Wednesday 27 January 2016

Manisnya Souffle' - Bab 2&3




BAB 2


SENTUHAN akhir diberikan pada wajahnya. Dioles rata lipstick memenuhi ruang bibirnya. Rambut brunettenya yang sedikit berombak itu dikemaskan sekali lagi. Padanan blouse polos putih dan pencil skirt hitam separas lutut yang tersarung ditubuh langsingnya itu dibetulkan. setelah puas dengan penampilannya, segera tas tangan Channel hitamnya yang terdampar atas katil disambar.

Sebaik dia tiba dibawah, dilihat papanya sudah berada di meja makan dengan surat khabar yang menutup hampir separuh muka separuh abad itu. Sesekali disisip perlahan air kopi yang berasap nipis atas meja itu. Matanya jatuh pula pada ibu tirinya, Puan Sri Sarimah yang sedang sibuk melayan adik tiri lelakinya, Jihad yang baru menginjak usia tiga tahun itu.

Dia berdehem, sebelum mendekat tanpa sedikit pun memandang ke arah mama tirinya itu. Baginya wanita itulah penyebab kematian mamanya dulu. Mamanya jatuh sakit dulu pun setelah mengetahui hubungan rapat papanya dengan wanita itu yang disembunyikan dari pengetahuan mamanya itu.

Morning pa,” tegurnya seraya mengucup pipi itu kejap.

Morning princess,” balas Tan Sri Jamaluddin seraya melipat semula surat khabar di tangannya. Kemudian diperhati penampilan kemas anak gadisnya itu.

So, Mia dah sedia nak bekerja dengan papa. Papa bagi amaran awal-awal, papa takkan bagi layanan istimewa pada Mia, walaupun Mia anak papa. Mia tau kan prinsip papa...”

“Keadilan untuk semua...” ulang Mia berbunyi bosan.

“Bagus kalau Mia ingat.” Tan Sri Jamaluddin tarik senyum.

“Duduk Mia, kita breakfast sama-sama.” Suara Puan Sri Sarimah masuk mencelah mesra bersama senyum kecil.

Mia kancing gigi. Naik jengkel dirinya dengan lakonan perempuan yang berpura-pura baik itu. Kemudian dia menggeleng bersama hembusan nafas panjang.

“Takpe la, aku dah janji nak breakfast dengan Zira pagi ni. Tak payah la kau sibuk-sibuk nak jemput aku sarapan dengan kau. Buat aku termuntah aje nanti.” Cukup lancang Mia melontar kata, langsung tak menghormati kehadiran papanya di situ.

“Mia! Papa tak pernah ajar Mia bersikap kurang ajar macam ni. Tak kira macam mana benci sekalipun Mia dengan Sarimah, dia tetap mama Mia!” Suara Tan Sri Jamaluddin mula mengguruh tinggi, mencerlung tajam pada si anak.

“Mama Mia cuma sorang! Dan takkan berubah sampai bila-bila pun,” bentak Mia dengan nafas turun naik. “Perempuan ni nak jadi mama Mia? Lupakan ajelah, sebab Mia takkan pernah mengaku perempuan ni sebagai mama Mia sampai mati sekalipun!”

Melihat si suami yang sudah merah padam bersedia untuk bangkit dari kerusi itu, segera Puan Sri Sarimah memegang lengan itu dan digosok perlahan memujuk si suami yang tiba-tiba diserang baran.

“Takpe la bang, Imah tak kesah.” Puan Sri Sarimah menghalang lembut.

Mia merengus sinis mendengar kata-kata yang melantun lembut itu. Makin membuak-buak rasa meluatnya pada sikap berpura baik wanita itu.

Tangan Tan Sri Jamaluddin digapai dan disalam. “Mia pergi dulu. Jumpa dekat pejabat aje nanti,” ujarnya tanpa intonasi sebelum berlalu ke arah rak kasut disebelah pintu utama itu. High heels setinggi empat inci miliknya dibawa keluar dan disarung ke kaki. Beberapa minit kemudian, menderum bunyi kereta keluar meninggalkan perkarangan banglo yang terletak di Bukit Kiara itu.

Terduduk Tan Sri Jamaluddin mengenangkan sikap puteri tunggalnya itu. “Apa salah abang, Imah?” Soalnya lemah.

Puan Sri Sarimah ketap bibir. belasnya jatuh pada wajah hiba itu. “Abang tak salah, Mia pun tak salah... Imah yang salah,” luahnya lemah. “Imah tahu Mia masih terkilan, dan masih tak boleh terima kehadiran Imah dan Jihad dalam rumah ni.”

“Tapi sampai bila? Dah empat tahun Imah...”

“Kita doa sama-sama abang, moga satu hari nanti Mia nampak keikhlasan Imah untuk jaga abang.”

Akhirnya hanya keluahan berat yang mampu diluah Tan Sri Jamaluddin. Dia cukup bersyukur kerana dikurniakan isteri sebaik Sarimah yang cukup bersabar dengan keadaan yang sudah berlarutan hampir empat tahun ini. Dia tahu kalau Mia sangat menyayangi arwah isterinya, tapi sampai bila nak berkeadaan macam tu?

******

SEBAIK Mia melangkah masuk ke lobi hotel, hampir separuh mata yang berada di perkarangan lobi hotel itu terarah padanya. Sunglassesnya dibuka sebaik melihat seorang wanita lingkungan sebaya dengannya datang mendekat.

“Cik Mia Aizara?”

“Saya. Tan Sri dah sampai belum?” Soalnya berbunyi serius. Langsung tak tercalit waima sepalit senyum pun di wajah anggun itu.

Wanita itu mengangguk laju. “Dah Cik Mia. Kalau Cik dah sedia, boleh ikut saya naik ke atas. Tan Sri dan pegawai yang lain dah tunggu di bilik mesyuarat.”

Dia angguk kecil sebelum membuntuti langkah wanita itu naik ke aras 19 yang menempatkan pejabat pentadbiran. Sebaik dia melangkah masuk ke bilik mesyuarat itu, dilihat papanya yang sedang bercakap pada beberapa pegawai atasan segera terhenti. Dia ukir senyum.

Hampir setengah jam kemudian, dia melangkah keluar ke arah bilik pejabatnya yang terletak di sayap kiri aras itu. Wanita bernama Nadrah yang menyambutnya tadi segera memulas tombol pintu pejabat kosong itu.

“Silakan Cik Mia...”

Mia melangkah masuk penuh kemas. Matanya ditebar ke seluruhan bilik pejabat itu dengan pelipis berkerut kecil. Sesaat kemudian Nadrah dipandang dengan kening yang terjungkit

“Ke... kenapa Cik Mia?”

Makin tinggi jungkitan kening yang terbentuk cantik itu. “You tanya kenapa? Ini ke bilik yang you sediakan untuk I?”

Soalan berbaur sinis itu menerbit kerut dalam di dahi Nadrah. Bibir diketap. “Saya mintak maaf Cik Mia. Sebab Encik Hairi pindah ke cawangan terlalu mendadak, jadi saya tak sempat lagi ubah suai pejabat ni sesuai dengan cita rasa Cik Mia.” Takut-takut dia menjawab, takut tersalah jawab dia pulak yang dipecat nanti! Tengok pada penampilan dan lenggok bahasa wanita cantik itu saja dia tahu kalau wanita itu bukan boleh dibuat main. Perangai diva!

“Ya?” Mia bertanya sekali lagi bila ternampak garis-garis takut di wajah itu.

“Ya... ya Cik Mia.” Terangguk-angguk Sarima cuba meyakinkan anak kesayangan pengarah besar itu.

Mia terdiam. Seketika kemudian Mia mengangguk kecil. “Keluarkan kertas dan ikut I,” arahan dikeluarnya lagak seorang bos. Langkah mula diatur kemas masuk ke ruang pejabat itu. Terkocoh-kocoh Nadrah mengeluarkan kertas dan pen dari fail yang dipeluknya sebelum mengikut langkah kaki panjang bak model itu.

“Sofa ni I tak nak, almari tu pun I tak nak, lukisan yang bergantung dekat dinding tu semua pun I tak nak,” dia mula bersuara dengan jari runcing yang mula mengawang ke sana sini. Meja didepan sofa itu diketuk. “Coffe table ni I nak. Meja kerja, kerusi semua tukar baru, cat bilik ni pun I nak you tukar. I nak semua perabot office I berkonsep modern contemporary.”

Nadrah yang masih ligat menulis setiap butiran apa yang dikata itu dipandang dengan senyum kecil terbentuk di hujung bibir. “kalau you tak tahu macam mana konsep modern contemporary tu, please google atau jumpa aje pereka hiasan dalaman. Tapi sebelum you beli perabot semua, I nak you consult dulu dengan I sebab nanti takut tak kena taste I. Faham?”

Laju Nadrah mengangguk macam burung belatuk mendengar setiap arahan yang keluar itu.

“Bagus. You can go now,” ujar Mia seraya duduk ke kerusi empuk itu.

“Kalau macam tu saya mintak diri dulu. Kalau ada apa-apa lagi, Cik Mia boleh panggil saya.” Kemudian cepat-cepat dia keluar dari bilik pejabat itu.

Sebaik Nadrah kembali ke mejanya, rakan sepejabatnya yang lain mula datang berkerumun ke sekeliling mejanya macam gula yang dihurung semut.

“Itu ke Cik Mia Aizara, anak Tan Sri Jamaluddin tu?” Salah seorang rakannya di situ mula bersuara.

Nadrah angguk. “Hurmm...”

“Woww... Paris Hilton Malaysia dah balik. Kau tengok dressing dia tadi, kalah Cik Julia. Dari rambut sampai ke kaki, confirm barang berjenama. Bukan barang fake yang boleh dapat dekat Petaling Street.” Satu suara lagi mencelah sambil menjeling pandang pada pintu bilik yang sudah tertutup rapat tu.

“Aku berani kerat jari, lepas ni ramai la staf lelaki yang mula nak jual minyak dagu. Untung-untung dapat jadi menantu Tan Sri Jamaluddin. Tadi dalam bilik meeting, anak lelaki Dato’ Jalil pun nampak macam berminat aje,” sampuk Fatimah pula.

Siapalah yang tak kenal dengan Muaz Faiyum Dato’ Jalil, anak lelaki kedua kepada pemilik restoran francais terkenal di Malaysia itu sering menjadi perhatian wanita-wanita di luar sana termasuklah pekerja pejabat ini sendiri. Selalu datang ke sini untuk berurusan dengan Tan Sri Jamaluddin.

Julia yang kebetulan lalu di situ untuk menuju ke pantri terhenti langkah. Dia turut menjeling pada pintu pejabat yang tertutup rapat itu dengan ketapan bibir. Berbekalkan raut wajah jelita dan status gadis itu sebagai  pewaris empayar perniagaan hotel bertaraf lima bintang milik Pak Longnya ini cukup untuk menerbitkan bahang cemburu dihatinya. Apatah lagi bila teman lelakinya, Muiz turut menunjukkan minat pada sepupunya itu. Malah dilihat rata-rata mata pekerja lelaki semua mula terpancing sebaik saja Mia melangkah ke dalam bilik mesyuarat tadi.

“Hoi... korang takde kerja ke ha?! Balik tempat masing-masing. Bergosip je tau!” Sergah Julia tiba-tiba. Semua mata memandang ke arahnya.

Cepat-cepat Nadhrah menghalau semua rakan sekerjanya supaya balik ke meja masing-masing. Naik kecut perutnya dipanah mata tajam itu. Ini lagi sorang Paris Hilton 2.0! Elok sangat la tu dua-dua sepupu berlagak diva!




BAB 3


SHIT!”

Brek ditekan Mia secara mengejut bila tiba-tiba motosikal Ducati merah melintas laju di hadapan keretanya itu sebaik saja lampu isyarat bertukar hijau. Menyumpah kuat dia dalam hati melihat pemilik motor berjaket kulit coklat yang makin hilang dari pandangan itu. Pagi-pagi lagi dah buat hatinya panas!

Pin... pin...

Mendengar bunyi hon yang mula membingit telinga di belakang keretanya itu, dia merengus kasar. Terus gear dimasuk dan pedal minyak ditekan kuat hingga berputar laju tayar kereta Audi TTnya membelok masuk ke arah hotel.

Langkah diatur kemas masuk ke lobi hotel dengan muka ketat mencuka. Dipekakkan saja telinganya mendengar suara-suara sumbang yang mengatanya dan terus naik ke tingkat atas. Sudah hampir tiga bulan dia memulakan tugasnya di situ, sudah banyak cerita-cerita buruk tentangnya yang sampai ke telinga. Tapi ditulikan saja pendengarannya. Suka atau tidak, dia tetap pewaris empayar perhotelan ni!

Good morning Cik Mia,” sapa Nadhrah sebaik ternampak kelibat bosnya itu.

“Nescafe satu atas meja I, in 10 minutes!” Kata keras meluncur laju dicelah bibir mungil itu tanpa sedikit pun memandang wajah setiausahanya itu. sesaat kemudian dia berpatah balik. Sebelah tangan kanannya ditongkat ke meja.

Bingkas Nadhrah bangun laju dengan muka kecut. “Ya Cik Mia, ada apa-apa lagi.”

Wajah setiasusahanya itu ditunak kejap dengan sebelah kening yang ternaik sedikit. “Lipstick you tak sesuai dengan warna kulit you. Pergi tukar.”

“Ba... baik Cik Mia.” Tergagap-gagap Nadhrah menyambut kata berbunyi arahan itu. naik memerah mukanya menahan malu ditegur sebegitu.

Kemudian Mia terus menuju masuk ke biliknya. Sebaik pintu bilik itu terkatup rapat, dua tiga orang pekerja yang lain mula memanjangkan leher ke arah meja Nadhrah.

“Apesal tu? Datang bulan ke?” Soal Fatimah.

Nadhrah jungkit bahu, dah masak sangat dengan perangai bosnya itu yang selalu dilanda angin ribut itu. Kalau macam ni hari-hari, muka cantik macam tu pun boleh cepat berkedut!

“Baru break dengan pakwe kot.” Mulut celupar Hasiah pula mencelah sambil tertawa kecil.

Nadhrah bingkas bangun dari kerusinya. “Lantak la nak datang bulan ke, nak putus dengan pakwe ke... yang penting aku tak kena pecat. Nescafe in 10 minutes!” cepat-cepat dia bangkit dari kerusi, sempat lagi diambil lipsticknya yang lain dari bag tangan untuk ditukar. Karang tak pasal-pasal dibebel lagi. Rakan yang lain hanya ketawa melihat gelagat Nadhrah yang meniru gelagat bos muda itu.

Mia angkat muka dari skrin komputer sebaik terdengar ketukan pada muka pintu. Gerak jari runcingnya terhenti dari menari atas kertas di hadapannya.

Come in.” Sesaat kemudian tersembul wajah setiausahanya dengan secawan nescafe yang berasap nipis.

“Nescafe, Cik Mia.” Berhati-hati cawan panas itu diletak ke meja.

Thanks.” Cawan itu diangkat dan disisip sikit. “Oh ye... bahagian sajian makanan dah bagi belum senarai makanan untuk majlis ulangtahun syarikat UM corporation tu? Kalau dah I nak tengok.”

Nadhrah angguk seraya meletak satu fail hijau ke depan. “Dah Cik Mia, dalam ni semua dah ada senarai menu yang dicadangkan untuk majlis tu nanti. Dan Chef Megat dah inform saya yang petang ni dalam pukul dua, Cik Mia boleh turun ke restoran bawah untuk food testing.” Panjang lebar dia menerang.

Mia terangguk mendengar. “Okay, kalau macam tu petang ni you ikut I turun. Appoinment dengan Encik Rashid, tolong tangguhkan hari rabu ni.”

“Baik Cik Mia. Ada apa-apa lagi?”

No. You boleh keluar sekarang,” kata Mia seraya membuka fail hijau yang diletak tadi.

Baru beberapa minit setiausahanya keluar, pintu biliknya berbunyi lagi. Tanpa sebarang arahan, tiba-tiba saja pintu pejabatnya sudah dirempuh dari luar. Muncul pula di Julia dengan muka ketat mengalahkan singa kelaparan.

“Ada aku suruh kau masuk ke?” Mia mula bersuara sinis tanpa sedikit pun mengangkat muka dari fail di depan. Semenjak hari pertama dia menjejakkan kakinya ke hotel ini lagi, dia tahu kalau kehadirannya langsung tak disenangi sepupunya itu yang semenjak dulu tak pernah sebulu dengannya.

Julia tergelak sinis. “Kau jangan ingat sebab kau anak bos besar kau boleh berlagak dengan aku.”

Mia jungkit bahu bersama cebikan mengejek seraya melarikan semula matanya ke fail di depan. Pagi-pagi dah meroyan!

Melihat riaksi bena tak bena yang diberi Mia itu, rasa berang dan marahnya kian mencanak naik. tangan disilang ke dada. “Malam semalam kau keluar dengan Muiz kan? Fira cakap yang dia ternampak korang berdua dekat restoran semalam.”

Mia terdiam seketika sebelum berdehem kecil.

“Perlu ke aku report setiap gerak geri aku, kemana aku pergi, dengan siapa aku keluar semua pada kau? Who are you? Babysitter aku?” Mia membalas bersahaja tanpa memandang. Bila tiada balasan yang berbunyi, matanya dibawa naik ke depan. Dapat dilihat muka Julia yang nampak kemerahan menahan marah. pen yang terkepil di jari diletak ke meja dan tubuhnys disandar ke kerusi.

“Lagipun, kau dengan Muiz dah break up dua minggu lepas kan? Jadi apa masalahnya kalau betul pun aku keluar dengan Muiz?” Mia bersuara lagi. Ya, memang malam semalam dia ada keluar makan malam dengan Muiz. Itu pun selepas tak tahan bila telefonnya asyik dihujani panggilan dari lelaki itu. Kalau diikutkan hatinya memang dia malas nak melayan, apatah lagi bila tahu status hubungan lelaki itu dengan Julia. Sejahat-jahat dia pun, dia takkan sesekali jadi perampas. Itu prinsipnya! Tapi bila Muiz beria-ria sangat, diturutkan sajalah supaya lelaki itu tidak terus terusan mengganggu hidupnya. Dia rimas!

Julia ketap bibir kuat. Tak guna punya Muiz!

“Aku dengan Muiz tak pernah break up! Biasa la tu kalau bergaduh sesama kekasih,” tegas Julia seraya menghentak kedua tangannya ke meja kaca itu. Mia dipandang bagai nak telan.

Mia terangguk-angguk mendengar. “Kalau macam tu aku minta maaf, sebab dah ‘terkeluar’ dengan boyfriend kau. Kalau bukan dia yang terlalu insist nak keluar dinner dengan aku, aku pun tak hadap la dengan Muiz kau tu. Actually he is soo... not my taste. Sorry again.” Senyum dilemparnya semanis mungkin buat Julia yang sengaja mencari pasal dengannya pagi-pagi ini. Jari Julia sudah naik tepat ke mukanya.

“Kau...kau...”

Kening dijungkit Mia tinggi tanpa riak bersalah.

“Arghh!!” kaki dihentak Julia kuat melepaskan amarah yang tak mampu dilepaskan pada sepupunya itu memandangkan banyak mata yang memandang di luar. Terus dia berpaling keluar. Berdentum pintu bilik dihempasnya kasar.

Mia tergelak kecil. Geli hati melihat muka frust Julia tadi. Mata dijuling ke atas. “Whatever...” pen atas meja dicapai semula.

Ingat dia hadap sangat ke dengan lelaki macam Muiz tu? Walaupun tak dinafikan lelaki itu punya paras rupa kacak dan senyuman yang mampu mencair hati mata yang memandang, tapi bukan dia.

Hatinya sudah dimiliki sejak sekian lama lagi. Jatuh cinta pada pemberi souffle’ misteri yang sehingga hari ini tidak ditemuinya. Pelik kan? jatuh cinta pada bayang yang langsung tak pernah dilihatnya. Langsung tidak tahu bagaimana rupa lelaki itu, gemuk ke? Pendek ke? Kacak ke?

Tapi yang dia tahu, lelaki itu lelaki melayu, dan pernah bekerja di cafe La Cigale Recamier. Itu pun dia tahu setelah rakan serumahnya bercerita padanya dulu. Katanya ada lelaki melayu yang sedang bekerja dan menuntut ilmu dari chef di situ. Tapi bila dia pergi ke cafe itu sekali lagi, pekerja di situ memberitahunya kalau lelaki itu sudah tak bekerja lagi di situ.

Tanpa sedar ada keluahan kecil yang berhembus dicelah bibir mungil itu. “Mana aku nak cari lelaki tu?” bagai terngiang-ngiang lagi suara garau yang menyapanya ketika itu, seolah menyanyi lembut di peluput telinganya.

*****

SEBAIK pintu lif terbuka, Mia dan Nadhrah melangkah keluar. Kaki dilarikan terus pada restoran yang terletak di belah kanan lobi hotel itu. Restoran berkonsep classic yang banyak menghidangkan sajian berkonsep barat itu dimasukinya tanpa teragak-agak. Nadhrah menunjukkan arah kepadanya. Sebaik dia tiba di tiga buah meja panjang yang sudah siap terhidang dengan berpuluh jenis makanan dan dessert itu, dilihat beberapa pekerja dapur dengan apron dan topi masing-masing sudah tegak berdiri menyambut kedatangannya.

“Selamat datang Cik Mia. Saya Megat, sous chef di restoran ni,” ucap seorang lelaki berpakaian chef dalam lingkungan awal 30-an padanya.

Mia angguk kecil tanpa membalas. Sesaat kemudian telapak tangan kanannya dibawa naik ke atas. “Sudu.

Cepat-cepat salah seorang pekerja perempuan di situ menghulurkan sudu dan garpu padanya.
“Tolong tarik dustbin sana tu, bawak ke sini,” arahnya lagi berbunyi serius. Arahan diturut tanpa banyak bunyi.

Kaki panjangnya mula digerakkan ke arah hujung meja sana. Setiap langkahnya diikuti oleh pekerja di belakang. Satu persatu makanan yang terhidang di situ dirasanya, dan satu persatu juga makanan mula menjadi penghuni tong sampah. Perkerja restoran yang lain mula tarik nafas dalam dan memandang sesama mereka dengan wajah terbias gusar.

Hampir 20 minit kemudian, Mia mula berpaling ke belakang menghadap semua pekerja di situ. Tangan disilangnya ke dada tanpa sedikit pun garis mesra yang menghiasi wajah jelita itu.

“Ini yang you nak serve pada client kita?” Itu ayat pertama yang keluar setelah hampir 20 minit dia diam tanpa suara.

Semua di situ mula terkulat-kulat memandang lantai. Tak berani bertentang mata dengan anak gadis tunggal pemilik empayar hotel itu.

Answer me!” Suara Mia mula menempik garang dengan cerlungan mata garang bila tiada satu suara pun yang menjawab pertanyaannya itu. Mujur di dalam restoran itu hanya ada beberapa orang customer saja. Bila tiada jawapan yang keluar, Mia mula bergerak ke depan mendekati salah seorang pekerja perempuan di situ. Tag nama yang tersepit kemas di dada itu ditarik sedikit melihat.

“Izzati...” Serunya. gadis itu angkat muka takut-takut. “Boleh you bagi jawapan?”

Wanita itu dilihat mengetap bibir kuat sebelum mengeluarkan suara. “Kami dah cuba buat yang terbaik Cik Mia. Lagipun semua senarai hidangan ni kebanyakannya dicadangkan ketua chef kami sendiri. Hidangan semua ni pun dah dinilai oleh ketua chef kami dulu sebelum Cik Mia datang, Chef kami cukup berpuas hati.” Panjang lebar jawapan diberi gadis bernama Izzati itu.

Mia mula kancing gigi. “Jadi you nak kata yang I tak pandai merasa la? Huh?” Soalnya dengan kening ternaik sebelah. Bengang.

“Tak... tak Cik Mia, bukan itu maksud saya. Maksud saya...”

“Ketua Chef you kata?” Tanya Mia lagi sebelum sempat gadis itu menghabiskan ayatnya.

“Ya... Cik Mia.”

So... ketua chef you dah balik? May I see him?” Tanyanya berbunyi lembut sebelum ditunak tajam raut wajah ketakutan itu. “Now!

“Ba... baik Cik Mia, saya panggil sekarang jugak.” Kemudian terkocoh-kocoh gadis itu berlari ke belakang menghala ke bahagian dapur, yang lain semuanya tertunduk, kecut perut melihat muka tegang itu

Pintu besi bahagian dapur itu dirempuah Izzati kuat hati dengan nafas turun naik. Sebaik ternampak kelibat lelaki bertubuh sasa, tinggi lampai di hadapan grill pemanggang sana, segera dia berlari mendapatkan lelaki itu.

“Chef!”

Zafeeq Aidan menoleh ke belakang sebaik saja suara itu menerpa gegendang telinganya bingit. Penyepit di tangannya diletak kembali atas piring kecil di sebelah.

“Rilek Zati! Apa macam ribut ni!” Suara garau itu mula melantun keras sebaik melihat muka mengah salah seorang staf dapurnya itu. Tangan dikesat pada tuala putih yang terselit di poket seluar  hitam yang dipakainya.

Izzati menarik nafas dalam menenangkan dirinya yang seperti dilanda  ribut saja gayanya. Tapi ini bukan ribut lagi dah, tapi taufan!

Any problem?” Zafeeq mula menyoal seraya bersandar pada kebinet besi di belakang. Dengan umur yang baru menginjak ke 28 tahun itu, Zafeeq boleh dikatakan antara ketua chef termuda yang dilantik sepanjang 15 tahun sejarah penubuhan hotel bertaraf lima bintang ini. Dengan kumis nipis yang menghiasi wajah kacak itu, sememangnya chef muda itu sering menjadi perhatian pengunjung dan pekerja-pekerja hotel yang lain.

“Cik Mia... Cik Mia”

Who?” Pelipis Zafeeq mula berkerut kecil bila sebaris nama tidak dikenalinya itu menyapa pendengaran.

“Cik Mia Aizara, anak Tan Sri Jamaluddin nak jumpa dengan chef dekat luar. Sekarang!” ulang Zati dengan nada gusar. Bibir digigit kuat. “Dia... dia tak suka dengan hidangan yang kita cadangkan untuk majlis ulang tahun UM corporation tu.”

Zafeeq terdiam. Ingatannya beberapa minggu lalu muka menerjah kembali kotak fikiran. Mia Aizara Tan Sri Jamluddin? Kini baru dia teringat bila dia pernah terdengar sebaris nama itu.

Banyak sebenarnya aduan dan rungutan yang sampai ke telinganya mengenai mengenai sifat angkuh dan berlagak diva wanita itu yang sampai ke telinganya. Sepanjang tiga bulan dia ke Florence, Italy menghadiri khursus jangka pendek di sana, boleh dikatakan hampir setiap hari dia menerima rungutan terutamanya dari staff restoran yang berada di bawah seliaannya.

“Cepat la Chef. Cik Mia dah mengamuk besar dekat luar sana. Habis semua makanan dia campak dalam tong sampah!” Gesa Zati dengan muka berkerut seribu kerisauan.

What?!” Terus terbangun Zafeeq dari bersandar pada kabinet besi dibelakang. Rengusan  kasar terlepas dengan nafas turun naik membendung rasa marah dan bengang yang mula membakar dada. Tuala putih yang terselit ditarik keluar dan dihempas ke meja di situ. Dengan langkah yang dibuka besar, dia bergerak keluar dengan riak bengang. Ditolak kasar pintu besi yang memisahkan bahagian ruangan dapur dan restoran itu.

Dari jauh lagi dia sudah dapat mendengar suara tinggi wanita itu sedang menyekolahkan pekerja-pekerjanya yang terkulat-kulat mendengar setiap butir kata yang keluar dari bibir itu. Semua mata naik kearahnya sebaik ternampak kelibatnya mendekat. Sebaik dia tiba di belakang tubuh langsing itu dia berdehem kuat.

Sebaik terdengar bunyi suara kasar yang datang dari arah belakang itu, segera Mia menoleh dengan muka ketatnya yang jelas terpampang. Buat beberapa ketika dia terpana saat matanya bertembung pandang dengan mata tajam hitam berkilat itu. Wajah tampan berkumis nipis itu dipandangnya tanpa kelip. Tapi sesaat cuma bila dia menyedari pekerja lain sedang memerhatinya.

Dia berdehem kecil, membuang jauh rasa yang entah kenapa tiba-tiba datang menerjah relung hatinya itu. Tangan dibawa naik bersilang ke dada. Muka seriusnya ditarik semula seraya memerhati lelaki itu atas bawah. Keningnya terjungkit naik.

Who?” Soalnya bunyi kerek.

Zafeeq turut bersilang tangan ke dada dengan muka tenang. Tak mahu kalah walaupun jiwa lelakinya sedikit berkocak melihat keanggunan raut wajah itu. Tapi bila teringat semula apa yang diperkatakan pekerjanya tadi, terus terpadam semua rasa itu diganti dengan rasa bengang yang masih meruap. Harap muka saja cantik, tapi pengetahuan sivik zero!

“Zafeeq Aidan, ketua chef di restoran ni.”

Sekali lagi Mia terkesima, suara garau yang kedengaran itu seakan sebati dengan peluput telinganya. Takkanlah?

Wajah itu ditunak kejap. Ketua Chef? Mudanya, telahnya dalam hati. Ingatkan ketua chef yang dimaksudkan itu sudah tua, berkedut, pendek, gemuk, dan entah apa lagi tanggapan negatif yang ada difikirannya. Tapi ternyata tanggapannya meleset bagai langit dan bumi jauhnya!

“Tak sangka pulak you semuda ni.” Terpacul komen pendek itu dari bibir Mia. Tersedar ketelanjuran lidahnya itu, dia tarik nafas kejap. “Anyway, hidangan apa yang you bagi pada I ni? Langsung takde standard! I nakkan hidangan untuk golongan high class, bukan makanan yang you boleh dapat dekat pasar malam macam ni! Macam mana you boleh jadi ketua chef ni kalau benda macam ni pun you tak boleh buat?!”

Bergerak-gerak halkum Zafeeq cuba membendung rasa yang membungkam di dada. Rasa tercabar bila kredibilitinya sebagai ketua chef di sini dipertikai sewenang-wenangnya oleh wanita itu.

“Ini bukan masalah standard atau tak standard cik Mia Aizara. Ini soal mentaliti dan sikap you sendiri. Kalau betul pun you tak suka dengan makanan ni semua, tak perlu sampai membuang macam ni, sebab ramai lagi orang luar sana yang tak mampu makan makanan ni semua!” Suara garau itu melantun tinggi menimbulkan kecut perut semua yang ada di situ. Tak pernah-pernah mereka melihat ketua chef mereka yang terkenal dengan sifat tenang dan cool itu meletup sebegini.

Naik bergerak-gerak pelipis Mia mendengar bicara lantang lelaki itu. Belum sempat dia membalas, lelaki itu meningkah lagi.

“Dan untuk pengetahuan you Cik Mia, semua pekerja yang you sekolahkan ni, semuanya staf I. You langsung takde hak untuk bercakap apa-apa pada staf I, apa lagi untuk campur tangan dalam hal pekerja dan restoran ni. Sebab semuanya atas tanggungjawab I!” Zafeeq terus menyembur lagi tegas tanpa bengkang bengkok. Ditentang berani raut jelita itu tanpa sedikit pun rasa gentar. Dapat dilihat perubahan air muka itu, mungkin panas hati dengan kata-kata lantangnya.

Mia buang pandang ke arah lain sambil melepas nafas kuat. Sungguh tak menyangka lelaki itu berani menempelaknya di depan semua pekerja yang ada di situ. Tercalar rasa maruahnya dan egonya bila dilihat mata-mata yang tadinya hanya menunduk menikus mula angkat muka memandangnya. Terasa seolah dirinya sedang diejek walaupun langsung tiada senyum mengejek yang terbentuk di wajah semua yang ada di situ. Bibir merahnya diketap kuat menikam tepat wajah jejaka itu.

“I bos dekat sini, siapa you nak membangkang cakap I?!!” Jerkah Mia dengan muka merah padam. Cukup pantang kalau kata-katanya dilawan, apa lagi kalau datangnya dari pekerja bawahan macam lelaki ni!

“Dan I bos dekat sini! Lantai restoran yang you pijak ni semua, atas penguasaan I. I bos dekat sini, dan bukannya you! Kalau you puas hati, dipersilakan angkat kaki dan berambus dari sini!!” Memetir suara Zafeeq dengan mata yang menyinar garang. Turun naik dadanya mengatur nafas. Dibalas cerlungan mata maut itu tanpa sekelumit pun rasa takut.

Jari telunjuk Mia mula naik tepat ke wajah itu dengan nafas yang turun naik. “You... you... did you just talk back to me?!” ucapnya dengan nada tertahan.

Yes! Why? Nak pecat I? Go ahead!” Cabar Zafeeq dengan muka serius. “You jangan ingat sebab you anak bos besar dekat sini, you boleh layan pekerja dekat sini macam sampah!”

Mia terus hilang kata bila diherdik sedemikian rupa. Dahinya dipegang kejap. Dalam seumur hidupnya, tak pernah lagi dia dipermalukan sebegini, apatah lagi depan semua pekerja!

“You...”

What?! And one more thing.” Zafeeq mula bergerak pantas ke arah meja panjang sana dan pinggan berisi spagetti bolognese di situ diambil dan kembali semula ke depan wanita itu.

“You suka sangat main campak-campak makanan kan?” Tanpa sebarang amaran terus semua spagetti dalam pinggan itu dituang ke atas rambut brunette itu. Semua yang melihat sudah jatuh rahang.

“Arghh!!!” Terjerit kuat Mia dengan tindakan gila lelaki itu.

There you go. Sedap kan?” Ujar Zafeeq dengan senyum sinis yang tersunging dihujung bibirnya melihat rambut, muka dan kemeja yang sudah kotor dicemari kuah spagetti itu.

Tak dapat menahan ketawa, semua yang disitu mula pecah ketawa termasuklah Nadhrah yang mulanya tergamam dengan tindakan drastik ketua chef muda itu.

Bola mata Mia mula bergerak ke sekeliling dengan ketapan bibir kuat. Berdarah rasa telinganya mendengar bunyi tawa yang mengoyak telinga. Matanya naik tajam ke muka lelaki yang beriak tenang itu. Kalau diikutkan hatinya, rasa nak dikoyak-koyak saja bibir yang tersenyum seolah mengejeknya itu!

Telunjuknya naik sekali lagi ke muka tampan itu. “You will pay for this. I swear!!” Jerit Mia sebelum berlalu keluar dari situ diikuti Nadhrah yang terkocoh mengejar.

Zafeeq tarik muka sebelum tergeleng kecil. Dasar Bimbo!

“Caya la chef! Perempuan berlagak diva macam tu memang patut dilayan macam tu. Jangan ingat sebab dia anak orang kaya, dia boleh layan semua orang macam hamba abdi?!” Halim salah seorang pekerja restoran itu mula bersuara seraya menaikkan ibu jarinya pada Zafeeq.

“Kalau dah tau, kenapa tak lawan tadi? Tunduk macam orang bodoh aje saya tengok,” kata Zafeeq memerli diikuti dengan suara gelak yang lain.

“Mana berani chef. Karang tak pasal-pasal pulak saya kena pecat, nak bagi anak bini makan apa dekat rumah,” balas Halim bersahaja.

Tergeleng-geleng Zafeeq melayan fiil pekerjanya itu.

“Tapi chef... tak takut ke kalau tiba-tiba chef pulak yang kena pecat nanti? Cik Mia tu anak kesayangan Tan Sri,” tambah Halim lagi berbunyi bimbang. Iyelah, takut pulak nanti gara-gara mereka semua, ketua chef mereka pula yang dipecat semata-mata sebab cuba membela mereka.

“Awak rasa Tan Sri tu jenis orang yang bertindak melulu tanpa berfikir dulu ke? Saya kenal Tan Sri tu, dia bukan jenis orang yang macam tu. Awak tak payah risau la,” balas Zafeeq tenang. Kemudian matanya jatuh ke arah tong sampah di tepinya yang sudah penuh makanan yang dibuang tadi. Dia mengeluh kecil.

“Qira, Malik. You berdua tolong bersihkan balik semua ni, yang lain ikut saya masuk dapur.”

“Siap chef!” Sambut Syaqira dan Malik semangat.

Kemudian dia mula melangkah ke belakang semula diikuti oleh pekerjanya yang lain. Tak pasal-pasal moodnya hilang petang ni. Tapi entah kenapa, raut wajah anggun itu seakan pernah dilihatnya sebelum ini. Tapi dekat mana?

Bersambung,,,



2 comments:

Wan Azida said...

Best dila ... zafeeq pun tk ingat dgn mia

Unknown said...
This comment has been removed by the author.