati.

Laila angkat kepala. dilihat wajah kacak suaminya dengan riak muka bersalah. “I’m sorry okay…abang pun tau kan Laila sibuk dengan kerja pejabat, nak uruskan big boy kita lagi.”

Kedua belah pipi Laila dipegangnya. sejuk. “I try to understand dear. but please…jangan abaikan abang. ini tak, semua kasih sayang nak bagi dekat Anaf. abang ni dapat apa je?!” rungutnya.

“Hai…takkan jealous with your own baby boy kot?”

“Harus la!”

Laila dah tertawa kecil. perangai  macam budak-budak! dia ada rahsia yang disimpannya sejak seminggu lalu. Cuma menunggu masa yang sesuai saja untuk disampaikan. tangan kanan suaminya dicapai dan diletak lembut ke perutnya yang ditutupi T-shirt lengan panjang itu.

“kalau Laila tak beri datang kasih sayang pada abang, mana pulak datangnya baby dalam perut ni?” soalnya penuh makna tersirat. 

Aiman bingung sebentar, cuba mencerna satu persatu maksud perkataan yang meluncur lancar di celah bibir isterinya.

What?!! ada baby ke dalam ni?” soal Aiman penuh teruja.

Laila mengangguk laju seraya menaikkan tanda dua dihadapan suaminya. “dah dua bulan.”

“Alhamdulillah. thanks sayang.” pipi mulus itu dikucupnya bertalu-talu menzahirkan rasa gembiranya. nampaknya tak lama lagi Ahnaf bakal dapat adik.

“Yahoo…I’m gonna be a dad again!!!” jerit Aiman sambil terloncat tinggi ditengah-tengah pantai itu. sesudah itu habis dia meyapa semua yang ada disitu, memberitahu kalau dia akan mendapat anak lagi seorang. muka teruja tak payah cakap, sampai naik malu Laila dibuatnya.

That’s my hero…” gumamnya sendirian dengan senyuman manis yang tak lekang dari bibir merahnya.

Alhamdulillah Ya Rabb…..




p/s : n3 ni dibuat special tuk semua readers yg memberi support pd karya pertama dila BKH sob...sob...harapnye msih ade la ye yg ingt hehe. segala komen sgt dihargai ^_^  *peace yawwww...n jgn lupe doakn dila utk final exam hehe...

Tuesday 4 September 2012

tempahan BKH ^^

asalamualaikum semua ^^ alamdulillah novel Bisikan kata hati @ BKH dh selamat sampai kat tangan and dh khatam pun dr kulit dpn sampai kulit belakang haha..



kat sini dila nak beritahu dila akan bukak order untuk 10 orang yang nak beli BKH daripada dila...x bleh bnyak2 sbb takot x terurus nnti sebab dila pun dh nak naik sem huhu

harga: RM22 ikut harga pasaran ( jumlah m/s 624) *skali dgn tandatgn skali, spe berminat bleh pm dila kat fb ye...klo boleh buat bayaran secepat mungkin ye sebab dila nak pos buku dlm hari khamis mcm tu sebab ari ahad dh nak blek kampus *kerje last minutes mmg mcm ni haha

p/s: spe berminat pm dila dkat fb ye, dila bg no akaun ^^

terima kasih daun keladi...

Tuesday 14 August 2012

tempahan BKH kini dibuka ^^


assalamualaikum...

~dah lama sgt x post ape2 kat sini kan..ade yg rindu Hasif n Raisha x??? tp skunk x nak cite psal SLC...nk cite psal e-novel pertama dila..dila stat tulis cite ni dr bulan 6 taun lpas n siap secara rasminye bln 4 tahun ni. mmg bnyak dugaan nak siapkn, xde idea la, bnyak gangguan la...nak mengedit satu kerja pulak..itu pun bila check blek manuskrip yg dihantar kat kaki novel tu pun still bnyak typo error *yg x bleh tahan tu ade jgk nama yg tertukar...tgh mamai2 kot masa tu haha >_<

~alhamdulillah syukur ke harat ilahi, lepas beberapa bulan menunggu akhirnya BISIKAN KATA HATI @ BKH  terbit dlm versi cetak ^^ ari ni secara rasminye tempahan order online sudah dibuka..sesiap yg nak buat tempahan bleh masuk ke laman web kaki novel : http://kakinovel.com/

~untuk 300 pelanggan pertama yg awal tempah novel insyallah akn dpt sign besau dr dila...dila akan pergi sain nobel 29/8 nnti....n lg satu akn dpt sticker spesel dr dila, itu jek yg mampu nk bg. SLC lak tgh on d way nk siapkn manusrip ^^

hope ade yg sudi beli yek...dila minta maaf terlebih dulu klo ade kekurangan sana sini T_T


                                                        yg ni cover BKH >_<

                                                  yg ni plak sticker spesel 2


~maaf ye dila x bukak private order coz sem baru dh nak naik..tkot x sempat nk uruskan penghantaran semua....

salam sayang dr dila tuk semua yg menyokong dila selama ni...klo xde bebeh semua mmg buku dila x kn dpt diterbitkn...arigatou gozaimasu semua...luv u oulsssssssssssssssssssssssssssssss 100000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000 watt ~ngeeeeeeeeeeeee

(^_^)

Saturday 11 August 2012

Bisikan Kata hati- 11 & 12

Jam sudah menginjak ke pukul 11.30 malam. Dua-dua membisu membuat kerja masing-masing. Aiman masih menghadap laptopnya berjenama Applenya di atas sofa. Sesekali matanya melirik kearah isterinya yang sedang memanjakan wajahnya di meja solek. Idea jahatnya muncul di kepala hendak mengenakan isterinya.
“Huarghh…” Aiman menguap, laptop terus ditutup dan kakinya melangkah menuju ke katil dan kemudian menghempaskan tubuhnya di atas katil. Nikmatnya!tilam lembut  itu benar-benar memberi keselesaan yang tidak terhingga padanya.

“Malam ni aku nak tidur atas katil, sakit badan tau tak tidur atas sofa.” Tutur Aiman mendatar tanpa nada. Laila yang baru selesai menyapu lotion pada badannya di meja solek kaget! Segera dia menoleh kebelakang.

 “Habis tu I nak tidur mana? Tak akan  nak tidur dengan you pulak?” Tanya Laila bodoh.

Tiba-tiba ketawa Aiman bergema di dalam bilik itu.

“Bila masa pulak aku suruh kau tidur dengan aku atas katil? suka hatilah aku nak tidur mana, bilik aku. Kau..tidur atas sofa malam ni.” Jawab Aiman dengan nada yang cukup menyakitkan hati sambil menudingkan jarinya kearah Laila.

Laila mendengus kasar, tidak percaya. Rasa mahu dihempuk-hempuk saja suaminya yang tersengih kambing atas katil. Terus bantal dan comforternya diatas katil dicapai dan dicampak kasar atas sofa tanda protes….

“Tak gentleman langsung.” Gumam Laila rendah. Namun cukup kuat kedengaran di telinga Aiman. Dia ketawa dalam hati melihat telatah isterinya. Comel.

“Gentleman tak gentlemen, peduli apa aku.” Aiman menyakitkan lagi hati Laila.

“Shh…senyap! I nak tidur. Good night.” Jawab Laila, matanya yang sudah layu memang minta dipejamkan. Sepanjang hari bekerja memang cukup memenatkan tubuh dan mindanya.

Aiman ketawa sendiri. Suka Aiman lihat wajah isterinya yang marah. Marah pun tetap cantik. Tidak tahu kenapa dia suka cari pasal dengan isterinya sebab isterinya sekarang sudah lain. Bukan macam dulu, lemah lembut. Sekarang isterinya makin berani dan keras kepala. Membuat dia rasa semakin tercabar.
*****

Sudah sebulan Laila bertugas di RR Holdings. Hubungannya dengan Aiman tetap macam tu. Kalau tidak gaduh rasa tidak lengkap harinya, masing-masing hendak mencari salah masing-masing, tapi dalam bilik sajalah. Kalau depan ibu mertuanya kena berbaik. Mana boleh gaduh-gaduh. So berguna jugalah skill lakonannya dekat universiti dulu. Tapi..bila kerja, be professional. No emo-emo…

Laila bertenggek di meja setiausahanya Suzy sambil menumbuk-numbuk lehernya yang terasa sengal.

“Nanti you tolong buat 3 copy untuk dokumen ni ye.” Minta Laila. Dia tak suka nak mengarah-ngarah. Tidak suka hendak berlagak, mentang-mentang kedudukan dia agak tinggi dalam company ayah mertuanya ini, boleh dia mengarah sesuka hatinya.. Suzy pun ala-ala sebaya aje dengan dia. Dah anggap macam kawan pun.
“Kejap lagi ye I buat..tak urgent sangat kan?” Soal Suzy.

“No…tak apa, buat lambat-lambat pun tak apa.” Usul Laila. Memang dia tidak perlukannya dalam masa yang singkat pun. Kecualilah kalau si Aiman singa itu hendak minta. Semuanya nak cepat, nak express. Buat sendirilah kalau mahu cepat sangat. Ingat pekerja ni semua robot ke?

Tiba-tiba kelibat seorang perempuan melintas di hadapannya. Seksi… dengan tubuh yang tinggi ala-ala model dan skirt merah darah paras atas lututnya, memang nampak mengancam habis. Mau terliur semua office boy disini tengok. Konon hendak menayang peha putih gebu dialah itu kononnya.

“Mak aihh…siapa tu?” Tanyanya pada Suzy dengan kening yang sudah terjungkit. Sebulan dia sudah bekerja disini, tidak pernah pula dia terserempak dengan model sesat ni. Tapi…muka tu macam familiar saja. Hendak kata salah seorang antara kawannya, tidak kot rasanya. Tidak pernah dia punya kawan perempuan macam tu. Minta simpang malaikat 44.

“Tak akan you tak kenal kot? tu kan sepupu suami you. Emelda.” Tanya Suzy pelik dengan tautan keningnya. Tidak akan sepupu suami sendiri pun tidak kenal. Emelda tu kan terkenal dengan sikap manja dan menggodanya itu. Mustahil Laila tidak kenal.

“Owhh…I tak ingat. Maklumlah, I kan baru balik Malaysia.” Dalih Laila

“So, selama ni you dengan  CEO kita tu buat hubungan jarak jauhlah? tak marah pula suami you. Kalau I la…” Suzy sudah mengeleng-geleng kepala.

Laila terkejut dengan pertanyaan Suzy. Macam mana hendak dijawab ye? Bibirnya digigit kejap mencari idea.

“Emmm…yelah nak buat macam mana. Dia faham I nak belajar. Tapi dalam 4 bulan sekali I baliklah Malaysia. Tapi I tak pernah jumpa pulak Emelda tu.” Laila mereka cerita. Mana empat bulan kau? Empat tahun kot, dia tidak pernah balik langsung.

“Emelda tu baru balik dari London setahun lepas.” Terang Suzy

“Ooo…selalu ke  dia datang sini?” Tanya Laila dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak didada.

“Boleh kata selalu jugalah. Asyik nak mengendeng aje dengan suami you tu. ‘gediks’. Sebelum you datang, semua staf dekat company ni ingat dia tu girlfriend bos. Tup..tup tahu bos dah kahwin rupanya.” Panjang lebar Suzy bercerita.

Timbul rasa cemburu dalam hati Laila. Tapi bila difikir balik, buat apa dia cemburu. memang sejak dulu Aiman tidak pernah suka padanya. Dan berbekalkan muka yang kacak, tidak mustahil ramai perempuan di luar sana yang mahu mencuba nasib.

“You kena jaga baik-baik hubby you tu. You dah lama tak balik sini, tak tahu hubungan mereka macam mana.” Nasihat Suzy sebagai rakan. Dia sememangnya tidak suka dengan Emelda itu. Berlagak sangat, ingat dia tu diva ke?

“Just a small matter, I believe my husband.” Laila berkata yakin.

Yelah tu. Tapi betul ke tu girlfriend dia? Laila tertanya-tanya. Tapi mungkin juga, dengan muka handsome macam itu mustahil tidak ada perempuan dekat luar sana yang terpikat. Bercinta dengan sepupu sendiri?

“Percaya, percaya jugak Laila. Tapi jangan sampai kepercayaan tu disalah guna. Nanti you jugak yang melopong.”

“You ni kan. Nak kata dah kahwin, belum. Tapi you cukup pandai nasihat bab-bab rumah tangga ni ye.” Puji Laila. Dia cukup kagum dengan pendapat yang diutarakan oleh Suzy. Lehernya sedikit dipanjangkan kearah bilik pejabat suaminya. Manalah tahu, ada ternampak sesuatu yang hangat ke.
*****
 Tuk..tuk..tuk..

Kedengaran ketukan di muka pintu bilik Aiman dan bunyi tombol pintu dipulas dari luar. Aiman yang sejak tadi sedang asyik meneliti dokumen sedikit terganggu konsentrasinya dengan ketukan itu, berkerut sebentar dahinya sebelum mengangkat mukanya daripada dokumen di tangannya.

“Hai sayang…” Wajah Emelda sudah tersembul dari muka pintu dengan senyuman ala-ala penggoda. Meluat Aiman dibuatnya. Nak-nak pula dengan baju yang tidak pernah cukup kainnya. Bertambah-tambahlah rasa jeliknya.

“You buat apa datang sini?” Tanya Aiman tanpa perasaannya dengan muka bosannya tahap kritikal.

Emelda sudah menarik muncung. Langkahnya diatur penuh menggoda dengan badannya yang melintuk-liuk macam orang tidak ada tulang. Sebelum melangkah, sempat lagi dia menutup rapat-rapat daun pintu.

Aiman sudah mencampak pen yang terkepil dicelah jarinya sejak tadi keatas meja. Rimas betullah perempuan ni, macam tidak ada kerja nak buat. Asyik-asyik mahu mengendeng dengannya. Sekarang kira ampunlah juga, datang sebulan sekali saja. Kalau dulu, mahu tiap-tiap hari muka dia dok tercongok depan pejabatnya ni.

“Honey…you macam tak ada mood aje nak tengok muka I.” Rengek Emelda. Konon manja habislah tu, hendak muntah hijau dibuatnya.

“Memang pun.” Gumam Aiman rendah. nanti tidak dilayan minah ni, dia report dekat papa dia pula, dia juga yang terkena nanti. Yelah, sepupu kan, tak akan tidak mahu dilayan pula.

“You nak apa ni? I sibuklah.” Tone suara Aiman dah sedikit meninggi.

“Sayang…I nak ajak you lunch dengan I la..” Beritahu Emelda dengan mulut yang berkilat dengan gincu merah menyalanya. Punggungnya sudah ditenggekkan ke meja kerja Aiman.

Nak makan dengannya? tak payah. Hilang pulak seleranya nanti menghadap muka yang dimekap tebal macam pelakon opera cina itu. Beberapa saat kemudian Aiman mula berubah fikiran. Dalam fikirannya terbayang agenda yang bakal dijalankan nanti. Terukir senyuman jahat dibibirnya.

“Ok.” Aiman setuju sambil melemparkan senyuman kearah Emelda.

Emelda pula yang pelik. Selama ini ada saja alasan Aiman hendak mengelak makan dengannya. Ini sudah lain pula. Agaknya Aiman sudah terpikat dengannya tak? nampaknya usahanya selama ini mula menampakkan hasil.
 
Mereka beriringan keluar dari bilik pejabatnya dan berhenti seketika apabila ternampak Laila yang sedang bertenggek di meja Suzy. Inilah masanya…

Aiman dan Emelda mula berjalan merapati isterinya dan Suzy yang kelihatan rancak berbual. Badannya sengaja dirapatkan sedikit kearah Emelda mempamer aksi mesra antara mereka.

“Ehemm..” Aiman berdehem perlahan memancing perhatian isterinya sedikit.

Laila mula menoleh kebelakang sebaik saja ada bunyi yang kedengaran dekat dengannya. Diruang matanya sekarang, kelihatan suaminya yang sedang berdiri rapat dengan perempuan yang disangka model tadi. Memek mukanya selambanya cuba ditayang sehabis baik..

“I nak keluar lunch dengan Emelda. Do you mind?” Aiman menggunakan kata ganti nama’ I ‘dan ‘you’. Yela tak akan hendak beraku berengkau depan Suzy pula. sengaja dirapatkan tubuhnya dengan tubuh Emelda yang seksi itu. Mahu mengundang kemarahan isterinya. Namun dia tidak nampak pun riak kemarahan pada wajah cantik isterinya. Selamba badak saja…

“No…I don’t mind, pergilah. I pun nak keluar nanti. I dapat jemputan lunch dari anak Tan Sri Sulaiman.” Balas Laila dengan nada bersahaja. Sengaja  Laila membalas begitu untuk menyembunyikan riak cemburunya.

Darah Aiman mula tersirap naik sebaik saja mendengar isterinya hendak keluar makan dengan Amir Izham anak Tan Sri Sulaiman. Dia mendengus dalam hati, bukan dia tidak tahu yang mamat tu berminat dengan isterinya. Masakan tidak. Dua minggu lepas dia dan Laila berurusan dengan buaya tembaga tu atas urusan pejabat. Berbulu matanya melihat mata gatal mamat tu liar menjelajah segenap inci wajah isterinya.
Tapi cuba dikawal sebaik mungkin perubahan riak wajahnya dari dikesan Laila. Tidak mahu dilihat terlalu cemburu.

“Kenal kan…Emelda. Sepupu I.” Perkenal Aiman. Mata Laila beralih pula dari seraut wajah kacak suaminya kearah wanita seksi disisi suaminya itu. Senyuman tidak ikhlas diukirnya
Mata Emelda bagai yoyo memerhatikan Laila dari atas ke bawah.

Huh! ini ke isteri Aiman yang ditinggalkan empat tahun dulu. memang patutlah Aiman tinggalkan isterinya dulu. Memang tidak layak langsung mahu bergandingan dengan Aiman. Tak ada class. Tapi…itu bermakna inilah rivalnya.

“Hai, I Emelda. You can call me Mel..” Dengan sengaja dia melunakkan suaranya. Pada pendengaran orang lain mungkin mereka merasakan suara itu cukup menggoda, tapi bagi Aiman suara itu hanya mengundang loya ditekaknya.

“Laila.” Laila menayang muka menyampahnya. Emelda tersenyum sinis, konon dia menanglah tu.

“Sayang….jomlah, I dah lapar ni..” Emelda merengek persis budak kecil yang meminta dibelikan gula-gula. Tangannya disangkut pada lengan sasa Aiman dan digoyang-goyangkan.

‘Hii…apa minah ni? Pegang-pegang aku pulak. Dah tu menggesel-gesel macam kucing tak cukup kasih sayang. nanti ada yang makan penampar kang!’ Gerutu Aiman dalam hati, tapi disabarkan juga hatinya demi untuk menyakitkan hati Laila.

“Malam ni pun I nak keluar dengan Mel. So you suruh Pak Karim aje jemput you balik.” Kata Aiman denga nada bongkaknya. Bibirnya didekatkan ke telinga Laila, berbisik.

“Kau jangan cakap dengan mama pasal malam ni aku nak keluar dengan Mel. Cakap saja aku keluar dengan Haris. Kalau tak…tahulah apa aku aku nak buat dekat kau.” Bisik Aiman berbaur ancaman.

Memang malam ni dia merancang hendak melepak kedai mamak dengan Haris pun. Kalau mamanya tahu dia mahu keluar dengan Emelda, mahu dikejarnya dia dengan senduk. Tanpa menunggu lama, terus digamitnya Emelda keluar dari pejabat.

“Huh! ada aku kisah. Kau ingat aku takut? Mama tu koroni aku tahu.” Gumam Laila rendah.

“Laila. You ni betul ke tak? kenapa You biar aje husband you keluar dengan perempuan miang tu?” Suzy bertanya. Baginya, tidak patut Laila membiarkan sahaja Aiman keluar dengan Emelda, walaupun hakikatnya mereka hanya sepupu. Sepupu pun boleh kahwin apa.

“Ala…dia sengajalah tu, nak buat I cemburu sebab malam semalam I gaduh dengan dia. Biasalah tu Suzy, gaduh-gaduh manja gitu. Nanti dia mesti pujuk I balik.” Memandai Laila memberi alasan untuk mengelak daripada Suzy menghidu ketegangan rumah tangga mereka.

“You betul ke nak keluar lunch dengan anak Tan Sri Sulaiman tu? dia tu buayalah Laila. Ramai staf-staf perempuan kat sini yang dah kena, pantang nampak dahi licin sikit, semua dia nak ayat.” Nasihat Suzy pula.
“Kenapa? you pun pernah kena ke?” Tanya Laila nakal. Namun melihat riak muka Suzy yang serius katak, dia tahu dia silap.

“Tak ada maknanya I nak keluar dengan mamat tu. Seram tau.” Luah Laila. Tengok muka pun sudah tahu Amir itu jenis lelaki yang macam mana. Ketawa Suzy mula kedengaran bila mendengar kata akhir yang terluncur keluar dari bibir Laila. Memang seram pun.
******
“Mamak..teh ais dua dengan mi goreng mamak kasi pedas dua.” Laung Aiman pada mamak di kedai makan itu. Port lepak dia dengan Haris. Penat tadi dia mahu bagi alasan pada Emelda dek kelancangan mulutnya mengatakan dia hendak keluar dengan minah itu malam ini. langsungnya muncung memanjang sepanjang perjalanan menghantar Emelda kerumah.

“Kau dengan bini kau macam mana? dah ok ke?” Haris memulakan siasatannya.

“Ok apanya…hari-hari bertegang urat adalah.”

“Oklah tu…at least korang berkomunukasi jugak kan. Macam orang dulu-dulu selalu cakap, jangan benci-benci, nanti orang itulah yang kau sayang gila nanti.” Balas Haris.

“Tak ada maknanya semua tu.” Balas Aiman masih lagi berkeras hati beserta dengan gelak sinisnya.

“Kau tahu tak tengah hari tadi masa aku nak bawa si Mel tu keluar makan. Laila ada kata dia nak keluar lunch dengan Amir.” Beritahu Aiman pula. Jelas terselit nada cemburu dalam kata-katanya. Tapi dia sendiri tidak mahu mengaku.

Haris yang sedang menghirup air kosong tersedak.

“Woi! tu bahaya tu. Takkan kau tak kenal si Amir tu? player.” Haris menyatakan rasa bimbang bercampur terkejutnya. Siapa tidak kenal Amir Izham, cukup terkenal dengan sifat buayanya diseluruh KL ni. perempuan mana yang dia tidak pernah try? Bini orang sudah, anak dara orang sudah, janda pun sudah.

“Habis tu kau tak buat apa-apa ke?”

“Aku nak buat apa? biarlah dia nak keluar dengan sesiapa pun.”

“Kau ni gila ke apa? kotnya dibuat bini kau sangkut dengan mamat tu kan ke haru…kau juga yang melopong nanti.” Haris tidak puas hati dengan jawapan endah tak endah yang diberikan Aiman. Bodoh betullah mamat depannya ni, mensia-siakan isteri dia yang baik macam tu.

“Habis tu kau sukalah dengan si Mel tu.” Tajam soalan Haris menampar cuping telinga Aiman.

“Tolonglah. Bukan kau tak kenal Mel tu. Gedik semacam aje, aku tak hadap la dengan perempuan macam tu. Aku nak perempuan yang  macam Lai…li.” Terlepas sudah nama itu sejak sekian lama. Baru dia teringat yang dia sudah lama tidak melawat pusara bekas kekasihnya itu.

“Ha.. dah elok sangatlah tu, kalau kau nak yang macam Laili. Laila macam Laili apa.” Tegas Haris. Sampai bilalah sepupunya itu hendak terikat dengan bayangan Laili, sampai isterinya sendiri pun tidak dipandang.

“Tapi dia tu tak lemah-lembut macam arwah. Nama aje adik, tapi tak serupa langsung.” Balas Aiman lagi bongkak. kalau pasal Laila semuanya buruk, busuk.

“Kau tu kasar sangat. Macam mana dia nak berlemah lembut.” Haris memerli.

Yeke dia kasar? agak kot. Tapi minah itu pun sama saja kasarnya. Asyik nak menyakitkan hatinya.
*****
Aiman terjengket-jengket memasuki banglo dua tingkat itu. Jam sudah menunjukkan pukul  1.30 pagi. Semua orang sudah tidur rasanya. isterinya itu pun mesti sudah lena diulit mimpi.

“Hauslah pulak.” Detik Aiman. Terus kakinya dihalakan ke dapur berhati-hati. Gelap.
Tiba-tiba badannya dilanggar dari hadapan. Prangg!! … bunyi kaca berderai memenuhi ruang dapur banglo tersebut yang senyap sunyi.

Terus tangannya meraba dinding dapur dan memetik suis dapur. Terus terang benderang kawasan dapur itu, dan matanya pantas menangkap kelibat isteri dihadapannya yang memegang tangannya kanannya seakan-akan menahan kesakitan.

“Kau buat apa kat sini gelap-gelap?” Suara Aiman meninggi tapi cuba dikawal volume suaranya, Bilik Mak Mah dekat tingkat bawah ini. Nanti terjaga pula orang tua tu. Terkejut dibuatnya apabila dilanggar tadi. Kiranya lembaga apa yang melanggarnya tadi, sudahlah gelap.

“You tu yang masuk macam pencuri!” Marah Laila. Sudahlah tangannya tertumpah air milo panas yang dibuatnya tadi. Aduh….rasa nak mengalir air matanya.

Baru Aiman hendak membalas kata-kata Laila, matanya menangkap tangan Laila yang sudah naik kemerahan. Terus dia menyentap tangan Laila. Memang sudah merah.

“Aaa…” Laila mengerang kesakitan akibat direntap kasar tangan Aiman. Apa mamat ni? pedihlah…tak reti nak berlembut langsung. Ingat tangannya ni batang kayu ke?

Terus tubuh Laila ditarik kearah singki dan pili air dibuka besar menyiram tangan Laila yang kemerahan untuk meredakan kesakitan.

Laila yang terpinga-pinga hanya menurut tanpa bantahan. Bibirnya diketap kuat menahan rasa pedih yang menjalar. Terkejut Laila dengan perbuatan suaminya yang tidak disangka-sangka itu. Terasa mengalir elektrik dalam tubuhnya bila tangan suaminya mengusap lembut tangannya. Diperhatikan wajah suaminya, nampak sangat risau. Tanpa sedar senyuman terukir dibibirnya. Pedih..tapi usapan dari jari-jemari suaminya sedikit sebanyak mengurangkan kesakitan yang dirasainya itu.

“Lepas ni tuam dengan ais. Hilang sikit sakitnya nanti.” Arah Aiman dengan nada risau.
Laila tersedar dari lamunannya bila suaminya mula bersuara. Terus matanya dilarikan kearah lain. Fuh..nasib baik suaminya tidak perasan dia memerhatikannya.

“Dengar tak? kaca tu nanti biar aku aje yang bersihkan.” Kata Aiman sedikit kuat.
Laila hanya mengangguk macam burung belatuk tanda faham. Matanya terkebil-kebil memerhatikan suaminya yang berkerut mukanya

“Dah..kau pergilah tidur. Sini biar aku yang kemas nanti.” Aiman melepaskan tangan halus Laila yang sudah kelihatan kurang merahnya.

Tanpa menunggu lebih lama, terus kaki Laila melangkah menuju ke bilik seperti arahan Aiman. manakala Aiman memulakan aktiviti mengemasnya.

 Bab 12

“Huarghh…” Aiman menguap mengantuk. Jam sudah menginjak ke angka 3.00 pagi. Terus tombol pintu bilik dipulas. Laila kelihatan sudah lena tertidur di atas katil. Kakinya dibawa menuju kearah Laila yang sedang lena. Tangannya menyelak sedikit comforter yang menyelimuti isterinya, dan tangan isterinya yang sakit tadi ditarik keluar perlahan supaya tidak menjagakan isterinya.

“Huh…merahnya.” Satu keluhan terkeluar dari bibir Aiman bila melihat tangan isterinya yang masih kemerah-merahan. Diperhatikan lama tangan isterinya. Lembut sekali terasa bila kulit isterinya bersentuhan dengan kulitnya. Hatinya start jadi tidak keruan. Terasa ada satu perasaan halus yang membuai-buai perasaannya menyusup masuk ke dalam hatinya saat itu.

Dia kemudian bangun membuka almari, first aid kit dibawa keluar. Isterinya didekati semula, dan perlahan-lahan tangan isterinya itu disapu ubat dan dibalut kemas. Dia sendiri tidak sedar yang dia tertidur disisi isterinya malam itu. Mengantuk sangat.

Aiman terjaga bila sayup-sayup azan subuh kedengran dari masjid berdekatan. Tiba-tiba dia jadi kalut. Matanya laju jatuh kearah tangannya yang masih setia memegang tangan isterinya yang berbalut kemas. Terus tangan isterinya dilepaskan. Macam mana boleh jadi macam ni pula? nasib baik isterinya belum terjaga. Kalau tidak mana hendak diletak mukanya.

Kakinya dibawa melangkah ke dalam bilik air mengambil wuduk sebelum Laila terjaga. Selesai solat, kakinya menapak semula ke katil yang menempatkan tubuh isterinya yang masih lagi terlena. Matanya seakan-akan terpukau dengan ketenangan yang terbias diwajah lembut isterinya itu. Tidur pun nampak macam baby, innocent gila. Tangannya sudah terangkat dengan sendirinya, mendekat kearah pipi isterinya yang mulus. Terasa mahu diusap-usap saja pipi isterinya itu. Kemudian dia mula tersedar, terus tangannya beralih ke bahu isterinya dan digoyang-goyang beberapa kali.

“Bangun..subuh dah masuk.” Aiman memberitahu. Nanti terlajak pula solat isterinya.

Laila tersedar, namun matanya terasa pedih hendak dibuka.

“Hemm…I tak boleh solatlah.” Gumam Laila rendah. Malas mahu bermalu-malu, tangannya masih terasa pedih.

“Hari ni kau tak payah masuk pejabat la, nanti aku beritahu papa.”

kata-kata Aiman disambut dengan anggukan. Dan terus lenanya disambung kembali.
*****
Matanya dipisat-pisat sekejap sebelum dikerling kearah jam loceng di meja sebelah katil. Comforternya yang membaluti tubuhnya mula terasa panas. Laju selimut itu ditolak kebawah kakinya.

“Hah! dah pukul 9.00 pagi?” matanya terbeliak besar memerhatikan jarum jam yang jelas menunjuk ke angka 9.00 pagi. Dia sudah terlewat hendak pergi ke pejabat. Terus laju dia menuruni katil dan mengambil baju di dalam almari, mahu turun ke bawah menuju ke bilik gosok. Rasa menyesal pula tidak menggosok bajunya dari semalam. Sekarang dia sendiri yang susah.

“Laila nak pergi mana tu?” Tanya Datin Rasyidah yang baru keluar dari dapur.

“Nak pergi kerjalah mama.” Jawab Laila cemas.

“Tak payah, papa cakap Laila rehat aje dekat rumah. Tu…tangan tu sakit macam mana nak kerja? taip pun tak boleh tu.” Ujar Datin Rasyidah lagi.

Matanya jatuh kearah tangan kirinya yang berbalut kemas. Eh? Macam mana dia boleh tidak perasan tangannya sudah berbalut. Mukanya terpinga-pinga.

“Siapa yang balutkan tangan Laila mama?” Tanya Laila hairan.

“Suami kamulah kot. Siapa lagi?” Kata Datin Rasyidah selamba sebelum masuk semula kedapur.
Laila terkedu…
********
Petang itu, Laila mengambil angin petang di taman sambil duduk di kerusi yang disediakan. Datin Rasyidah datang sambil menatang dulang yang berisi air dan sedikit kuih. Baru hendak dihulurkan tangannya untuk membantu, Datin Rasyidah sudah memotong.

“Tak payah, Laila duduk aje. Bukan berat pun.”

Terus punggungnya dilabuh semula ke kerusi.

“Kuih seri muka? Itu kuih kegemaran arwah kak long.” Beritahu Laila perlahan. Datin Rasyidah tersenyum mendengar kata yang meluncur keluar dari mulut menantunya itu.

“Itulah, kalau dulu. Setiap kali Laili datang sini, mama selalu buat kuih ni.” Ramah Datin Rasyidah bercerita perihal lalu.

Laila hanya mendengar penuh minat. Dia faham, dia tidak perlu rasa cemburu tentang itu.

“Mama tak pernah kecewa ke Laila yang jadi menantu mama? bukan kak long.” Sengaja dia menduga hati ibu mertuanya. Datin Rasyidah menggeleng.

“Kenapa pulak mama nak kecewa. Bagi mama, Laila atau Laili sama aje. Dua-dua ada kelebihan sendiri, cuma Laili tak ada rezeki nak jadi menantu mama. Tapi mama sayang dua-duanya.” Bicara Datin Rasyidah jujur. Memang baginya, ini semua sudah ketentuan ALLAH buat anak lelakinya. Bercinta dengan kakak tapi kahwin pula dengan adik. Dia reda.

Laila hanya menekur kebawah memandang rumput yang menghijau. Hatinya terasa sebak tiba-tiba bila terkenangkan arwah kakanya.

Tit…tit

bunyi kereta dikunci mula kedengaran dari arah garaj. Mukanya diangkat dan dihalakan ke porch kereta. Kelibat Aiman yang baru pulang dari pejabat sudah kelihatan dan berjalan menuju kearah mereka.
Aiman mencium pipi ibunya, dan tiba-tiba dia mendekati Laila dan dahi isterinya dikucup kejap.
Terbeliak mata Laila dibuatnya. Terus tubuh Aiman ditolak sedikit menjauhinya. Sedap-sedap hati saja cium orang. Darah mula menyerbu naik kepipinya.

Aiman sendiri pelik dengan tindakannnya itu. Tidak tahu kenapa spontan saja dia mencium dahi isterinya. Terselit perasan tenang disitu. Seingatnya ini kali kedua dia mengucup dahi isterinya. Pertama kali dulu selepas upacara akad nikahnya, itu pun kerana terpaksa. Ramai mata-mata yang memerhatikan mereka.

Datin Rasyidah hanya tersenyum melihat gelagat anak menantunya, mengira yang hubungan mereka sudah sedikit mesra. Terus dia melangkah ke dalam rumah untuk memberi ruang kepada pasangan tersebut.

“Tak malu ke cium-cium orang. Geli tau!” Ujar Laila geram. Digosok-gosok tempat yang dicium suaminya tadi. Bukan geli pun sebenarnya, lagi suka adalah. Tapi sengaja dia mahu menunjukkan egonya. Semalam dok sedap-sedap berkepit dengan betina miang tu, petang ni hendak cium-cium dia pula. Boleh blah..
Kata-kata Laila sedikit menjentik api kemarahan Aiman yang tadinya berlagu tenang.

“Kau ingat aku nak sangat ke cium kau? kalau bukan sebab mama ada tadi, tak akan dapat kau ciuman dari aku.” Balas Aiman dengan ego yang tinggi melangit.

“Ceh…ingat I nak sangat ke kena cium dengan you. Kalau tak sebab mama, dah lama I karate you tau tak.” Kata Laila kegeraman. Sakit hatinya mendengar kata-kata suaminya. Tapi bila mengenangkan suaminya yang sudah bersusah payah membalut tangannya malam tadi, disabarkan saja hatinya yang mula memberontak.

“But….thanks, you yang balutkan tangan ni kan?” Tanya Laila sambil mengangkat tangannya yang berbalut dihadapan mata Aiman. Hendak tahu Aiman mahu mengaku ke tidak?

“Aku… just tak nak tangan kau tu kudung je nanti, kena jangkitan kuman. Malu nanti aku nak mengaku isteri.” Aiman masih lagi ego. Kalau sudah namanya lelaki memang tidak akan terlepas daripada sifat ego yang satu tu.

 Bibir Laila diketap kuat. “Malas nak cakap dengan you.” Geram Laila dibuatnya. Bukan itu jawapan yang diharapkan keluar dari bibir suaminya. Tanpa menoleh lagi, dia terus masuk ke dalam rumah meninggalkan suaminya berseorangan diluar.

Aiman pula tersenyum melihat keletah isterinya yangmencuit hati. Tidak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni dia suka sekali melihat isterinya naik angin.
*****
“Esok papa nak Aiman dengan Laila jumpa anak Tan Sri Sulaiman, bincang pasal bajet untuk projek kerjasama dekat johor tu.” Dato’ Razali berkata semasa mereka makan malam. Projek yang dijalankan hasil usahasama antara dua syarikat yang menelan belanja jutaan ringgit Malaysia itu harus diurus sebaik mungkin. Bukan projek kecil.

Laila yang sedang mengunyah nasi terhenti seketika, kemudian matanya dilirikkan kearah sisi kanannya. Suaminya yang sedang enak mengunyah makanan diperhati sekejap. Tiba-tiba idea nakalnya datang.
Hemm…nak jumpa buaya tembaga. Masa inilah hendak membalas balik apa yang Aiman buat semalam. Dia ingat dia seorang saja yang ada peminat?

“Laila pergi seorang pun boleh papa, sebab abang tak terlibat dalam penyediaan bajet tu.” Luah Laila dengan tujuan mahu menyakitkan hati suaminya pula. Semalam suaminya kan, hari ini dia pula.
 
Terhenti terus suapan Aiman, serta merta isterinya yang duduk disebelah dipandang tajam dengan ekor mata. Laila perasan dengan pandangan mata tajam suaminya, tapi sengaja dia buat-buat tidak faham.
Kata-kata Laila itu tadi sudah cukup untuk membakar perasaan Aiman. Cemburu! tidak tahu kenapa dia pantang betul kalau nama Amir disebut, tambah-tambah lagi datangnya dari bibir isterinya.

“Emm…boleh juga. Aiman boleh ikut papa pergi tengok tapak projek.” Dato’ Razali memberi cadangan.

“Tak apa papa, Aiman temankan Laila esok!” Tegas dan keras kedengaran bicara Aiman sambil matanya masih tajam menatap wajah isteri disisinya yang tidak beriak langsung. Mati terus seleranya walaupun lauk yang terhidang malam ni, semuanya kegemarannya. Hatinya dipagut cemburu!

“Suka hati Aiman la…papa tak kisah.” Dato’Razali memberi persetujuan. Dia juga berasa tidak sedap hati nak melepaskan menantu kesayangannya itu berjumpa berdua saja dengan anak Tan Sri Sulaiman itu. Sudah banyak cerita yang tidak enak didengarinya berkenaan  dengan anak Tan Sri itu. Sekurang-kurangnya dengan kehadiran Aiman sebagai peneman dapat juga mengurangkan rasa tidak sedap dalam hatinya walaupun dia tahu bagaimana keadaan hubungan anak menantunya itu.

Huh…nak lepaskan isterinya keluar dan jumpa berdua dengan mamat buaya tembaga tu? Langkah mayatnya dulu.

“Aiman dah kenyang, Aiman naik atas dulu.” Aiman meminta diri sambil membawa pinggannnya ke sinki di dapur, sejak kecil dia sudah dididik supaya tidak menyusahkan Mak Mah. Lagi pula dia sudah menganggap Mak Mah seperti ibunya juga, tidak sanggup melihat mak Mah bersusah payah membasuh pinggan didapur. Setakat sebiji pinggan dan cawan, apalah yang susahnya.

“Laila pun dah kenyang, Laila masuk dapur dulu ye.” Kali ini Laila pula yang meminta izin, cepat-cepat dia bangun dari kerusi dan melangkah laju menuju ke dapur. Dilihat suaminya sedang membasuh pinggan didapur. Tanpa disedari, senyuman mula terukir di bibir merahnya. Pandai juga suaminya ni buat kerja orang perempuan, puji Laila dalam hati. Tapi dalam hati sajalah boleh puji, kalau dekat depan-depan tidak boleh. Pantang.

Langkahnya diatur dengan berhati-hati mendekati suminya yang sedang rancak membasuh pinggan, tak pandang kiri kanan. Pinggan dan cawan kotornya diletak perlahan diatas kebinet dapur dan lengan baju tidurnya disising sampai ke siku.

“Ehem..” Bunyi yang dihasilkan Laila itu berjaya mengalihkan sedikit perhatian suaminya itu. Sesaat kemudian suamiya sudah menoleh kearahnya yang sedang setia menunggu disisi kanannya itu.

‘Bila masa pula perempuan ni masuk dapur? Asal aku tak perasan pun. buat malu aje, mesti dia tengah tergelak sakan dalam hati tengok aku basuh pinggan’ Gerutu Aiman.

“Biarlah I yang sambung basuh pinggan tu, you pergilah naik atas dulu.” Laila menawarkan dirinya untuk jadi orang gaji tidak berbayar sekejap. Kesian pula melihat suaminya bersusah payah membasauh pinggan mangkuk.

Sunyi melatari mereka yang ada di depan sinki dapur. Mak Mah pun sudah tidak ada di dapur, sudah masuk ke biliknya menunaikan solat isyak.

“Dengan tangan berbalut macam mumia tu, macam mana kau nak basuh pinggan?” Setelah beberapa ketika keadaan sunyi menemani mereka, akhirnya suara Aiman memecah kesunyian.

Sekarang baru Laila terasa kebodohannya saat ini. Macam mana dia boleh terus bercakap  tanpa berfikir terlebih dahulu. Rasa hendak diketuk-ketuk saja kepalanya yang memberikan idea itu. Kepalanya dipalingkan menghadap peti ais. Buat malu tuan badan sajalah mulut ni.

Aiman yang perasan dengan reaksi muka Laila yang kelihatan malu dengan kata-katanya tadi tiba-tiba mengukir senyuman lucu. Tercuit hati dia melihat gelagat isterinya yang kadang-kadang kalut itu.

“Macam nilah. Aku basuh pinggan, kau keringkan and susun dekat rak..ok?” Cadang Aiman, Laila yang sejak dari tadi duk tenung peti ais, kembali menoleh melihat suaminya itu. Perlahan-lahan dia mengangguk kepala tanda setuju.

“Bagus. Sebagai balasan, lepas habis basuh pinggan ni kau kena buatkan aku air milo.” Aiman menambah arahan, kemudian disambung kembali kerja yang tergendala sebentar tadi. Laila hanya berdiam diri ditepi suaminya, apabila pinggan dihulurkan kepadanya, dia menyambut dan mengeringkannya dengan tuala bersih dan disusun diatas rak pinggan.

Mak Mah yang kebetulan lalu didapur hanya tersenyum melihat mereka berdua. Dalam hatinya tidak putus-putus berdoa agar sinar kebahagiaan akan hadir suatu hari nanti buat mereka berdua.
*****
Setelah habis membasuh pinggan, mereka berdua masuk ke bilik tidur mereka di tingkat atas. Laila menukar pembalut di tangannya dengan yang baru di atas katil.  Dua hari lagi baiklah rasanya. Nasib baik tidak berparut, just merah aje. Kalau tidak, mahu jatuh sahamnya. Tanpa sedar senyuman terukir di bibirnya yang merah. Teringat kata-kata Aiman di meja makan tadi.

“Kau senyum-senyum kenapa? seronok nak jumpa Amir?” Aiman memerli. Sakit hatinya melihat senyuman manis yang bergayut di bibir isterinya.

“Kenapa? tak boleh?” Kalau jealous cakap sajalah. Setelah selesai membalut, terus selimutnya ditarik hingga paras dada. Matanya yang mulai pedih minta dipejamkan.

“Please.. turn off the light. Tak sabar nak tunggu esok pagi.” Seloroh Laila lagi walaupun mengantuknya sudah mula menjemput. Seronok dia tengok muka Aiman yang naik geram dengan sikapnya itu.
Aiman yang kebetulan berdiri berhampiran suis lampu rasa bertambah saki hati. Terus suis lampu ditutupnya kasar , gelap gelita jadi suasana. Kakinya hendak melangkah kearah sofa, tapi entah apa malangnya malam ni,  kakinya tersadung pada karpet tebal yang melitupi lantai. Tubuhnya mula hilang keseimbangan lalu jatuh menghempap Laila yang sudah mahu menyulam mimpi

“Awww! sakitlah you.” Kelopak mata Laila yang tadinya terpejam, automatik mula terbuka luas bila terasa badannya sakit dihempap tubuh berat suaminya. Beberapa saat kemudian wajahnya terasa panas apabila menyedari yang wajah suaminya sudah terlalu hampir dengan wajahnya. Terasa hangat nafas suaminya menampar-nampar pipinya. Paluan rentak jantungnya mula berubah kencang.

“Bangunlah…bangun…berat tahu!!” Laila bersuara kuat. Ditolak-tolak bahu suaminya sekuat hati. Memang berat pun, macam hendak penyek tubuhnya dihempap suaminya itu. Namun tiada gerakan yang terhasil dari penolakannya itu.

Aiman bagaikan terpaku melihat kecantikan isterinya dalam jarak yang dikira terlalu dekat begini. Dari kening yang cantik terbentuk, mata yang galak bersinar, hidung yang comel terletak dan matanya jatuh ke bibir merah isterinya yang terasa begitu menggoyahkan imannya. Air liurnya ditelan payah. Gulp….

“Bangun!!” Jerit Laila lagi.

Suara jeritan Laila yang bingit masuk keteliganya mengembalikan semula rasional Aiman. Terus tubuhnya  dibawa bangun dari menghimpit tubuh isterinya yang kecil molek itu. Peluk yang sedikit merenik di dahinya dilap dengan jari.

“Sorry..aku tersadung tadi.” Aiman meminta maaf, sungguh dia tidak berniat langsung hendak menghempap isterinya itu. Kejadian berlaku tanpa dijangka.
Laila mengurut dadanya yang terasa sakit. Sudahlah tangannya sakit, ini kena hempap dengan gergasi pula…

“Sorry..dah.. tidurlah.” Saran Aiman. Dia juga perlu menenangkan diri dan perasaannya yang masih terasa bergelora. Seakan-akan terasa lagi lekuk tubuh langsing isterinya melekap di badannya. Terus badannya direbah atas sofa dan matanya dipejam rapat, cuba melupakan apa yang jadi tadi. Lama-kelamaan hilang..hilang..dan terus menghilang sampai dia pun hilang dibawa arus mimpi.
*****

Pagi ni Laila kelihatan sangat cantik dimata Aiman. Melihat senyuman yang terukir dibibir mungil isterinya, serta merta mengundang sakit hatinya. Maklumlah, hari ni mereka ada temu janji dengan mamat buaya tembagatu, siapa lagi kalau bukan Amir Izham. Mereka sudah berjanji untuk bertemu di Marmalade Cafe, Bangsar Village II.

“Dah…jomlah cepat.” Kata Laila dengan nada excited yang sengaja dibuat-buat. ‘Hari tu kau sakitkan hati aku kan bekepit dengan minah miang tu. Ni giliran aku pulak haha..’ Laila gelak jahat dalam hati.

“Nantilah kejap, tie ni ha.. bersimpul pulak.” Sengaja Aiman mencipta alasan hendak melengah-lengahkan masa. Menyampah rasanya hendak berjumpa mamat tu, sikap Laila yang excited melebih pun turut mengundang sakit hatinya.

“Sengajalah you ni. Nanti Amir dah tunggu nanti kan susah!” Bebel Laila sambil berjalan mendekati suaminya. Tie yang sedia tersangkut di leher suaminya ditarik kuat.
 
Aiman terdorong kedepan dek tarikan pada tienya. Rapat mendekati tubuh isterinya, terkejut Aiman dengan tindakan drastik isterinya itu. Kini tubuhnya dengan Laila sudah terlalu hampir. Matanya tidak lepas memerhati wajah isterinya yang kelihatan serius mengikat tali lehernya. Perfume chanel No.5 yang dipakai isterinya, mula membuatkan dia lemas dengan perasaannya sendiri

Beberapa minit kemudian kolar baju kemeja suaminya diturunkan. Siap! matanya diangkat dari tie suaminya dan mendongak keatas sedikit . Saat itu, matanya terus bertembung dengan mata berkilat milik suaminya. Lama. Baru dia perasan yang jaraknya dengan Aiman terlalu hampir.
Terus tubuh suaminya ditolak perlahan menjauhi tubuhnya. Nafasnya terasa tersangkut-sangkut kalau berada dekat sangat dengan suaminya.

 “Dah…jom gerak.” Laila menyambar handbagnya diatas sofa dan berjalan mendekati pintu. Kemudian dia menoleh kebelakang ,kelihatan Aiman masih lagi diam tidak berkutik.

“Cepatlah!!” Gamit Laila lagi. Aiman terus tersedar dan menyambar kunci keretanya yang diletak atas meja solek. Pintu bilik ditutup rapat.