Tuesday 17 May 2016

Manisnya Souffle' - Bab 13


BAB 13

Langkah tergesa diatur Mia merentasi taman berdekatan kolam renang itu.

            “Mia...”

Mendengar suara garau itu makin menambah rasa tak senang dan meluat di hatinya. Apalah yang si Muiz ni nak agaknya! Tak habis-habis nak mengganggu hidupnya!“

"Mia, I nak cakap dengan you...”

Laung Muiz lagi dengan gerak kaki yang turut laju cuba menyaingi langkah kaki panjang itu. melihat si gadis yang langsung tak ambil pusing dengan panggilannya itu terus dia berlari dan lengan itu ditangkapnya.

Nak tak nak terpaksa juga Mia berpaling menghadap lelaki itu. “Lepas!” lengannya ditarik kasar hingga terungkai jemari kasar di lengannya itu.

“You nak apa sebenarnya Muiz? Tak habis-habis ganggu I siang malam, you tahu tak I rimas dengan you!” Mia mula menempik memarahi lelaki itu hingga menarik beberapa pasang mata pada mereka. Dia betul-betul rimas bila diganggu hampir setiap hari begini!

Muiz raup rambutnya kasar. “I cuma nak tahu, kenapa you tolak pinangan I minggu lepas?”

Tiba-tiba ketawa Mia meletus dicelah bibir. Tangannya mula naik bersilang ke dada, dan lelaki itu ditunak tanpa perasaan. “I tak pernah sukakan you Muiz, jadi salah ke kalau I tolak?”

“Tapi kenapa? I dah cakap kan dengan you, kalau I dah break up dengan Julia, kalau itu penyebab you tolak pinangan I. I love you sayang...”

Rasa nak termuntah Mia mendengar perkataan ‘sayang’ itu. Tangan yang cuba nak meraih tangannya dielak dengan melangkah ke belakang. Apalah yang ada pada ‘cinta’ lelaki seperti Muiz ini kalau bukan cinta hanya kerana nafsu semata-mata. Dia sudah cukup masak dengan perangai lelaki  hidung belang seperti Muiz ni.

“You ingat I kisah ke kalau dah berpisah dengan Julia pun? I sikit pun tak kisah. I tolak pinangan you, sebab I memang langsung takde apa-apa perasaan pada you. Nothing! You boleh faham tak!!”

“I cintakan you Mia...”

“Tapi I tak cintakan you! Kenapa susah sangat ke you nak faham?!” tegas Mia hingga jelas terpeta rona merah dikulit mulus itu.

“You nak I buat apa lagi supaya you dapat terima cinta I?” rayu Muiz lagi, cuba memujuk wanita itu dengan kata-kata. Selama dia hidup selama 28 tahun ini, tak pernah lagi dirinya ditolak mana-mana perempuan, dan ini kali pertama dirinya ditolak mentah-mentah sebegini!

 Mia menggeleng kecil seraya memegang dahinya. “You tak perlu buat apa-apa Muiz! Sebab I tetap takkan jatuh cinta pada you!" Sungguh dia tak percaya ada lagi orang tak faham bahasa seperti ini!

“Tapi kenapa?!!” Nada Muiz mula kedengaran menggertak

Nafas dilepas Mia kasar. Bengang bila ditujah dengan soalan yang sama berkali-kali. Tak tahu bagaimana nak difahamkan lagi lelaki dihadapannya ini kalau dia langsung tak punya apa-apa perasaan istimewa padanya.

Tiba-tiba hujung matanya menangkap kelibat seseorang dihadapan pintu kaca automatik yang menghubungkan bahagian lobi hotel dan taman diluar ini. Sedang berbicara dengan telefon ditangannya. Zaf...

Sepasang matanya naik semula memandang Muiz. “You nak tahu kenapa kenapa I tak boleh cintakan you?” katanya kasar sebelum kakinya diatur pantas menghala ke depan, Muiz hanya mengikut dari belakang.

Sebaik tiba dibelakang Zafeeq. Tanpa sebarang amaran terus lengan sasa itu dirangkulnya erat. Hampir melompat Zafeeq bila Mia tiba-tiba muncul entah dari mana. tambah lagi dengan pelukan di lengannya itu.

Mata Mia naik ke raut kacak berkumis nipis itu. Bertembung matanya dengan sepasang mata hitam berkilat itu.

“Sebab I cintakan Zaf! Dan sekarang I tengah bercinta dengan dia. Puas hati?!!” ujar Mia tanpa teragak-agak sebelum beralih semula pada Muiz. Wajahnya serius.

Kata-kata yang tiba-tiba meluncur dibibir merah itu buat Zafeeq jatuh rahang. Bergegar rasa jiwa lelakinya. Bulat matanya merenung wajah cantik itu dengan rasa tak percaya dan terkejut.

Lambat-lambat Muiz menggeleng tak percaya. “Tak...you tipu kan Mia? You cakap semua ni semata-mata sebab nak I putus asa pada you kan? Mustahil la you nak bercinta dengan...” Zafeeq dilirik atas bawah dengan pandangan jijik. “Dengan lelaki miskin macam ni!” sugguh dia tak boleh terima!

Terus merah padam muka Zafeeq bila dirinya dihina dan dipanggil sebagai ‘lelaki miskin’. Apatah lagi datangnya dari mulut di lelaki hidung belang macam si Muiz ni! Laju saja telunjuknya naik ke muka itu.

“Hoi... kau cakap baik-baik sikit ek. Sekurang-kurangnya aku tak macam kau yang menumpang kemewahan mak bapa semata-mata!” sergah Zafeeq kasar. Turun naik dadanya kelihatan membendung rasa bengang yang meredap tiba-tiba.

“Terpulang pada you. I tak kisah you nak cakap apa sekalipun Muiz! Tapi I cuma nak you tahu satu perkara saja.” Celah Mia. Pandangan lembut dilepaskan pada Zafeeq di sisi yang masih kelihatan marah. “Yang I cuma cintakan Zafeeq seorang aje,” luahnya menyambung.

Automatik mata Zafeeq bersabung pandang dengan sepasang mata cantik milik Mia. Lama matanya terpaku di situ dengan jantung yang mula berdegup pantas.

“Kan sayang...”

Suara gemersik yang menampar lembut gegendang telinganya itu seakan menyedarkannya dari pukauan. Mia dipandang lagi sekali, sebaik ternampak sebelah kening yang kelihatan bergerak sedikit itu, terus matanya dibawa semula naik ke muka Muiz.

Hujung bibirnya menarik senyum kecil. Nafas ditariknya dalam. “Macam yang kau nampak. Aku dengan Mia sekarang memang tengah bercinta.” Kemudian telunjuknya naik sekali lagi ke muka itu. “Jadi mulai saat ni, aku tak nak tengok lagi kau cuba ganggu Mia, kalau kau tak nak jadi apa-apa pada kau. Faham?!” tegas Zafeeq penuh serius.

Mia yang mendengar sedikit terkesima. Entah kenapa nada keras yang kedengaran itu seolah-olah Zafeeq betul-betul memaknakan kata-katanya itu.

Sesaat kemudian terdengar rengusan kasar Muiz melantun keras bersama anggukan keras. Maruahnya benar-benar rasa tercabar kini!

Fine...aku takkan buat apa-apa sekarang.” Kemudian Mia dan Zafeeq ditunak tajam penuh dendam. “Tapi korang jangan ingat aku akan duduk diam lepas korang mempermalukan aku macam. Just wait and see, apa yang I akan buat Mia!” ucapnya bersama senyum sinis sebelum beredar pergi.

Setelah dilihat bayang itu mula menghilang dibalik pintu kaca lobi itu, Mia lepas nafas lega. Beberapa saat kemudian teragak-agak kepalanya diangkat. Melihat kening Zafeeq yang sudah terangkat sebelah melihatnya itu, cepat-cepat rangkulan di lengan sasa itu dilepasnya.

Sorry... and thank you. You dah selamatkan I dari kelemasan,” ucap Mia.

“Terima kasih you tak diterima.” Zafeeq mula bercekak pinggang. “You tahu tak kalau you dah libatkan I dalam masalah you sekarang ni. You ingat si Muiz tu akan duduk diam macam tu aje ke?” dia mula membebel. Karang tak pasal-pasal dia yang kena tangkap dan dibelasah nanti.

“You tak payah risau la, I akan sentiasa pastikan you akan selamat. Kalau you nak, I boleh upah bodyguard untuk you. Nak?” Offer Mia nada mengusik.

Zafeeq ketap bibir. geram! ada saja mulut itu nak menjawab. “Tak payah la, I bukan anak raja pun nak berbody guard bagai. I ni kan lelaki miskin aje.” Sengaja ditekan perkataan ‘lelaki miskin’ itu.

Terlepas ketawa kecil Mia mendengar nada memerli itu. “Dah la, I nak naik office balik. Tak pasal-pasal kerja I tergendala!” gumamnya dengan muncung sedepa sebelum mula buka langkah menghala ke arah lif untuk naik semula ke pejabat.

“Mia...” seru Zafeeq.

Gerak kaki itu terhenti. Dia menoleh pada pemilik suara garau itu.

“Apa yang you cakap tadi tu...betul ke?” Zafeeq cuba untuk menebak rasa hati si gadis.

“Yang mana satu?” soal Mia polos.

“Yang you cintakan I.”

Terus merona merah pipi Mia sebaik menjengar sebaris ayat yang diucap penuh selamba itu. Berdetak-detak rasa jantungnya. Kalut. Dia berdehem kecil, Tak mahu kelihatan berkocak riak wajahnya. “Kenapa? You percaya ke?”

“Kalau itu yang you cakap, I percaya!” balas Zafeeq tanpa teragak.

Jawapan selamba badak Zafeeq itu makin menambah warna ke mukanya yang sudah terasa panas membahang itu. Silap-silap jadi hijau pulak nanti. Bibirnya yang kering dijilat kejap.

“Suka hati you. Kalau you rasa nak percaya, you percaya la. Kalau tak nak, anggap jela I tipu,” balasnya pula bunyi selamba, walaupun rasa nak benam muka dalam kolam mandi je rasanya saat ini!

Lambat-lambat senyum mula terkoyak di wajah kacak Zafeeq. Mia pula yang jadi malu melihat.

“Kalau tak ada apa, I naik atas dulu.” Dia berpusing semula untuk berlalu.

“Mia...”

Mia menoleh sekali lagi dengan muka tak puas hati. “What?!

Skirt you koyak,” kata Zafeeq tanpa nada

“Huh?!!” Separuh terjerit Mia dibuatnya. Sepantas kilat kepalanya menoleh ke belakang pencil skirt putih yang dipakainya itu dengan muka kaget bercampur malu hingga merah padam mukanya. Takde koyak pun...

Kidding,” kata Zafeeq selamba sebelum pecah tawanya kuat.

Terus kepalanya mendongak dengan rasa tak percaya. Zafeeq ditunak bagai nak telan. “Zaf!!!” jeritnya penuh geram.

 “Daaa...” ucap Zafeeq sebelum berlalu dengan sisa ketawa. Lucu melihat muka kaget itu tadi.

memerah muka Mia menahan malu yang bukan kepalang. Eii...karang ada yang kena terajang masuk kolam nanti kang!

Bersambung...

P/S: sorry for the short entry. enjoy gais...ini je yg mampu huhu *emoticon nangis

4 comments:

Anonymous said...

Waaaa bestnyaa. TT terasa kerdil diri ini bila baca blog akak. Akak, kalau ada masa lawatla blog saya. Saya ada buat novel juga. Mohon bagi pandangan ek. XD tqqq

Anonymous said...

Waaaa bestnyaa. TT terasa kerdil diri ini bila baca blog akak. Akak, kalau ada masa lawatla blog saya. Saya ada buat novel juga. Mohon bagi pandangan ek. XD tqqq

dila dyna said...

Takde la dik Ellaisya...u can do it okay! sesiapa pun boleh menulis sebenarnya, tapi yg berbeza cuma sama ada org boleh terima atau x dgn gaya penceritaan kita.

edz said...

bila nak sambung manisnya soufflé ni?