Saturday 26 November 2011

Sejuta Kasih Qairina 2



Pagi sabtu itu, pagi-pagi lagi Qairina sudah bangun dari lenanya. Tak betah rasanya tidur lama-lama, pening kepala dibuatnya. Lantas dia bangun dari katil queen sizenya dan bergegas masuk kedalam kamar mandi bersama tuala biru mickey mousenya. Saat dia mencuci muka, diperhatikan biasan wajahnya pada cermin besar yang terdapat dalam kamar mandinya itu. Baru dia perasan dia sudah agak tembam sedikit dari biasa. Mungkin ini akibatnya duduk bergoyang kaki di rumah.

“Huh...”satu keluhan kecil keluar dari bibir comelnya. Entah kenapa, fikirannya tiba-tiba melayang mengingati sebabak cerita yang berlaku dalam hidupnya 3 tahun lalu.

Saat itu dia sedang mengikuti program khidmat masyarakat anjuran fakultinya iaitu fakulti business management UiTM di salah sebuah perkampungan yang terletak di pulau langkawi. Program yang berjalan selama 3 hari itu dipenuhi dengan pelbagai program seperti program anak angkat, karnival kesihatan, gotong-royang , sukaneka dan bermacam lagi. Namun apa yang lebih membahagiakan dia ialah program yang dianjurkan itu juga disertai oleh kekasih hatinya yang mana merupakan seniornya Tengku Qushairi Haziq yang tua dua tahun darinya. Mereka mula bercinta semasa dia masih berada di tahun pertama peringkat pengajian ijazahnya. Ketika itu Qushairi sudah berada di tahun tiga. Sikap pendiam dan cool Qushairi itu telah menarik minatnya untuk berkenalan dengan seniornya itu. Dari situ bibit-bibit cinta antara mereka mula berkembang mekar. Boleh kata mereka adalah pasangan couple yang paling popular di kampus kerana Qushairi adalah salah seorang pemegang jawatan penting dalam majlis perwakilan pelajar.

“Weh...cik abang sayang kau panggil kau tolong dia la kat sana tu.”beritahu Mira merangkap sahabat baiknya. Mulutnya dijuihkan kearah Qushairi yang tika itu sedang membasuh beras di pili air. Hari itu mereka buat program memasak dimana para student sendiri yang dipertanggungjawabkan menyediakan makan tengah hari buat semua penduduk kampung yang terlibat dalam program mereka. Qairina yang waku itu sedang membantu kak jauhara menggoreng sayur terus terhenti. Kepalanya kemudian ditoleh kearah yang ditunjukkan Mira. Hampir nak tergelak dia melihat gelagat Qushairi yang sedang membasuh beras menggunakan kedua-dua belah tangannya. Senyuman mula bergayut dibibirnya.

Sudip ditangannya kemudian dihulurkan kearah Mira yang sedang meneguk air botol. “Nah...kau tolong kak jauhara masak sayur ni. Aku nak pergi sana jap.”

Mira sudah mula mengerutkan dahinya. Dah la tengah panas terik ni, nak suruh aku memasak pula. Bertambah panas la gamaknya, bisik Mira dalam hatinya. Muncungnya mula ditarik tanda protes.

“Ha...kau jangan buat muka macam tu, aku tak suka. Kalau panas, nah ambik ni.”potong Laila seraya menanggalkan topi yang berada di atas kepalanya, lantas diletakkan diatas kepala sahabat baiknya itu. Dengan berat hati, diambil juga sudip yang dihulurkan Qairina itu.

“Oo...ko sedap-sedap nak pergi dating, aku kena masak pulak. Banyak cantik muka kau.”perli Mira pula dengan muncung yang masih ditarik.

“Yang kau duduk bawah kemah dari tadi tu apa? Aku bukan nak pergi dating la. Aku just nak pergi tolong je. Karang dari nak masak nasi, terus termasak bubur pulak nanti.”balas Qairina pula, hujung matanya dilirikkan kearah kekasih hatinya yang seakan-akan berkungfu pula gayanya. Hish...hancur juga beras-beras tu nanti.

Dengan penuh berhati-hati Qairina mula menyusun langkah menuju kearah Qushairi yang sedang membasuh beras membelakangkannya. Dapat dilihat peluh yang mula merenik didahi lelaki itu. “Ehemm...nak tolong apa-apa?”soal Qairina dengan senyuman manis yang menghiasi wajahnya yang kelihatan sedikit kemerahan dek pancaran terik matahari.

Qushairi kemudian menoleh kearah datangnya suara yang lembut itu, serta-merta senyuman mula terbit di pinggir bibirnya. Rambut depannya yang terjuntai jatuh ditolak kebelakang dengan sebelah tangannya.

“Tolong la abang basuh beras ni sekali.”ajak Qushairi lagi. Dihulurkan pili air kepada Qairina yang sudah tersenyum-senyum malu. Ada beberapa orang seniornya yang duduk dibawah khemah sudah mula bersiul-siul kearah mereka, membuatkan Qairina bertambah malu. Tapi itu la kegembiraan dikala remaja, segalanya nampak indah dan riang.

 Dengan sedikit teragak-agak Qirina mengambil pili air yang dihulurkan kepadanya. “Abang Alif mana? Bukan tadi dia yang tolong ke?”Qairina bertanya kerana tadi kalau tak silapnya, Qushairi dan abang Alif yang diberi tugasan menanak nasi.

“Tu...bawah khemah tu membuta...”matanya turut beralih kearah bawah khemah yang terletak berdekatan dengan mereka. Dilihat abang alif sedang enak berbaring sambil menutup wajahnya dengan cap merah yang dipakainya tadi. Tak patut betul abang Alif ni pun meninggalkan Qushairi melakukan tugasan seorang diri. Bola matanya kemudian dialihkan semula kearah Qushairi. Dilihat lelaki itu tak berkelip memerhatikannya sehingga dia sendiri naik malu direnung sebegitu rupa.

“Ke..kenapa?ada apa-apa kat muka Qhai ke?”soal Qairina dengan nada yang tergagap-gagap, jemari runcingnya mula naik kewajahnya dan diraba-raba sedikit. Mana la tahu ada terlekat apa-apa.

“Baru abang perasan, muka Qhai macam dah tembam la...”terluncur terus kata-kata dari bibir Qushairi yang dari tadi asyik memerhatikan kekasih hatinya itu. Dilihat mata Qairina sudah mula membulat. Opsss.....

“Tembam? Mana ada...mata abang tu dah rabun agaknya. Ada ke kata orang yang slim melim ni tembam.”sedikit kuat suara yang keluar dari bibir comel Qairina. Pantang betul dia kalau orang kata dia tembam, memang sejak dulu lagi dia mementingkan penjagaan tubuh badannya. Tapi...betul ke dia dah tembam?

Tak lama kemudian Qushari berpura-pura tergelak. “Sorry..sorry. may be sebab dah seminggu abang tak jumpa Qhai kot. Sebab tu abang nampak Qhai lain sikit.” Pujuk Qushairi dengan muka seposennya. Alahai..merajuk la pulak cik adik sayang ni.

“Benci tau....”marah Qhai lagi dengan muncung panjangnya. Pili air yang sudah sedia mengalirkan air itu dipancutkan kearah teman lelakinya itu, habus basah bajunya sedikit sebelum dia bergegas berlalu dari situ dengan kaki yang sengaja dihentak-hentakkan tanda marah.

Namun rajuknya hanya bertahan sekejap sahaja kerana pada belah malamnya semasa mereka semua berkumpul ditepi pantai untuk acara camp fire sebagai acara penutup buat program 3 hari mereka disitu, Qushairi telah menyanyikan satu lagu cinta buatnya dengan mengunakan gitar abang Alif. Terus tak jadi nak merajuk lama-lama bila lagu itu ditujukan khas buatnya seorang, kemudian sekuntum bunga mawar yang dipetiknya dirumah mak cik yam ibu angkatnya buat program itu dihulurkan padanya. Malam itu memang tak putus-putus dia diusik oleh kawan-kawan dan seniornya.

Ternyata kenagan manis itu masih melekat kuat dibenaknya walaupun semua itu sudah berlalu hampir 3 tahun dulu. Namun disebalik kegembiraan itu, ada rasa sakit yang mula menjalar semula kedalam hatinya setiap kali semua kenangan itu diingat semula. Matanya kemudian jatuh keatas parut di pergelangan tangan kanannya, perlahan-lahan parut yang masih jelas terlihat dipergelangan tangannya itu disentuh. Seakan masih terasa lagi kesakitan yang dialaminya satu ketika dulu.

“Qhai!!....dah bangun belum? Umi nak pergi pasar ni beli barang. Kalau Qhai nak makan, nasi lemak atas meja ni ye sayang....”suara laungan Puan Saliha itu telah mencantas segala lamunannya tadi. Terus daun kamar mandinya dikuak sedikit.

“Ye umi...nanti Qhai makan.”balas Qhairina pula dengan suara yang dikuatkan. Kemudian daun pintu ditutup semula. Nafas dalam disedutnya sebelum dihembuskan. Dia perlu melupakan semua kenangan lalu yang menyakitkan, dia tak mahu perjalanan hidupnya terencat ditengah jalan, dia pun baru berumur25 tahun, perjalanan hidupnya masih panjang.

Setelah siap berpakaian, Qairina turun ke tingkat bawah banglo tersebut. Dijenguk kepalanya disebalik langsir ruang tamu dan ternyata kereta Honda City milik uminya sudah tiada di garaj kereta. Langkahnya kemudian dipanjangkan menuju ke meja makan. Pagi ini dia ringkas berseluar tracksuit putih dan berbaju lengan panjang berwarna merah jambu, nampak sangat sesuai dengan warna kulitnya yang putih kemerah-merahan. Pagi ini dia bercadang untuk berjoging di taman berhampiran. Daripada dia duduk saja dirumah, seeloknya juga dia keluar sekali sekala.

Setelah selesai menjamah sarapan pagi, blackberrynya dikeluarkan dari kocek seluar tracksuitnya dan no uminya didial. Setelah beberapa minit menunggu, bersambut juga panggilannya namun kedengaran agak bising, mungkin uminya sudah sampai di pasar tersebut.

“Hello...ha..kenapa Qhai telefon umi ni?”soal Puan Saliha memulakan bicara.

“Umi..Qhai ingat nak keluar jogging sekejap.”balas Qairina dengan nada lembut. Dalam tempoh dua bulan mereka pulang ke Malaysia, ini kali pertama dia ingin keluar sendirian, selama ini dia hanya keluar bersama uminya samaada menemani uminya ke pasar ataupun bershopping.

“Eloklah tu...pergi la, umi lagi suka kalau sekali-sekala Qhai keluar tengok dunia luar. Jangan lupa keluar nanti kunci pintu semua.”pesan Puan Saliha pada puterinya itu. Hatinya terasa lega seketika mendengar permintaan anaknya itu. Selama ini sudah puas dia memujuk anaknya itu supaya keluar, berkenalan dengan masyarakat luar sana, tapi satu pun tak jalan.

“Ok umi..daa...love you.”

Love you too.”balas Puan Saliha sebelum memutuskan panggilan. Trolinya kemudian disorong kembali menuju ke bahagian basah.

Sebotol air mineral dan sehelai tuala kecil disambar sebelum keluar. Kemudian kunci kereta Suzuki Swift yang baru dibelikan oleh abahnya sebulan lepas dicapai. Kakinya perlahan menapak kearah kereta Suzuki Swift berwarna biru gelapnya yang tersadai di laman garaj kereta sebelum memboloskan diri ditempat pemandu.

“Bismillahirrahmanirrahim...”ucapnya sebelum menghidupkan enjin keretanya. Sudah agak lama dia tak memandu kereta semenjak pulang ke Malaysia, jadi kakinya teras agak keras sedikit. Dengan penuh berhati-hati keretanya dibawa keluar menuju ke jalan besar. Kira-kira 15 minit kemudian dia tiba di sebuah taman yang terletak agak tidak jauh dari kediamannnya. Tak semena-mena hatinya terasa gentar melihat orang ramai yang berada di situ. Ada yang bersenam, ada yang hanya duduk bersantai dibawah pokok dan bangku-bangku yang disediakan, dan tak kurang ramai juga anak-anak kecil yang sedang berain ditaman permainan yang disediakan. Nak patah balik, rasa macam sia-sia saja kedatangannya kesini. Tapi alang-alang dah sampai, jogging jela.

Dengan langkah yang diatur kemas, dia berjalan memasuki taman tersebut dan berhenti di bawah sepohon pokok. Entah kenapa dia terasa banyak mata yang turut memerhatikannya. Naik segan pula dibuatnya. Dengan pergerakan yang agak kekok dia mula melakukan regangan, takut nanti kalau tak melakukan regangan terlebih dahulu kakinya bakal sakit nanti. Setelah selesai baulah dia memulakan lariannya.

*****
Selesai sarapan pagi, iskandar terus menyambar kunci kereta lotusnya. Dia sudah bercadang hendak pergi berjoging pagi sabtu itu, memang sudah menjadi rutin hujung minggunya, setiap kali hari sabtu dia mesti pergi bersenam walaupun sekejap. Waktu hujung minggu macam ni saja yang dia punya untuk melakukan aktiviti yang menyihatkan tubuh badannya itu, kalau hari biasa sibuk semedang di pejabat. Sampai nak meregangkan otot pun kadang-kadang tak ada masa.

Sewaktu dia melintasi ruang tamu banglo besar itu, papanya menegur. “Nak pergi mana?”Soal Tan Sri Tengku Muhaimin pada anak bujangnya itu. Seorang lagi nak lelakinya pula entah kemana menghilang. Turun sarapan pun tak.

“Pergi jogging la papa. Nak pergi mana lagi.”seloroh Iskandar menjawap. Dilihat mamanya diluar sedang memberi anak ikan makan di kolam buatan ditaman banglo tersebut.

“Erm...elok la tu. Daripada pergi melepak dekat kelab dengan kawan yang entah apa-apa, lebih baik Is pergi bersenam.” Nasihat Tan Sri Mihaimin, namun dalam nasihatnya masih terselit juga perlian buat anaknya itu. Bukan dia tak tahu anaknya yang seorang ini, suka berseronok dan berlibr diluar. Tapi bila bekerja dia memang tekun dan penuh dedikasi. Anaknya memang pantas diberi pujian bila masuk bab bekerja.

“Ok papa...Is pergi dulu.” Malas Iskandar mahu membidas kata-kata papanya itu. Nanti dari masalah kecil pun boleh jadi besar. Dah la semalam dia pening kepala memikirkan Isabella yang melancarkan perang dingin dengannya gara-gara dia tak jadi melihat fasion show yang disertai olehnya di KLCC dua hari lepas.
Kereta lotus elitenya dipandu laju membelah jalan raya. Jam ditangan sudah menunjuk keangka 8.30 pagi. Malam ni pula dia ada event di Hotel Hilton menggantikan tempat papanya yang tak dapat menghadiri majlis ulang tahun kelahiran sahabat baik papanya itu. Berselang 20 minit kemudian , kereta mewahnya itu dihentikan dihadapan taman yang sudah menjadi tempat kebiasaannya setiap kali berjogging. Dengan langkah penuh yakin dia melangkah keluar dari kereta mewahnya itu, sebaik sahaja dia melangkah keluar terus dia dapat merasakan berpasang-pasang mata gadis yang melihatnya. Dia sudah terlalu alah dengan keadaan itu, sering menjadi tumpuan gadis-gadis.

Regangan pada tubuhnya dilakukan terlebih dahulu sebelum memulakan lariannya. Earphone MP4 nya sudah selamat disumbat kelubang telinganya, sudah menjadi tabiatnya ketika berjogging. Baru dia hendak memulakan larian, handphonenya pula berbunyi.

“Ish...kacau betul la..”ngomel Iskandar terlebih dahulu sebelum menyambut panggilan itu.

“Ha...kamal. kenapa?”soal Iskandar dengan nada tak puas hati. Sesekali matanya diliarkan kesekeliling.

“Uish...garangnya. aku just nak tanya, kau free tak malam ni? Aku ingatnak ajak kau lepak dekat kelab.”

“Sorry bro. Malam ni aku tak free. Aku kena ganti tempat papa aku pergi majlis ulang tahun kawan papa aku kat Hotel Hilton.”mendatar saja jawapan yang diberikan. Kalau diikutkan hati memang hendak saja dia menolak permintaan papanya itu. Bosan kot dikelilingi orang-orang yang sudah agak berusia, tak ada topik yang nak dibualkan. Ni belum lagi masuk bab mak-mak datin yang menggatal dengannya.

“Ala...kenapa tak suruh abang kau je yang pergi.”

“Huh...nak harapkan abang aku tu pergi, langsung tak gerak kereta la gamaknya. Asyik duduk terperap dalam bilik. Bosan.”kedengaran Iskandar mengomel. Memang hubungan dia dan abangnya yang berusia setahun tua darinya itu tak berapa akrab semenjak peristiwa abangnya itu membocorkan rahsianya pada papanya yang dia pergi clubbing dengan kawan-kawannya waktu dia berusia 17 tahun dulu. Habis berbirat belakang badannya akibat dirotan papanya. Semenjak dari waktu itu, hubungan mereka sudah sedikit retak, tak mesra seperti dulu.

“Ok la...aku nak jogging ni. Kau ni mengacau betul.”perli Iskandar terlebih dahulu sebelum menutup panggilan. Kemudian lariannya dimulakan seraya menyumbat kembali earphone kedalam telinganya. Setelah kira-kira 30 minit bersenam, akhirnya Iskandar duduk dibangku berdekatan sepohon pokok yang agak rendang. Peluh yang merenik didahinya dilap menggunakan tuala kecil yang dibawanya tadi. Angin yang bertiup memberi sedikit keselesaan padanya yang agak kepanasan. Matanya dipejamkan seketika sebelum dibuka semula apabila telinganya menangkap bunyi esakan yang kedengaran sangat perlahan disisinya. Kepalanya segera ditoleh kearah bangku yang terletak disebelah kirinya, matanya terus menangkap figura seorang gadis yang sedang duduk sambil menundukkan kepala seraya memaut lutut kanannya keatas. Apesal pulak perempuan ni...

Beberapa saat kemudian dilihat gadis yang bert-shirt merah jambu lengan panjang itu mendongakkan kepalanya. Dapat dilihat dengan jelas walaupun dari sisi, mata gadis itu yang kelihatan sedikit basah dan merah. Kemudian dilihat gadis itu meniup-niup lututnya. Mata Iskandar kemudian jatuh pada seluar gadis itu dibahagian lututnya sudah terkoyak sedikit dan lutut gadis itu juga dilihat berdarah. Jatuh agaknya.

“Ermm...are you ok miss.” Separuh teragak-agak Iskandar bertanya.

Qairina yang sedang mengelap matanya yang basah menoleh kekanan sebaik saja dia mendengar suara lelaki disebelahnya. Wajahnya sedikit terkejut dan kaget. Kenapa dia tak perasan langsung ada lelaki yang duduk dibangku sebelahnya itu. Wajahnya sudah mula membahang menahan malu.

“Owh..yes..i’m ok.”perlahan-lahan Qairina menjawab. Tuala kecil yang dibawanya tadi diletakkan diatas lututnya yang luka itu untuk menutupnya dari pandangan lelaki disebelahnya itu. Entak kenapa malang nasibnya tadi, baru 20 minit berlari dia sudah tersadung pada batu yang terdapat ditaman itu dan lututnya terluka.

Iskandar yang tadinya kehilangan kata sebaik saja gadis itu menoleh kearahnya berdehem untuk menghilangkan getaran yang tiba-tiba hadir dalam hatinya. Iskandar mengangguk sebelum mengalihkan semula pandangannya kehadapan dan menyumbat semula MP4nya. Dia tiba-tiba berasa pelik dengan perasaannya yang tiba-tiba terusik dengan seorang gadis yang langsung tak dikenalinya disebelahnya ini. Tak masuk akal langsung, tanpa disedari dia menggelengkan kepalanya beberapa kali untuk membuang rasa yang tadinya hadir.

Qairina mengalihkan sedikit tubuhnya kearah kiri agar tak dilihat lelaki disebelahnya itu sebelum mengeluarkan blackberrynya dan no uminya didial. “Assalamualaikum...umi..Qhai terjatuh..”rungut Qairina dengan suaranya yang teresak sedikit sebaik saja panggilannya bersambut, matanya yang tadinya mula kering kembali bergenang. Luka dilutunya itu boleh tahan besar juga, mana taknya, lututnya bergeser dengan permukaan laluan berjogging itu. Pedih rasanya.

Iskandar yang sedang bermain dengan iphone 4s nya melirik sedikit kearah gadis disebelahnya itu sebaik sahaja mendengar suara gadis itu. Qhai?...nama dia kot. Tapi kenapa dia marasakan kalau dia pernah melihat wajah gadis itu. Nampak sangat familiar. Namun tak dapat dinafikan, gadis disebelahnya itu punya seraut wajah yang sangat lembut dan memikat.

“Ya allah Qhai...macam mana boleh jatuh?”soal Puan Saliha dengan nada yang kedengaran jelas risau. Macam budak kecil pulak jatuh-jatuh.

“Tak tahu...Qhai tersadung tadi, luka dah lutut. Sakit umi..”rungut Qairina lagi, lupa sekekap kehadiran pemuda disebelahnya itu. Dah satu lagi masalah, macam mana dia nak bawak kereta, kalau kaki kirir tak apa jugak, ni kaki kanan. Nak pijak pedal minyak pun sakit nanti. Dah la plaster pun tak ada.

“Dah tu nak buat macam mana ni? Umi tengah beratur nak bayar ni. Nak umi ambil Qhai?”
Qairina berdiam diri sejenak memikirkan adangan uminya itu. Tapi kalau suruh umi ambil, kereta pulak macam mana?

“Ermm...takpe la umi, Qhai tunggu sakit ni reda sikit lepas tu Qhai balik.”Qairina memberi cadangan. Takkan nak tinggalkan keretanya pulak. Tunggu jela sekejap sampai sakitnya hilang sikit. Setelah salam diberi, panggilan ditutup. Lututnya sekali lagi ditiup untuk menghilangkan kesakitan.

Iskandar yang sejak tadi memasang telinga sesekali menjeling kearah gadis disebelahnya itu. Jatuh simpatinya melihat wajah gadis itu yang berkerut sedikit menahan sakit.

Excuse me...you nak plaster tak? Dalam kereta I ada first aid kit.”suara Iskandar ingin menghulurkan bantuan. Bukan berniat apa-apa, dia cuma hendak membantu. Wanita ni kan insan yang lemah, dia sebagai lelaki seharusnya bersikap gentleman menghulurkan bantuan jika perlu. Makin lama dia memandang gadis itu, makin yakin dia bahawa dia pernah melihat gadis itu. Tapi tak ingat dimana dan bila.

Qhairina yang sedang ralit memeriksa lututnya dibawah tuala kecil itu sekali lagi menoleh kearah sisi datangnya suara itu seraya melepaskan satu pandangan yang pelik dengan huluran bantuan yang menusup masuk ke telinganya sebentar tadi. Sera-merta dia kehilangan suara tatkala matanya bertentang dengan mata tajam milik pemuda disebelahnya itu. Perasaannya tiba-tiba jadi tak keruan, dan tanpa disedari kepalanya mengangguk setuju.

 Iskandar tersenyum sebaik saja melihat anggukan gadis itu. Nasib baik tak kena tolak, kalau kena tolak tadi...mana nak letak mukanya yang kacak ni. Dilihat ada beberapa orang gadis yang lalu lalang disitu berbisik sesama mereka melihat dia dan gadis disebelahnya itu. Tanpa mempedulikan pandangan itu semua, dengan panta dia bangun dari bangku dan mula bergerak kearah keretanya yang diparkir tak jauh dari situ.

Qhairina yang berada dibawah pokok itu hanya menyoroti langkah lelaki itu sehinggalah lelaki itu berhenti dihadapan sebuah kereta mewah. Huh...biar betul lelaki ni. Gila kaya nak pakai kereta mewah macam tu, detik Qairina dalam hatinya. Tanpa disedari mulutnya melopong seketika, namun matanya masih tak lepas melihat kearah pada figura lelaki itu. Sebaik saja meyedari lelaki itu mula bergerak mendekatinya, cepat-cepat dialahkan bola matanya kehadapan.

“Here...balik nanti jangan lupa letak ubat. Nanti kena infection pulak.”nasihat iskandar sebelum menghulurkan plaster yang ada ditangannya kepada gadis dihadapannya itu. Namun matanya cepat menangkap perubahan warna pada wajah gadis itu yang mula nampak kemerah-merahan dek kerana kulitnya yang putih gebu itu. Dalam hatinya terdetik, takkan malu kot? Ke panas?bawah pokok takkan panas lagi?. Bibirnya mula mengukir senyuman, lucu melihat perubahan wajah gadis itu.

Cepat-cepat Qhairina mengangguk sebelum menyambut huluran plaster tersebut. Tak betah dia berlama-lama disitu, dengan gerak yang sedikit pantas, terus dikoyak palastik plaster itu dan dilekatkan kelututnya yang luka. Iskandar yang sekadar menjadi pemerhati hanya berdiam diri.

Selepas siap lututnya dilekatkan dengan plaster, punggungnya diangkat dari kerusi. “Thanks for the plaster...saya balik dulu.” Qhairina mengucapkan terima kasih atas bantuan lelaki itu seraya menundukkan kepalanya sedikit sebagai tanda terima kasihnya.

“Na...no big deal.”balas Iskandar pula. Sebaik saja habis bicaranya, handphonenya pula berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Dia terus melangkah beberapa langkah kehadapan sebelum iphone 4s nya dikeluarkan dari kocek seluar tracksuitnya dan menjawab panggilan.

Hello mama...ha..kenapa?”soal Iskandar pada mamanya Puan Seri Raja Syuhairah. Tubuhnya kemudian ditolehkan kebelakang untuk melihat gadis itu, namun kosong. Hilang...

Bola matanya diliarkan kesekeliling taman. Namun gadis itu tetap tak kelihatan, sebaik saja dia mengalihkan pandangannya kearah kanan, matanya menangkap figura gadis itu yang berjalan terhinggut-hinggut menuju kearah kereta Suzuki Swift berwarna biru gelap. Satu keluhan terlepas jua sebelum bibirnya mengukir senyuman. Pelik dengan sikapnya hari ini

~bersambung~

p/s: assalamualaikum sume...new n3 for SKQ, msih fresh bru lepas ditaip haha...mintak komen ye sume sebab dila suke kalau bce komen bnyak2, bru smngat nak menulis ...May Allah bless u all ^,~

Sunday 20 November 2011

Sejuta Kasih Qairina 1



Angin sejuk malam menyapa semilir wajah lembut yang sedang duduk di pergola sambil memerhatikan ikan-ikan koi bermacam warna yang bebas berenang dalam kolam buatan yang cantik terhias. Suasana malam yang sunyi dan hening, hanya ditemani dengan bunyi cengkerik yang menyanyi benar-benar memberikan ketenangan dalam hatinya. Diperhatikan laman belakang banglo dua tingkat yang baru diduduki selama dua bulan itu. Beribu-ribu butir bintang yang bertaburan dilangit diperhatikan penuh asyik hingga uminya Puan Saliha mendekati pun dia tidak perasan.

“Qhai buat apa duduk kat luar ni sorang-sorang. Tak sejuk ke?”soal Puan saliha kebimbangan. Bukan dia tak tahu keadaan anak perempuan tunggalnya itu, senang sangat jatuh sakit. Kemudian baju sejuk dihulurkan kearah anak gadisnya itu, rumah banglo dua tingkat yang teletak  sedikit tinggi dibukit itu menambahkan lagi kesejukan malam. Sepinggan buah tembikai susu yang baru dipotongnya diletakkan diatas meja taman berukir yang dibuat sendiri oleh suaminya.

Rumah banglo yang baru didiami kira-kira dua bulan itu diperhatikan. Landskap taman yang telah digubah mengikut cita rasanya itu kelihatan sangat cantik dan menyenangkan. Tambah pula dengan deruan air terjun buatan yang mengalir menambahkan lagi ketenangan buat sesiapa sahaja yang duduk disitu. Mereka sekeluarga baru sahaja menjejakkan kaki ke Malaysia setelah 3 tahun menetap di United Kingdom atas tuntutan kerja suaminya. Dua orang anak lelakinya yang sudah berkahwin tinggal di Malaysia, masing-masing di shah alam dan Bandar sunway. Yang dibawa hanyalah anak gadis tunggalnya itu Qairina Faqiha.

“Abah mana umi?”soal qairina setelah beberapa minit mendiamkan diri. garpu ditangan dicucuk keatas buah tembikai susu yang menjadi kegemarannya sejak dulu lagi dan disuakan ke mulut comelnya. Selepas makan malam tadi, langsung tak dilihat bayang abahnya. Mungkin berada dibilik bacaan barangkali.

“Abah dah tidur. Ada meeting katanya esok, tak nak terlambat. Tu yang masuk tidur awal tu.”Puan Saliha memberi jawapan untuk pertanyaan anak gadisnya itu. Rambut panjang dan lurus melepasi bahu anaknya dibelai penuh kasih. Jarang sudah sekarang ini hendak melihat senyuman manis anaknya itu selepas peristiwa 3 tahun lalu yang telah mengubah diri anaknya itu 360°. Sudah banyak cara yang dilakukannnya serta suami untuk memulihkan kembali semangat anaknya itu yang telah hilang, namun apa pun tak pernah berhasil. Tetap seperti itu.

Kerna peristiwa yang berlaku 3 tahun dulu juga dia dan suami mengambil keputusan drastik untuk berpindah ke UK. Kebetulan, waktu itu juga suaminya telah dinaikkan pangkat dan diminta untuk dipindahkan ke cawangan di UK. Dalam tempoh 3 tahun itu juga mereka tak pernah pulang ke tanah air kerana desakan puterinya yang satu itu enggan pulang ke Malaysia. Setiap pagi raya juga mereka hanya berhubung dengan anak-anak lelakinya yang berada di Malaysia dengan isteri dan anak masing-masing hanya dengan menggunakan internet. Sekiranya cuti sekolah bermula, anak-anaknya itu kadangkala datang ke UK menjenguk mereka. Hilanglah juga rasa rindunya pada anak lelaki dan cucu-cucunya yang comel-comel.

“Minggu depan ulang tahun Qhai…umi ingat nak buat jamuan sikit. Kita tak payah jemput ramai la. Umi ingat nak jemput kawan umi, abah, sedara terdekat dengan abang-abang Qhai je. Macam mana?”cadang Puan Saliha. Disamping meraikan ulang tahun puteri tunggalnya itu, dia juga ingin berjumpa dengan sahabat-sahabatnya yang sudah lama tak berjumpa. Dia juga nak gunakan kesempatan ini untuk menggalakkan puterinya itu bergaul dengan orang ramai. Sejak peristiwa 3 tahun dulu, anaknya itu sering bersendirian. Bercakap pun tak banyak, hanya dengan abang-abang serta dia dan abahnya sahaja dia banyak berkata. Kalau tidak dia lebih suka bersendirian dalam bilik.

Qairina sedikit tak selesa dengan rancangan uminya itu. Buat jamuan sempena ulang tahun  kelahirnya, pasti ramai tetamu yang bakal datang, dan pasti dia akan dipaksa untuk beramah mesra dengan mereka. Dia tak biasa, namun untuk membantah rancangan uminya pula rasa tak sampai hati.

“Tak kisah la umi..Qhai iku je.”dengan hati yang berbelah bahagi dia menyatakan persetujuannya. Angin sejuk mula membuatkan tubuh langsingnya kegigilan. Malam-malam begini dan kedudukan rumah yang agak tinggi memang agak sejuk, tapi itulah yang disukainya.

“Pergi masuk tidur Qhai..dah lewat malam ni.”nasihat Puan Saliha. Qhai mengangguk perlahan, punggungnya diangkat untuk berlalu masuk ke dalam banglo dua tingkat itu.

“Pukk…pukk…”sepantas kilat Qhai menoleh kearah mamanya.

“Umi…”sedikit terjerit Qhairina berkata. Geram dengan uminya yang suka menepuk punggungnya secara tiba-tiba. Sudah banyak kali dia kata pada uminya supaya jangan memukul punggungnya. Tapi tetap tak jalan.

“Yela…yela..umi tak buat dah.”Puan Saliha bersuara sambil menyembunyikan senyumannya tatkala terlihat muncung anaknya yang muncul dibibir. Terkeluar terus suara manja puterinya itu.

“Saje je tau umi ni…tahu la punggung Qhai ni mahal.”seloroh Qairina pada uminya yang dilihat seakan-akan menahan tawa. Hanya dengan ahli keluarganya sahaja dia boleh bersikap seperti dulu, ceria dan gila-gila. Tapi bila berhadapan dengan orang lain dia akan berubah menjadi pendiam dan senyap.

“A’ah..tu yang umi suka pukul tu.”Puan Saliha menjawa seraya memeluk bahu anak gadisnya itu.

“Dah…jom masuk. Umi pun dah mengigil kat luar ni. Macam mana la Qhai boleh duduk lama-lama kat sini. Tak beku pulak.”giliran puan Saliha pula berseloroh, mengundang tawa anak gadisnya itu. Dia sanggup buat apa saja demi untuk mengembalikan anak gadisnya yang dulu.

“Abah suruh umi tanya Qhai. Bila Qhai nak mula kerja? Dua bulan dah duduk terperap kat rumah ni. Qhai nak cari kerja sendiri ke, Qhai nak kerja dengan abah je?”soal Puan Saliha semasa mereka beriringan melangkah masuk ke dalam rumah. Baru petang tadi suaminya bertanya bila nak gadisnya itu mahu mula bekerja, dua bulan terperap dalam banglo ini. Nak keluar jumpa kawan pun tak, nak keluar shopping pun tak.

Kerja? Dia tak pernah terfikir lagi pasal tu. Memang sudah agak lama dia hanya duduk terperap dalam banglo ini sejak mereka pindah balik ke Malaysia. Sijil ijazah yang masih tersimpan elok didalam fail tak pernah dibuka lagi. Dia sebenarnya sudah hilang keyakinan diri untuk berdepan dengan orang lain diluar sana. Baginya dunianya hanyalah umi, abah dan abang-abangnya. Tapi sampai bila pula dia nak menyusahkan hati orang tuanya. Wajah uminya yang masih dilihat cantik walaupun sudah dimamah usia direnung sebentar. Dapat dilihat kerisauan yang sentiasa membelenggu jiwa orang tuanya itu, dan kerisauan itu pastinya berpunca dari dirinya.

“Nanti Qhai fikirkan ye..kalau susah sangat Qhai kerja dengan abah jela. Tapi cakap kat abah, Qhai nak jadi bos boleh?”gurau Qairina untuk memberikan sedikit kesenangan dalam hati uminya yang selama ini telah bayak berkorban buat dirinya.

“Amboi..demand nampak. Karang umi suruh abah kasi kerja cleaner je dekat Qhai baru tau.”

“Takpe la…jadi la cleaner terhormat dekat sana.”suara qairina lagi. Hatinya disapa kegirangan setiap kali dapat bergurau dengan ahli keluarganya. Hilang sedikit rasa sunyi dihatinya.

“Main-main ye…”puan Saliha bertindak menarik hidung comel anak gadisnya itu sampai memerah. Menyeringai sedikit anaknya itu dengan tarikan yang dikenakan pada hidungnya itu. Dah macam badut pula dengan hidung merahnya itu.

*****


Lotus Elite berwarna silver laju membelah lebuh raya yang kian lengang. Lokasi tujuannya ialah sebuah kelab malam eksklusif yang terletak ditengah Bandarya kuala-lumpur yang sentiasa hidup walaupun jam sudah menginjak ke angka 11.00 malam. Lampu-lampu jalan yang masih gah menyala  menghidupkan lagi suasana bandaraya kuala lumpur yang tak pernah mati.

“Sreeettttttttttt………..”bunyi tayar yang bergeser kuat dengan permukaan jalan kedengaran kuat. Asap yang terhasil dari tayar kereta mula kelihatan sedikit. Dilihat seorang lelaki tua sudah ketakutan di pinggir jalan.

“Woi!! Gila ke? Nak mati cepat sangat? Lintas tu jangan kali tengok kiri kanan bukan main redah je…”suara lantang pemilik kenderaan mewah itu kedengaran kuat. Cermin mata gelapnya sudah ditanggal. Orang ramai yang masih lalu lalang di tepi-tepi jalan mula terjenguk-jenguk untuk mengetahui keadaan yang berlaku tadi. Itulah Tengku Iskandar Farabi, anak lelaki kedua pemilik syarikat hartanah kedua terbesar di Malaysia.

“Maafkan pak cik nak…pak cik tak sengaja.”lelaki tua itu memohon maaf atas kesilapanya. Padahal tadi dia sudah memerhatikan kiri dan kanan sebelum melintas, tapi entah apa malangnya tiba-tiba kereta mewah itu membelok laju menuju kearahnya. Dalam hatinya menggeleng sedih mengenangkan sikap anak muda itu yang kurang sopan terhadap orang tua sepertinya. Ditengking ditengah orang ramai begini. Anak muda zaman sekarang, terlalu ikutkan hati muda mereka yang panas.

“Huh…suka-suka hati je mintak maaf. Kalau aku langgar mati kau tadi satu masalah pulak aku nak turun naik mahkamah…”Iskandar memerli lagi orang tua itu. Langsung tak dihiraukan orang tua itu yang agak kegigilan, mungkin terkejut gara-gara hampir dilanggar tadi. Nasib baik sempat ditekan brek, kalau tak…memang dah wassalam la orang tua tu. Malas berlama-lama disitu kerana kamal sahabatnya dan teman wanitanya sudah menunggu dia di kelab malam. Malam ini merupakan party hari jadi teman wanitanya Esabella, model terkenal tanah air. Terus cermin mata gelapnya disarungkan semula kewajah kacaknya yang menjadi igauan semua wanita diluar sana, terus kereta berkuasa tinggiya dipecut laju. Haru pulak nanti kalau Bella merajuk gara-gara dirinya lewat. Pasti muncung akan menghiasi wajah cantik model itu.

Masih terngiang-ngiang lagi bebelan mamanya Raja Syuhaira ketika dia hendak keluar melepasi pintu besar banglo mereka yang terletak di kawasan perumahan elit di bangsar. Muka selamba badaknya tetap ditayang walaupun sudah panjang berjela mamanya bersyarah. Mengalahkan ustaz bagi khutbah jumaat pula lagaknya. Namun terpaksa juga ditadahkan telinga mendengar bebelan  yang dimuntahkan mamanya itu sehingga dia lambat bergerak menuju ke kelab malam. Nanti dikatakan kurang ajar pula kalau dia pergi begitu saja. Sebaik saja dia melangkah ke dalam kelab malam ekslusif itu, terus bahunya dipeluk dari sisi.

“Kau lambat bro…tu…Bella dah muncung. Pandai-pandai la kau mengayat.”suara kamal kedengaran sebaik saja di melangkah kedalam kelab yang rata-rata dihadiri oleh sahabat-sahabat mereka. Mulut kamal dimuncungkan kearah Bella yang sedang duduk membelakangkannya. Dengan dress singkat berwarna ungu gelap seta bentuk badan yang mengiurkan, memang tak mustahil Bella boleh menjadi model terkenal tanah air. Malah wajahnya juga turut menghiasi magazine antarabangsa.

“Weh..kau pergi kat kereta aku. Kau ambilkan bunga ros dengan sekotak cincin dekat laci dashboard. Cepat!!!”tubuh kamal yang sejak tadi mengendeng ditepinya ditolak sedikit. Dia sedah menyediakan hadiah buat kekasihnya itu. Mintak-mintak tak ada la merajuk lama-lama sangat.

Setelah tubuh kamal menghilang disebalik pintu, terus langkahnya diatur mendekati tubuh seksi Bella. Dapat dirasakan banyak mata-mata yang memandang kearahnya. Maklumlah, lelaki kacak sepertinya siapa yang tak akan tergoda. Dengan rupa dan kekayaan yang dimilikinya itu, senang saja unuk dia memiliki mana-mana perempuan yang diminatinya.

Happy birthday honey…”dihadiahkan satu kucupan dipipi Bella sebagai tanda ucapan hari jadinya yang ke 23 tahun. Namun dilihat Bella masih tak memberi riaksi yang positif. Masih dengan rajuk dan muncung yang menghiasi wajah jelitanya. Iskandar menggaru kepalanya yang tak gatal mencari idea bagaimana untuk memujuk kekasih hatinya itu.

“Sayang…sorry ok I lambat. Tadi I kena tahan dengan polis trafik sebab pandu melebihi had. I bawak laju pun sebab you jugak sayang…”terkeluar sudah ayat kelentongnya. Padahal dia telah ditahan oleh pak guard tak bertauliah dirumah tadi. Siapa lagi kalau bukan mamanya. Pinggang langsing Bella diraih dan tubuh wanita itu dihadapkan ke depannya.

Please jangan monyok macam ni. hari ni kan birthday you.  You sepatutnya happy malam ni baby.”ayat iskandar lagi. Susah benar nak memujuk kekasihnya yang satu ini, kalau Mona ke Raina ke mudah je.

“Ala…alasan you je kan semua tu.”cebik Esabella lagi. Sakit hatinya dengan kelewatan Iskandar, padahal sudah berpuluh-puluh kali diingatkan supaya jangan lambat kerana dia hendak memperkenalkan Iskandar dengan rakan-rakannya.

Iskandar yang kebuntuan kata-kata hanya mampu berdiam diri sehingga kelibat kamal yang memegang sejambak bunga ros merah dan sekotak cincin ditangan kelihatan memasuki pintu kelab. “wait a minutes, I’ll be back.”pinta Iskandar seraya menangkat punggungnya. Bella yang malas mahu mengambil kisah kembali menghadap rakannya dan berbual sebentar.

10 minit kemudian tiba-tiba lampu spotlight putih dihalakan kearah Bella yang sedang rancak bebual dengan rakannya. Wajah jelita Bella nampak sangat-sangat terkejut dengan kejutan yang berlaku. Tiba-tiba dilihat Iskandar sudah melutut dihadapannya dengan sejambak bunga ros merah ditangan. Mulutnya ditekup dengan jari-jemari runcingya seakan-akan terharu dengan apa yang berlaku, padahal dalam hati sudah mengutuk bagai. Takkan bagi bunga je kot…kalau bunga aku sendiri pun boleh beli, detik Bella angkuh dalam hati.

For you honey…”disuakan jambangan bunga ros merah itu kearah Bella yang kelihatan terharu dengan apa yang dirancangkan itu. Sekelip mata saja jambangan bunga itu sudah beralih tangan kearah Bella. Rakan-rakan yang mengelilingi mereka bertepuk tangan, tak kurang juga ada yang bersiul nakal dengan perlakuan romantik mereka.

Tak lama kemudian mata bella yang bulat, bersinar galak apabila matanya menangkap sebentuk cincin bertatah berlian yang terletak elok dalam kotak yang ada dalam genggaman Iskandar. OMG….

Sekali lagi dibuat riak wajah terharunya. Dalam hatinya sudah melompat girang dengan pemberian Iskandar itu. Memang tak salah dia menggoda Iskandar dulu, kerana apa yang dia bakal dapat dari lelaki kacak itu sudah cukup membuatkan dia hidup dalam kemewahan.

“You….”suara manja Bella mula kedengaran memulakan lakonannya yang konon terharu. Tubir matanya mula bergenang demi untuk menjayakan lakonannya.

Iskandar kemudian bangun dari lantai dan pinggang langsing Bella diraih kedalam pelukannya. Dapat dirasakan keghairahan yang mula melanda dirinya saat tubuhnya bersentuhan dengan lekuk tubuh seksi Bella. Cincin bertatahkan berlian itu ditarik keluar dan disarungkan ke jari manis Bella.

Mata Bella bersinar-sinar memandang wajah kacak iskandar dan cincin berlian yang tesarung elok dijarinya silih berganti. Dihadiahkan satu ciuman kepipi kanan Iskandar yang masih tersenyum melihat kegembiraan yang jelas terpancar pada raut wajahnya.

Thanks honey…I really love you.”ucap Bella penuh dengan nada menggoda. Malam ini dia sudah merancang untuk memujuk Iskandar supaya bermalam di apartmentnya. Hatinya benar-benar gersang tika ini. Bibir berkilatnya didekatkan kearah telinga Iskandar untuk berbisik.

“Sayang…malam ni you datang apartment I eh. I ada hadiah special  nak beri pada you.”dengan penuh gemersik Bella berbisik. Dia akan pastikan malam ni Iskandar akan menjadi miliknya. Seboleh-bolehnya dia mahu mengikat dulu lelaki ini kemudian barulah dia memikirkan cara untuk mengambil hati mama dan papa iskandar. Dia mahu Puan Seri Raja Syuhairah yang satu masa dulu pernah menghinanya, dan mengatakan kalau dia tak layak bergandingan dengan Tengku Iskandar melutut padanya dan memohon maaf.

Sorry sayang, malam ni tak boleh sebab esok pagi I kena teman papa I tengok site.”ngelat iskandar. Bukan dia tak tahu dengan niat sebenar Bella mengajaknya ke apartmentnya. Seteruk-teruk pun sikap kasanovanya, dia tak pernah lagi membawa mana-mana teman wanitanya masuk ke dalam bilik, dia sedar sebagai waris dan anak kepada usahawan terkenal. Hidup sehariannya sering menjadi perhatian, jadi dia perlu bertindak bijak dalam setiap langkahnya. Dia tak mahu menjatuhkan maruah dan imej diri serta keluarganya. Lagi pula dia rasa semua teman wanitanya tak layak melahirkan zuriat buat menyambung delegasi keluarganya yang berketurunan kerabat diraja Pahang. Baginya, semua wanita yang hadir dalam hidupnya hanyalah alat untuk dia melepaskan tension tatkala kebosanan dan hanya untuk mencari hiburan semata-mata. Dia juga yakin kalau mamanya takkan pernah sesekali bersetuju dengan semua teman wanitanya yang mahu dijadikan isteri.

“You ni sebenarnya sayangkan I ke tak? Setiap kali I ajak you datang apartment I, tiap kali tu juga la you mengelat.”amarah Bella mula memuncak denga penolakan yang jelas nyata dari pihak Iskandar.

No…of course I love you. Please..you tahu kan kerja I macam mana. You nak ke papa I marah I nanti.”pujuk Iskandar penuh romantis. Lengan mulus Bella yang terdedah diusap-usap. Dia memang sudah expert bab ayat-mengayat ni.
Setelah beberapa minit berdiam diri dengan muncung yang pancang sedepa akhirnya Bella mengangguk. 

“Ok..kali ni takpe. Tapi lain kali I ajak, you jangan berani-berani nak tolak lagi.”balas Bella sambil bermain-main dengan butang baju kemeja yang tersarung di tubuh tegap Iskandar. Disabarkan juga hatinya, taka pa lambat-laun Iskandar pasti akan jatuh ke perangkapnya jua.


p/s: n3 pertama untuk SKQ. tak tahu la best ketak huhu. ni kononnya baru pada pengenalan watak la kononnye. komen la kalo sudi huhu. May ALLAH bles u all ^,~



Friday 28 October 2011

my 2nd e-novel...Sejuta Kasih Qairina ^,~

salam untuk sume reader di blog dila... 2nd e-novel bakal keluar tak lama saja lagi. dila dah fikirkan jalan ceritanya dan mungkin dalam masa yang terdekat ni mungkin akan masuk bab 1 hehe...tak lupe juga pada BKH, dila akan siapkan dan upload smpai ending. insyallah....


cover ni bru dila buat pagi tadi tau hehe...penat nak cari gambar yang berkenan dihati haha..


Sinopsis:

Kata orang dulu-dulu, cinta andai tidak ada restu dari orang tua, hidup tak akan bahagia. Itulah apa yang berlaku dalam hidup seorang gadis bernama Qairina Faqiha. Dua tahun menyulam kasih sudah cukup membuatkan dia menerima lamaran si kekasih hati. Namun restu yang tak diberi meranapkan segala harapan dan angan-angan yang dibina. Kata-kata hinaan yang dilemparkan masih melekat kuat dalam ingatannya. Luka yang terkesan dihatinya telah mengubah hidupnya 360°, dari seorang gadis yang dulunya ceria dan gila-gila, kini menjadi seorang gadis yang pendiam dan murung. Sang kekasih hilang jejak, meninggalkan dia terkapai-kapai sendirian.

Tengku Iskandar Farabi . Dari lelaki yang dulunya seorang pencinta setia ,dia kini menjadi seorang pemain cinta. Cinta? Ada apa dengan cinta?. Telah diberikan semua kesetiaan cintanya buat sang kekasih hati , namun dia tetap dikhianati. Baginya semua perempuan sama, tak pernah setia dalam bercinta. Apabila berjumpa yang lebih kacak, lebih kaya, yang lama ditinggalkan.

Tatkala si pencinta setia bertentang mata dengan si pemain cinta. Adakah love reaction bakal berlaku?

~ e-novel terbaru dari dila…boleh tolong komen hehe…~

Saturday 15 October 2011

HeartString....korean drama


warghhhhh!!!!!demam heartstring melanda diri.....sekarang dah giler dengan cite korea ni haha
cerita dia berkisar tentang kisah percintaan dalam kampus dan soal impian. jalan cerita dia sangat sweet dan interesting tapi tak tau kenapa cerita ni dpt rating rendah kat korea....whatever..yang penting cerita ni bagi dila sgt sweet...mggu depan test bersusun paku dari microbiology, clinical chem, hematology and lab tech sume nye bersusun dari ari selasa sampai jumaat huhu.....

sejak kuliah start balik memag dila sibuk sgt sampai masa yang diperuntukkan untuk menaip BKH pun dah kurang...korang rasa kalau dila sambung cerita BKH dekat blog ni je bleh tak? rasa dah putus asa je nak siapkan manuskrip dia coz dila memg sgt sibuk dgn test, assignment, lab report lagi huhu...

ok berbalik pada cerita Heartstring. cerita dia pada permulaannya memang sedikit lembab tapi lepas tengok memang kita akan jadi tak sabar nak sambung ke episod seterusnya sampai sanggup jadi burung hantu sampai pagi nak tengok ni. tipikal cerita korea biasanya watak heroin yang akan terkejar2 hero, tapi cerita ni ada sikit kelainan sebab mmg msa ep awl2 mmg heroin yg selalu terhegeh2 dekat hero but after that hero tu pulak yg kejar heroin dan cerita dia tersangattttttt.................la sweet. kadang2 dila rse dila nak jadi heroin tu sebab si boyfriend aka hero sangat la caring and sweet terhadap si heroinnye....jealous...

ni la hero n heroin cerita ni. kalau korg mmg peminat tegar korea korg mesti kenal dengan jorang ni...park shin hye dan yong hwa (CN Blue).....

synopsis
Lee Shin is a university student majoring in modern music. He is also the vocalist and guitarist of the band “The Stupid.” Shin is known for his good looks and strong passion for music, but in reality he is cold, lacks interest in anything unrelated to music and has neither dreams nor plans for the future. He initially likes Jung Yoon Soo, a dance professor at university, but this all changes when he meets Lee Kyu Won.

Lee Kyu Won is a bright and outgoing student who was born into a prestigious family and is majoring in traditional Korean instruments, especially the gayageum. Kyu Won’s grandfather, Lee Dong Gun, is one of the top 3 traditional musicians of his age and his biggest wish is to see his granddaughter become a traditional music prodigy.

Trying to live up to her grandfather’s expectations, Kyu Won immerses herself in training and becomes a university student who knows nothing outside of her studies. As her friends are fans of “The Stupid”, she was forced to go to the band’s concert with them. There she saw Lee Shin performing live, and is immediately captivated by him.....







ni mse pertama kali hero n heroin berjumpa...jorg memg tak kenal satu sme lain tapi jorg satu universiti. so sweet...^,^

dua orang kat bawah tu hero n heroin kedua. jorg ni professor kat universiti tu...

first battle between lee shin and gyu won.....drama ni mmg penuh dengan muzik. itu la yang membuatkan cerita ni lagi bez..bila tengok hero main gitar mmg rasa dh falling in love la...sgt cool. n tambah sweet lagi bila scene si hero nyanyikan lagu untuk si heroin. wargh!!!!bestnye kalau dpt boyfriend macam tu.

so cool!!!!!!!!!!!

ni mse org kat library haha....

wink...wink...hehe....

sekian...kat tepi tu dila ada letak lagu ost dlm cerita ni...haha...addicted betul dgn cerita ni skrg walaupun dh agak ketinggalan coz cite ni dh keluar tengah taun aritu...skrg tiap2 hari asyik dengar n tgk video cerita ni...


da...............tak kisah la korg nak komen apa pun bleh...x nk pun xpe. dila sekadar nak berkongsi cerita haha... may Allah bless U ^,~


Tuesday 11 October 2011

preview Bisikan Kata Hati

Setelah beberapa minit berdiri di depan pintu, kunci ditangan digenggam erat. Baru sahaja ingin dicucuk tombol pintu dengan kunci yang ada ditangannya pintu sudah terbuka dahulu dari dalam. Dapat dilihat wajah tegang suaminya mecerlung tajam kearahnya.

“A..abang..Laila.”

“Seronok keluar dengan Hakim? Muka bukan main berseri-seri nampak.”sindir Aiman sebaik saja tubuh isterinya berada dihadapannya. Mendengar kata Laila tadi yang sedikit tergagap membuatkan hatinya bertambah yakin kalau Laila berbuat salah.

“Abang Tanya ni. seronok keluar dengan Hakim sampai lewat malam macam ni?”soalannya diulang semula. Namun melihat isterinya yang masih berdiam diri menyebabkan kesabarannya terbang macam angin. Serta- merta bayangan rakaman yang dilihat tengah hari tadi bagai menari-nari diruang matanya. Membuatkan dia sesak sendiri. Tanpa kesabaran, lengan isterinya direntap kasar dan ditarik tubuh isterinya agar membontotinya masuk ke dalam bilik.

“Abang…sakit la…”rungut Laila sambil berusaha melepaskan gengaman kuat pada lengannya. Terasa perit kerana diheret sebegitu, hampir-hampir dia tersadung di salah satu nak tangga gara-gara tarikan laju tangan suaminya itu. Matanya sudah berkaca, tak pernah suaminya melayannya seperti ini. Takkan la hanya sebab dia pulang lewat suaminya hendak mengamuk seperti ini. Dia punya alasan sendiri

Tombol pintu dipulas kasar. Tanpa melepaskan pegangan pada lengan isterinya, pintu bilik dikatup kuat. Mujur sahaja bilik mama papanya terletak agak jauh dari kamar mereka.

Bagai nak gugur jantung Laila mendengar hentaman kuat yang menerjah masuk ke lubang telinganya. “Abang…mama dengar nanti abang tutup pintu kuat-kuat macam tu.”

Tanpa mengambil pusing bebelan yang keluar dari mulut isterinya itu. Terus tangannya menarik kasar lengan isterinya dan ditolak isterinya keatas katil.

Tanpa dapat ditahan lagi air matanya merambu keluar dari matanya yang dari tadi sarat bertakung. Pinggangnya terasa sakit akibat terkena buju tajam katil mlik mereka. Kanapa tiba-tiba suaminya berubah kasar malam ni? dia tak mengerti. Pagi tadi elok sahaja mereka bergurau senda.


“Jawab soalan abang. Laila pergi mana sampai lewat malam macam ni baru teringat nak balik. Jangan kata Laila sesat sebab kafe yang Laila pergi tu depan pejabat je.”mata Aiman besinar garang.



"Jawab…”bergegar seluruh ruang bilik dengan suara lantang Aiman.

Laila kecut perut. Tak pernah seumur hidupnya melihat suaminya yang marah sebegitu rupa.

“Tadi…tadi Laila.”tak sempat menyudahkan ayat dia sudah dipintas terlebih dahulu

“Keluar dengan Hakim sampai lewat malam…itu jawapan yang Laila nak bagi kan?”tempelak Aiman sebelum mendengar keseluruhan ayatnya tadi. Dia tak perlu mendengar cerita karangan isterinya kerana dia pasti apa yang bermain dalam kepalanya.

Laila menggeleng laju mendengar kata-kata yang dilemparkan padanya. Makin membuak-buak air mata yang keluar mendengat cerita fitnah yang dilontarkan padanya “Tak…Laila tak…”

“Tak payah nak reka cerita la…Laila ingat abang akan percaya. Sebenarnya Laila pun sukakan jantan tu kan. Tu yang beria-ria nak keluar dengan dia tadi.”tuduh Aiman tanpa belas kasihan. Air mata yang keluar dari tubir mata isterinya langsung tak menyinggahkan rasa simpati dalam dirinya.

“Abang tak percayakan Laila?”soalan Laila memerangkap Aiman. Terdiam dia seketika. Tak tahu ingin menjawab apa.

“Tak perlu Laila nak tegakkan benang yang basah. Mengaku jela yang Laila pun menyimpan perasaan pada si Hakim tu.”ego masih berdiri utuh dalam dirinya. Tak mahu kalah dengan soalan isterinya tadi.

“Abang tak percayakan Laila?”sekali lagi Laila bertanya pada suaminya. Tapi kali ini dengan lebih tegas. Dia berdiri tegak berdekatan suaminya dan ditenung sedalam-dalamnya mata suaminya yang hitam berkilat. Demi melihat Aiman yang mengalihkan matanya dari ditenung matanya telah memberikan dia jawapan yang pasti. Suaminya itu tak pernah mempercayainya.

“Ini bukan soal percaya atau tak. Ini masalah kejujuran. Laila tak jujur dengan abang.” sindir Aiman lagi.  tak lama kemudian dadanya Tiba-tiba terasa sakit akibat ditumbuk berkali-kali.



****



“Tak payah…abang tak izinkan.”


Terpana seketika Laila dengan kata-kata yang dilontarkan buatnya. Tapi kenapa? Bukannya dia nak jumpa sesiapa pun, nak jumpa Liya pun tak boleh?. “Tapi…”

“Abang kata tak boleh…tak boleh la. Tak faham?”terus menjulang tinggi suara Aiman. Berang dengan isterinya yang tak faham bahasa atau dlam kata lain. Degil.

Rasa sebak mula menghimpit hatinya. Sungguh dia tak faham dengan sikap suaminya yang senang naik marah sejak kebelakangan ni. Bibirnya diketap kuat menahan air mata yang bertakung di tubir matanya. Namun walau sekuat mana pun dia menahan rasa, air mata yang penuh tetap menghambur keluar dari sepasang mata redupnya.

“Kalau dah tak ada apa-apa. Keluar. Abang banyak lagi kerja.”fahamlah Laila dengan niat suaminya yang menyuruh supaya dia keluar segera. Kepalanya diangguk beberapa kali sebagai tanda faham dengan arahan yang diberikan. Air mata yang mengalir dipipi gebunya dilap kasar. Matanya kemudian jatuh pada dokumen yang digenggam erat ditangannya,berombak dadanya menahan rasa yang semakin membukit dalam dadanya, tanpa berfikir panjang terus dokumen itu dilemparkan kuat kearah suaminya. Terburai segala isi dokumen di lantai berdekatan suaminya.

“Laila….”nyaring suara Aiman yang terkeluar, garang matanya menikam anak mata isteinya. Nasib baik dokumen yang dilemparkan itu tak mengena mukanya. Sipi lagi nak mengena wajahnya.

Melihat suaminya yang mencerlung padanya membuatkan dia terkaku sebentar. 

“Laila benci abang…”jeritnya kuat menggegarkan seluruh organ dalamannya. Tombol pintu dicapai dan dihentam kasar. Kak Maizura yang terkejut dengan dentuman kuat pada pintu pejabat bossnya beristighfar dalam hati. Perang dunia ketiga agaknya.

P/s : preview ep BKH hehe...mohon komen la ape2 pun...may Allah bless U ^,^

Thursday 29 September 2011

Bisikan kata hati aka BKH.....lalalal...

assalamualaikum pada sume hehe...dah lama x post ape2 kt sini rindu plak nak bce komen2 sume.
dila tgh bersungguh2 menaip nak siapkn cepat2 manuskrip BKH tapi kadang2 idea kering, assingment bnyak, lab report banyak...tapi insyallah dila akan siapkan secepat mungkin. bru nak masuk klimaks hehe....kalau ada rezeki alhamdulillah. utuk sume peminat doakan cepat2 dila dpt siapkan cite ni.

skrang ni nak siapkan cite ni pun kne curi2 masa. aja2 faighting!!!!!!! ^,^ korg agak2 ape yag jadi untuk klimaks nanti???kasi pendapat cikit...

Saturday 27 August 2011

Balik kampung...oooo...balik kampung

hehe...dikesempatan ini Dila nak mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua follower blog ini. segala sokongan ada semua selama ini amat Dila hargai. so..sepanjang berada dikampung ni teraksa la diberhentikan sebentar proses menyiapkan manuskrip BKH hehe...nanti mak n opah bising x tolong kat dapur. Lappy pun x bwk balik, nak buat apa bwk blek kalo x de internet haha...

sekali lagi dipohon ampun andai ada apa-apa kesalahan n smoga perjalanan anda sume n Dila selamat dan diberkati oleh Allah...

jangn main mercun!!!!!

Monday 15 August 2011

penatnya nak menaip!!!!

sekarang ni tak kira siang malam asyik kerja menaip je tapi tak siap-siap juga manuskripnya. dah naik sakit bahu ni, mata pun dah naik berpinar-pinar. belum lagi ak mengedit ayat-ayat n perkataan. penat2

tapi bila difikirkan, kena siapkan juga manuskrip ni sebelum kuliah stat 12/9 ni coz nanti sem baru ni dila dah duk luar kampus n rumah sewa baru tu xde wireless takut tak sempat nak hantar

 dila nak  baritahu mungkin ada pertambahan scene n pengurangan scene ikut kesesuaian hehe...ok nak sambung manaip lagi..wish me gud luck ok. ^,~ luv u all!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday 10 August 2011

perhatian...perhatian

 Dila nak kongsi satu news tok semua reader...smlm Dila bru dpt mesej drpd En. Muzri supaya dila siapkan manuskrip BKH untuk dibuat penilaian  penerbitan. insyaallah kalau karya dila diterima maybe BKH akan hadir dalam versi cetak tapi kalau tak lepas dila akan smbung blek dkt blog...

sebenarnya mula2 Dila wat cite ni sekadar suke2 je sambil2 cuti 4 bulan ni sebelum kuliah stat blek bln 9 nanti. nak keje malas hehe so ape lagi blogwalking la n terdetik la dalam hati 'kenapa tak aku pun tulis novel" hehe.. dila memang minat bce2 novel ni kat rumah mmg dh belambak...tapi bile En. Muzri anta mesej supaya menuskrip ni disiapkan untuk penilaian takkan dila nak tolak pulak kan...serius memang tak penah tepikir nak jadikan cite ni versi cetak tapi kalau jadi alhamdulillah rezeki Allah beri. mmg dh lme smpan hasrat nak jadi novelis ni...

thanks untuk semua reader yang sudi menjengah ke blog Dila yang tak seberapa ni n sudi bace novel BKH. tapi untuk memberi sepenuh tumpuan kepada penyiapan manuskrip dila akan hentikan dulu cite ni. tapi disebabkan sambutan yang sangat menggalakkan dila kasi bonus kat semua reader yang sgt dila cintai. maybe dila akan post lagi 1 or 2 bab sebelum behenti dan konflik bakal bermula dalam hidup Aiman n Laila hehe...nak tak??? komen cikit plezz.....

ok asyik merepek meraban je kat sini...so jgn segan2 utk tggalkan komen aanda semua...the more the marrier...may Allah bless u all ^,~ muah3xxxxxx

Saturday 23 July 2011

mood: x sehat...

pada sume reader yang disayangi...

sorry sangat2...dila rase dalam 2 or 3 hari ni x kan ade n3 bru coz dila demam so nak menaip pun x larat, larat tido makan ubat tu je...

insyallah lepas dila sembuh akan siapkan n3 13 eh....harap sume boleh bersabar n doakan dila cepat2 la sembuh supaya boleh sambung BKH cepat2...huhu

Tuesday 21 June 2011

Bisikan Kata Hati 3

Jam sudah menjangkau ke pukul 2, Laila meregangakan otot-ototnya yang terasa sengal. Terus tuala dicapai dan menuju ke bilik air.

“Makan kak ngah,hari ni umi masak special untik kak ngah,”kata Puan Solehah setelah melihat anak gadisnya menuruni anak tangga. Laila terus mengambil tempat di meja makan.

“Emm…sedapnya bau, dah lama rindu nak makan masakan umi,” laila merengek lagak seperti anak manja. Padahal kalau nak di ikutkan dengan umurnya dah selayaknya dia bergelar ibu. Nak buat macam mana, perkahwinan yang diharap bahagia tak ubah seperti belati yang menikam-nikam hatinya.

“Pagi tadi mak telefon mak mertua kak ngah kata yang kak ngah dah selamat sampai, dia cakap dia tak sabar nak jumpa kak ngah rindu katanya dengan anak menantu dia yang seorang ni,” tersedak terus Laila yang sedang menikmati kopi yang disediakan. Teringat dia pada ibu mertuanya yang hanya sempat bersamanya selama 2 minggu selepas dia bergelar isteri kerana dia mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Belanda. Timbul rasa rindu pada ibu mertuanya. Terbayang wajah lembut ibu mertuanya juga bapa mertuanya.

“Nanti la umi kak angah jumpa, sekarang ni angah nak fikir cari kerja dulu,”

“Bapa mertua kak ngah ada cakap dengan umi yang dia nak kak ngah kerja dengan dia,” ujar umi. Nak kerja dengan bapa mertuanya? Ish!!itu maknanya dia kena kerja  sebumbung dengan Aiman. Taknak la…

“Tengok la dulu umi, nanti kak ngah fikirkan eh,”

“Umi tahu ni mesti pasal Aiman kan? Tapi umi harap kak ngah fikir la masak-masak,  umi harap sangat kalau kak ngah tak menghampakan hasrat tu,” serkap jarang uminya mengena. Laila pun rasa serba salah sebenarnya hendak menolak ,kerana mertuanya itu dah terlalu baik padanya. Tapi sanggup ke aku berdepan dengan Aiman nanti?.

“Abah dengan bang chik mana umi?”Laila mengubah topik.

“Abah pergi kerja la dia, bang chik baru je bertolak pergi U,” beritahu uminya, abahnya bekerja sebagai pensyarah di fakulti Seni bina, UiTm Shah Alam manakala adiknya penuntut tahun dua jurusan perniagaan di universiti yang sama.

“Umi hari ni Liya cuti, kak ngah nak pergi shopping dengan Liya eh umi, boleh?”Tanya laila meminta kebenaran.

“Pergi la…tapi ingat jangan balik lewat sangat karang membebel pulak abah nanti,” nasihat umi, bukan Laila tidak tahu abahnya sangat menjaga anaknya terutama anak gadisnya. Kalau dulu, asal dia dan kakaknya pulang lambat pasti sakit telinga kena menahan bebelan yang keluar dari mulut abahnya. Abah memang dah tetapkan yang anak gadisnya kalau keluar kena pulang sebelum maghrib, itu peraturan sesiapa pun tak dibenarkan melanggar. Sebab itu la dulu kalau kak longnya keluar dating dengan aiman sampai lewat malam tentu dileteri oleh abahnya, Aiman pun tidak terlepas dari mengena tempias.

Thanks umi,” ucap laila seraya memeluk tubuh uminya.

“Kak ngah bila nak jumpa dengan Aiman?kak ngah kena ingat walau macam mana sekali pun kak ngah tetap isteri Aiman, umi bukan nak menghalau tapi tempat seorang isteri disisi suaminya,”nasihat uminya,terus mati senyuman yang tadinya menghiasi bibirnya.

“Umi tahu mesti Aiman tak tahu lagi kan yang kak ngah dah balik,”tebak uminya.

“Emmm, ye kot,”Laila tidak tahu hendak membalas apa. Yang korang buat aksi pelanggaran kenyal kat KLIA tu apa???

******

Aiman menuruni anak tangga dengan pantas, sudah terlewat hendak ke pejabat gara-gara terlajak tidur. Ish mati aku! Papa mesti membebel nanti. Kelihatan mamanya sedang menyiram pokok bunga ditaman.

“Mama, Man pegi kerja dulu,dah lambat ni,”lantas dia menyalami tangan mamanya.Belum sempat tangannya membuka pintu kereta , mamanya sudah memanggil terlebih dahulu.

“ Man ,tadi mak mertua kamu telefon ,katanya menantu mama dah balik, iman tahu tak?”soal mamnya bersama kening yang terangkat. Malas Aiman mahu menjawab. Pura-pura melihat jam tangan berjenama Pierre Kunz miliknya.

“Pergi dulu ma, dah lewat sangat ni,”terus Aiman memboloskan diri ke dalam kereta dan memecut laju meninggalkan perkarangan banglo dua tingkat itu. Padahal bukan lewat sangat pun, saja nak mengelak.

“ Ish!! Bertuah punya budak,boleh pulak dia buat tak kesah pasal bini dia,”bebel Datin Rasyidah.

*****

Sampai sahaja di bangunan  RR Holdings ,terus dia dipanggil ke bilik papanya. Ni mesti tak lain tak bukan nak cakap pasal Laila ni, malas betul. Bebel Aiman dalam hati. Terus dia duduk dikerusi dihadapan papanya.

“Papa agak mesti Man tau papa nak cakap apa kan?” Dato’  Razali  memulakan bicara.

“Mama mesti dah beritahu Man yang Laila dah balik kan? so papa cadangkan untuk bawak Laila masuk 
syarikat kita jadi ketua bahagian kewangan, apa pendapat Man?”

“Suka hati papa la, syarikat papa bukan syarikat Man,”balas Aiman dengan malas. Kalau Laila kerja dekat sini maknanya hari-hari aku akan jumpa dia. Lantas wajah lembut Laila terlayar di ruang matanya.

“Kalau tak ada apa-apa lagi Man keluar dulu, nak bincang dengan Haris pasal proposal projek dekat johor tu,”.

“Lagi satu papa nak cakap, mama pun setuju sangat dengan idea ni, papa nak Laila balik tinggal dengan kita,” kata-kata papa yang terakhir itu bagai menjerut tangkai hatinya. Tapi masakan dia nak menghalang kerana Laila tetap isterinya dan dia juga dapat merasakan kalau kata-kata papnya itu bukan berbentuk permitaan tetapi lebih kepada arahan. Terus kepalanya diangguk dan terus keluar dari bilik papanya.

******

Tengah hari ,Aiman keluar lunch dengan Haris di kompleks membeli belah terkemuka berdekatan pejabatnya.

“Aku bet mesti papa dengan mama kau dah tahu kan yang menantu kesayangan dia orang tu dah balik kan?” serkap jarang Haris mengena. Ujarnya dengan senyuman mengusik yang tidak habis-habis.

How do you know? and you would’t believe this, yang papa aku tawarkan anak menantu kesayangan dia tu untuk kerja sekali dengan kita,”luah Aiman dengan nada tidak puas hati dia tu.

“So..what’s the problem?aku tak nampak apa-apa yang salah pun pasal cadangan papa kau tu,”jawab Haris selamba. Pelik betul la kawan aku seorang ni, nak kata bini tak cantik aku tengok tak ubah macam bidadari, putih gebu, apa lagi dia nak?.

“Sebab  kau tu buta, tu yang kau tak nampak apa masalahnya,”

“Kurang asam punya kawan, kau tak nampak dua biji mata aku melekat kat muka aku ni?”kata-kata haris tu disambut dengan ketawa yang kuat oleh Aiman.

“Sorry la bro,”

Sorry sorry naik lori la kau…so amacam?apa plan kau?”soal Haris.

“Entah la aku pun tak tau, kepala aku ni serabut tau tak? ni tak masuk lagi bab yang papa aku nak bawak Laila tinggal dengan kita orang,” rambutnya diramas-ramas, pening!.macam orang mati bini pulak lagaknya.

“Bagus gak tu, kau agak-agak hujung tahun ni aku boleh dukung anak buah tak?”Tanya Haris diikuti dengan ketawa yang terbahak bahak gara-gara terlihat wajah Aiman yang sudah naik merah padam. Haris adalah sepupunya yang juga anak kepada abang papanya Dato’ Rahman.

“Ini anak buah kau, nak?,” jawab Aiman sambil menunjukkan penumbuknya pada Haris.

“Rilek la bro, aku pelik la dengan kau ni, ada bini punya cantik pun kau serabut ke?”

“Kau tau kan kenapa aku tak boleh terima dia,” kata Aiman disertai dengan keluhan.

“Kenapa?jangan kau kata sebab Laili,” tebak haris, tapi melihat kepada riak muka Aiman memang dah boleh agak dah memang sebab itu la tak ada benda lain lagi dah.

“Tolong la Man, tak tenteram roh dia kat sana kau tau tak? Dia dah lama pergi, dah 4 tahun, tak kan kau masih nak dibelenggu kisah silam, hei! Wake up man!”kata Haris. Manakan tidak bukan dia tidak tahu kisah percintaan antara Aiman dan Laili Merlisa, lebih dari tahu kerana dia yang memperkenalkan Laili kepada Aiman. Dan dia juga tahu bagaimana Aiman boleh terkahwin dengan Laila yang juga merangkap adik kepada Laili.

“Tapi cinta aku untuk Laili tak pernah padam walaupun dah 4 tahun dia tinggalkan aku,” luah Aiman dengan  rasa kesedihan yang sarat di lubuk hatinya.

“Tapi orang yang dah pergi tak akan datang balik Man,kau kena tahu tu. Macam mana pun Laila dah jadi isteri kau dan kau ada tanggungjawab yang perlu kau pikul, Laila tu dari amanah ALLAH untuk kau,”

“Aku tahu, tapi entah kenapa aku tetap susah nak padamkan bayangan Laili,”kata Aiman lagi.

“Aku tengok Laila tak ubah macam Laili sama-sama cantik, cuma yang bezanya Laili tak ada lesung pipit ,Laila ada, bahkan aku rasa Laila lagi cantik dari arwah kak longnya,”

“Kau fikir la masak-masak, tapi aku rasa kalau Laili masih hidup dia mesti nak tengok kau dengan Laila hidup bahagia, dan kau kene ingat yang perkahwinan ni amanat permintaan arwah yang terakhir,”tambah haris lagi. Memang sebelum arwah menghembuskan nafas yang terakhir arwah berpesan supaya Aiman dapat menerima adiknya Laila sebagai isterinya. Tiba tiba haris menangkap satu wajah yang berjalan mendekati kedai kasut yang terletak berhampiran dengan tempat mereka makan.