Thursday 7 April 2016

MANISNYA SOUFFLE' - BAB 10

BAB 10


Mia melangkah keluar dari keretanya, rayban aviator ditolak ke atas kepala. Matanya mengecil sedikit akibat pancaran matahari yang memancar. Jam tangan ditangan dikerling sekilas. Sudah hampir jam 9.30 pagi, sudahlah jam 11.00 nanti dia ada appoinment di hotel Hilton dengan Encik Kevin. Keretanya buat hal pulak dah... selama ni tak pernah lagi buat hal, kenapa pagi ni pulak tiba-tiba nak meragam?!

Diliarkan matanya dikiri kanan dikawasan lebuhraya itu, kemudian dia kembali semula ke kereta, dan punat bumper bahagian hadapan kereta Audi Ttnya itu dibuka. Buat seketika dia bercekak pinggang di bahagian hadapan kereta yang penuh dengan wayar berselirat. Nak betulkan yang mana satu pun dia tak tahu, karang memandai makin teruk pulak jadinya nanti!

Tanpa buang masa terus Iphonenya dalam kocek seluar slacknya dibawa keluar. Beberapa saat dia menunggu sebelum panggilannya bersambung

“Nad...” sapanya.

“Ya Cik Mia.” Sahut Nadhrah dihujung sana.

“You tolong callkan mana-mana kedai mekanik, kereta I buat hal. I dekat dengan Jalan Parlimen. Cepat sikit, I ada appoinment pukul 11.00 karang,” arahnya berbunyi tegas. Panggilan dimati dan dia mula bergerak ke arah penghadang jalan raya di situ.

Tiba-tiba bunyi motor kedengaran berhenti. Hujung mata Mia naik menjeling, takut karang samseng jalanan mana pulak yang tiba-tiba berhenti karang, tak ke haru. Tapi sebaik dia mendongak, pandangan matanya terus menangkap superbike merah yang sangat dikenalinya itu, terus muka bosannya ditarik. Haihh... sehari tak jumpa mamat ni tak boleh agaknya!



Penutup muka helmet dibuka Zafeeq. Dari jauh lagi sudah dapat dilihat kerut kecil yang terbentuk di dahi Mia.

“You buat apa dekat sini?” Soal Zafeeq pelik.

“Ambil angin... tak nampak ke?” balas Mia kerek. Ambil angin kejadahnya pulak kalau matahari dah terpacak atas kepala.

“Okay.” Sambut Zafeeq tanpa perasaan seraya menurunkan semula penutup helmetnya, pedal minyak ditekan dan dia terus pergi.

“Huh??” terus terbangun Mia dari besi penghadang jalan itu memandang motor yang berlalu pergi itu. Tapi beberapa saat kemudian dilihat Zafeeq berpatah semula. Tanpa sedar bibirnya mengoyak senyum kecil. Sebaik lelaki itu tiba tepat dihadapannya, muka cemberut ditariknya. Tangan disilang ke dada.

Helmet dibuka Zafeeq dan rambutnya digosok sedikit sebelum ketawanya meletus melihat muka kelat yang terbentuk di wajah cantik itu. “Itulah... lain kali jangan jual mahal sangat,” katanya sambil  turun dari motor.

“Habis tu you ingat I ni perempuan murah ke?” gumamnya laju mematah kata.

Zafeeq menggeleng kecil tak ambil pusing. Dia berjalan kearah bahagian depan kereta yang sudah siap dibuka itu. “Ni kenapa ni?”

Mia berjalan mendapati Zafeeq. Berdiri di sisi lelaki itu “Mana la I tahu, tiba-tiba aje meragam.”

Zafeeq bercekak pinggang. “Hai...kereta punya mahal macam ni pun boleh meragam ke?"

Mia buat muka.

"Dah call orang datang tarik ke?” Nak suruh dia betulkan pun bukannya dia reti sangat, kalau setakat nak tukar tayar tu boleh la.

Mia angguk. “I dah suruh Nad callkan tadi.” kemudian mata Mia naik memerhati Zafeeq atas bawah. “Yang you ni tak pergi kerja lagi kenapa? Sekarang ni dah pukul berapa? Curi tulang?”

Excuse me, I pun ada appoinment  dekat luar jugak. You ingat you sorang aje ke yang ada appoinment dekat luar?”

Mia mencebik sebelum berlalu ke tepi dan duduk semula ke atas penghadang besi. Zafeeq turut bergerak dan duduk di sebelahnya. Buat seketika mereka hanya diam menyepi.

“I dengar you doktor sebenarnya.” Mia memecah bicara terlebih dulu. dari hari tu lagi dia nak tanya sebenarnya. Zafeeq dipandang. “Kenapa you tukar kerjaya?” Pelik...padahal title sebagai doktor itu cukup menjadi rebutan diluar sana.

Zafeeq terdiam sekejap. “Minat... minat tu takde. I ambil medic pun atas desakan parent. you know, bila kita kerja tanpa minat, semuanya jadi tak menyeronokkan.”

“Tapi...bukan seronok ke jadi doktor? Banyak pahala yang you boleh kumpul, sebab selamatkan pesakit.”

Terkoyak senyum nipis dibibir Zafeeq mendengar komen itu. “Itu salah satu kebaikannya, tapi banyak cara lain lagi kan untuk kita kumpul pahala. tak semestinya jalan yang satu tu. Tapi... kalau you tahu betapa penatnya jadi doktor, you sendiri pun takkan sanggup ambil bidang tu. Silap hari bulan, hari-hari you menangis makan hati beralum jantung, kena marah dengan specialist. Rabaknya mata ni masa I jadi HO dulu, nak makan pun kadang-kadang takde masa.” adunya bila teringatkan zamannya houseman dulu.

Meletus ketawa kecil Mia mendengar cerita itu. bukannya dia tak tahu benda tu, kawan dia sendiri ramai yang mengambil bidang itu, ada yang terlalu stress sampai sanggup menghilangkan diri sampai sebulan dua disebabkan tekanan yang dihidapi.

“Lepas tu, you sambung bidang masakan dekat mana?” Mia bertanya ingin tahu.

“Paris.” Pandangannya tertunak jatuh pada Mia. “You pun belajar dekat Paris kan? dekat U mana? sebab I rasa macam pernah nampak you sebelum ni.”

Tak semena-mena degup jantung Mia berubah deras tiba-tiba. Zafeeq turut dipandang, tapi entah kenapa hatinya tak cukup kuat ditikam mata hitam berkilat itu, terus matanya dilempar semula ke depan.

“Université Paris Dauphine.”

Zafeeq terkejut. “Seriously? I pernah kerja dekat restoran berdekatan dengan kawasan universiti tu.”

Jantung Mia seakan dipanah tepat mendengar kata-kata itu. “La Cigale Recamier?” tuturnya satu persatu dengan penuh debar di dada.

Mata Zafeeq membulat. “Mana you tahu?”

Mia tergamam tak percaya. Tak berkelip matanya merenung raut kacak itu. Tanpa sedar air matanya jatuh menitis.

Zafeeq terpempam. “You kenapa ni? Sakit ke?” tanyanya laju berbaur bimbang.

Cepat-cepat tangan Mia naik ke pipinya. Menghapus air matanya. Jadi betullah telahannya selama ini. Zafeeq dan jejaka yang menyapa hatinya nun jauh di Paris sana dulu adalah lelaki yang sama. Tak hairanlah Chocolate Souffle’ yang dirasanya beberapa bulan lepas itu terasa begitu dekat dengan hatinya. Rasa yang serupa, manis yang sama...

“Mata I masuk habuk,” ujarnya rendah.

Zafeeq kerut kening, sebelum tersenyum. Seketika kemudian bunyi hon kedengaran menyentak keduanya. Serentak mereka turun dari duduk. Mia hanya mendengar saja Zafeeq bercakap dengan pekerja bengkel yang datang bersama kereta penunda itu, tapi fikirannya entah melayang ke mana, tak lepas menyorot wajah kacak berkumis nipis itu.

Tiba-tiba warasnya menyentak akal. Pantas jam tangan ditunak tajam. “Ya Allah! I ada appoinment pukul 11.00 ni.”

“Huh?” Zafeeq terkejut.

“I ada appoinment lagi setengah jam! Matilah I...” tekan Mia dengan riak gusar jelas terpeta. Kepalanya digaru kuat

Zafeeq diam. Nadas dihela dalam. “Nak I hantar?”

“Apa?”

“Nak I tolong hantar tak?” ulang Zafeeq lebih jelas.

Pelipis Mia naik kerut. “Naik apa?” Soalnya bodoh.

“Motor la, you ada nampak I bawak kereta ke?”

"Naik motor?!” liurnya ditelan kelat. Naik motor? Takkan nak berhimpit, melekat macam sandwich pulak dengan Zaf? Laju dia geleng menolak.

Fine... kalau macam tu I balik hotel dulu. pandai-pandai la you tahan teksi.” Helmet yang diletak pada kerusi motor dipakai semula ke kepala sebelum naik semula ke atas motornya. Kunci dicucuh pada palam dan beberapa saat kemudian bergema kuat bunyi enjin motor.

Mia masih berkira dalam kepala. Naik teksi? Kalau jalan lengang takpe, masalahnya KL ni mana pernah lengang, sesak sentiasa. Pukul berapa pulak sampai sana nanti?

“Kejap!”

Zafeeq menoleh sebaik terdengar suara itu.

“I ikut,” putus Mia pendek. Kemudian laju saja pintu keretanya dibuka. Dua buah fail dan handbagnya diambil. Kunci diserahkan pada pekerja bengkel.

Sebaik tiba disisi lelaki itu, teragak-agak lengan jaket kulit yang dipakai Zafeeq itu digenggam kejap dan dia naik ke belakang. Nasib baik hatinya tergerak nak pakai seluar hari ni, kalau pakai skirt atau kain bukan ke haru nak naik motor tinggi macam ni. Tiba-tiba wajahnya terasa panas duduk sebegini dekat dengan lelaki itu.

“Duduk tu jauh sikit, jangan nak melekat dengan I. Bukan muhrim! I tolong ni pun sebab terdesak.” Zafeeq memperingat walaupun jiwa lelakinya turut dilanda debar yang tiba-tiba. Seakan terbau-bau harum wangian yang datang dari tubuh langsing itu.

“Tahu la!” ingat aku nak sangat agaknya duduk dekat-dekat macam ni! Gurutu Mia dalam hati, sebal! Liur ditelan payau. Janganlah Zaf dengar bunyi jantungnya yang berdegup kuat mengalahkan kuda berlari ni...

“Pegang elok-elok, karang kalau terpelanting I tak bertanggungjawab.”

Mia terpinga kejap. Pegang? Nak pegang mana? Spontan saja tangannya naik memegang belakang jaket yang dipakai Zafeeq. Sesaat kemudian motor mula bergerak membelah jalan raya.

Hampir 15 minit kemudian, Zafeeq memberhentikan motornya tepat dihadapan pintu masuk Grand Hyatt Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Pinang berdekatan KLCC itu. penutup muka dibukanya. Mia melangkah turun dan dibetulkan sedikit rambutnya yang serabut ditiup angin.

Thanks for the ride.

Zafeeq angguk kecil. “No biggie.”

Mia atur langkah kemas untuk masuk ke lobi hotel itu. Sebaik tiba dihadapan pintu automatik lobi itu dia menoleh semula ke belakang. Bibirnya digigit kejap.

“Zaf...” serunya kuat

Zafeeq angkat muka memandang.

“I... I mintak maaf pasal hari tu.” akhirnya terlepas jua kata maaf itu dari bibirnya

Kening Zafeeq ternaik sedikit tanda tak mengerti.

“Pasal anak ikan hari tu...” bibir diketap. “I’m really sorry,” ulang Mia sekali lagi. Sungguh dia rasa bersalah kerana sudah menuduh lelaki itu yang bukan-bukan sebelum tahu cerita yang sebenarnya.

Lambat-lambat dilihat Zafeeq mengoyak senyum buatnya sebelum tangan kanannya diangkat melambai sebelum bergerak pergi dan hilang dari pandangan. Perlahan-lahan bibir mungil itu turut melarik senyum kecil sebelum berlalu masuk ke dalam

~BERSAMBUNG~

P/S: Mohon komen seikhlasnya :D n sorry lambat sgt update T_T

4 comments:

Unknown said...

best sangat2.

Lady E said...

Best... Sweet aje baca cerita ni..
Nnti smbg cpt2 ya..

dila dyna said...

tq...tq...tq :D

WAN SARINAH BT WAN IBRAHIM said...

Cepat la sambung...x sabar